al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Isu ini perlu dibina atas perbahasan hukum berkenaan qada’ puasa Ramadhan terlebih dahulu.Ulama sepakat bahawa orang yang meninggalkan puasa Ramadhan wajib menqada’nya samada meninggalkan puasa itu
Dalilnya ialah firman Allah:
Maksudnya: “Sesiapa di kalangan kamu sakit atau bermusafir maka gantilah pada hari-hari yang lain.” (al-Baqarah: 184 dan 185)
Bentuk pengambilan dalilnya ialah ayat di atas menjelaskan kewajipan qada’ puasa bagi orang yang meninggalkan puasa kerana uzur. Diqiyaskan juga hokum ini kepada orang yan meninggalkan puasa tanpa uzur secara qiyas aula iaitu sekiranya yang meninggalkan puasa kerana uzur wajib qada’ tentulah yang meninggalkannya tanpa sebarang uzur syar`I lebih utama wajib menqada’nya.
Namun, adakah kewajipan itu atas dasar segera atau atas dasar bertangguh masa? Jawapannya ialah secara bertangguh masa. Dalilnya ialah
- Ayat di atas juga. Bentuk pengambilan dalilnya ialah: Kewajipan qada’ puasa dalam ayat diatas “maka gantilah pada hari-hari lain” disebut secara umum tanpa mengikatnya dengan masa tertentu. Justeru kewajipan qada’ adalah secara bertangguh masa.
- Hadis Aisyah:
كان يكون عليَّ الصوم من رمضان فما أستطيع أن أقضي إلا في شعبان.
Maksudnya: “Saya mempunyai kewajipan puasa yang mesti diqada. Saya tidak dapat menqada’nya melainkan ada bulan Sya`ban.” (Hadis sepakat Bukhari dan Muslim)
Begitu juga beberapa hadis sahih lain tentang perlakuan sama oleh isteri-isteri Nabi yang lain.
Kata Ibn Hajar: Hadis ini mengandungi petunjuk harus menangguhkan qada puasa Ramadhan secara mutlaq samada meninggalkan pua kerana uzur atau tidak.” (Ibn Hajar, Fath al-Bari, juz 4, hlm 191)
Bentuk pengambilan dalilnya ialah: Aisyah dan isteri-isteri Nabi menangguhkan qada’ puasa wajib sehingga 10 bulan selepasnya kerana menyiapkan dirinya untuk melayani Nabi saw. Perlakuannya tentulah dengan perakuan daripada Nabi saw. Ia menunjukkan pada keharusan menangguhkan puasa qada.
Namun, menyegerakan qada’ adalah diutamakan berdasarkan dalil firman Allah:
Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu ke arah keampunan daripada Tuhan dan syurga yang luasnya adalah langit dan bumi yang telah disedikan untuk orang yang bertaqwa.” (Ali `Imran: 133)
Bentuk pengambilan dalilnya ialah Allah mengarahkan akan bersegra mendapatkan kampunanNya. Keampunan itu terhasil dengan menyegerakan membayar hutang kepada Allah iaitu berpuasa qada’ secepat mungkin.
Apabila telah jelas bahawa puaa qada’ adalah wajib dilakukan tetapi secara bertangguh masa danorng yang meninggalkan puasa tanpa uzur lebih utama menyegerakan qada’, tinggal lagi perbahasan; Adakah puasa qada’ perlu diutamakan di bulan Syawwal berbanding puasa sunat syawwal itu sendiri?
Saya berpandangan puasa sunat syawwal mesti diutamakan. Dalilnya adalah seperti berikut:
- Hadis Aisyah dan isteri-isteri Nabi di atas. Bentuk pengambilan dalilnya ialah Aisyah dan para isteri Nabi menangguhkan qada’ puasa wajib kerana mempersiapkan diri mereka melakukan satu ibadah iaitu melyani keinginan Nabi saw. Keinginan Nabi untuk bersama adalah satu kebarangkalian. Ia menjadi wajib apabila diminta. Jika tidak hukumnya adalah sunat mempersiapkan diri untuk melayani keinginan suami. Aisyah dan isteri Nabi telah menangguhkan puasa qada’ yang wajib untuk melakukan suatu amalan sunat yang lapang masanya. Ia menunjukkan bahawa menangguhkan puasa qada’ yang wajib kerana amalan sunat adalah diharuskan, bahkan diutamakan kerana perlakuan Aisyah dan isteri-isteri Nabi itu tentulah dengan perakuan daripada Nabi saw. Para isteri Nabi sentiasa loba untuk melakukan amalan yang terbaik dalam kehidupan mereka.
- Kedua-dua ibadah puasa qada’ dan puasa snat Syawwal adalah dituntut dan sasarkan secara tersendiri. Ertinya kedua-duanya sememangnya menjadi matlamat secara tersendiri. Dalam masa yang sama ibdah qada’ mempunyai ruang masa yang panjang dan luas kerana kewajipannya adalah secara bertangguh masa. Sementara iadah puasa sunat Syawal bersifat masa yang sempit iaitu bulan Syawwal sahaja. Justeru, sesuatu yang bersifat sempit masanya perlu diutamakan berbanding yang lebih luas masanya.
- Hadis-hadis yang menggalakkan berpuasa Syawwal sangat banyak, sementara tiada hadis yang mngarahkan sahabat mengutamaka berpuasa qada’ pada bulan Syawwal. Ia sekurang-kurangnya menjadi nilai pemberat untuk menyatakan bahawa puasa sunat Syawwal adalah diutamakan.
- Nabi dan para sahabat sentiasa bermusafir. Ada kalangan mereka mengambil kelonggaran berbuka puasa seperti sabit dalam banyak hadis-hadis yang sahih. Namun, tiada riwayat bahawa mereka berpuasa qada’ terlebih dahulu berbandinh pusa sunat Syawwal. Keadaan ini bleh menjadi pemberat untuk menyatakan bahawa berpuasa Syawwal perlu diutamakan.
- Meskipun Aisyah menangguhkan puasa Qada’, tiada nas menunjukkan Aisyah juga menangguhkan puasa sunat Syawwal. Kebarangkalian besarnya ialah tentu para ummahat mu’minin ini tidak ketinggalan melakukan ibadah puasa sunat syawwal kerana hadis-hadis tentang kelebihannya sangat banyak.
Wallahu a`lam.
0 comments:
Post a Comment