Friday, February 26, 2010

5 Nasihat Allah Kepada Rasulullah




Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

•Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
•Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
•Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
•Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
•Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

•Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
•Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
•Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
•Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
•Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
•Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
•Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

salam Maulidur Rasul.. Mudah-mudahan kemuliannya kan tetap bersama menyelusuri kehidupan kita. wassalam.

Sunday, February 14, 2010

Hari bukan untuk KEKASIH..

SALAM SEKUDUS MAWAR BUAT SEMUA WANITA..

Pengalaman yang tersingkap, baru-baru ini saya diberi tamparan hebat melalui kata-kata oleh beberapa orang sahabat disebabkan terlupa hari kebanggaan warga barat yng turut diamalkan oleh muda-muda kini iaitu Valentine Day. Saya terkedu, ya..memang…memang saya jahil pada bab-bab sebegini, namun biarlah..yang penting saya dan kita semua masih lagi mengingati tarikh keramat kelahiran junjungan yang Mulia nabi Muhamammad s.a.w. Betapa ramai lagi di kalangan golongan muda-mudi kini andai ditanya tarikh-tarikh penting di dalam kalendar Islam mereka tidak mengingatinya.

Saya tahu akan kepentingannya untuk saya ketahui, lebih-lebih lagi untuk mengolah isu sebegini..tapi untuk berlebihan, InsyaAllah langsung tidak perlu. Dengan matlamat untuk mendekati golongan muda agar mengetahui kebobrokan meraikan tarikh gila ini, selaku daie ia perlu dititip beratkan.

Kebejatan gejala seks yang tak bermoral

Di sinilah terlakarnya sejarah pahit sesudah manis untuk pasangan yang tak bermoral. Membuktikan cinta di hari keparat ini bahawa ia adalah segala-galanya. Jadi, inilah penyebab utama ‘ter’lahirnya anak-anak haram yang dihukum bersalah dan tanpa rasa berdosa mereka membuangnya di mana-mana sahaja.

Baru-baru ini telah tercetus di sebuah akhbar tempatan mengenai kebimbangan warga pimpinan tentang penambahan jumlah pembuangan bayi di dalam negara. Cukup tragis dan sadis apabila melihatkan kematian seorang bayi yang ditinggalkan di tepi belukar yang padanya ada disertakan dengan ubat pembunuh serangga. Masih ada sifat belas di hati si ibu dengan meninggalkan anaknya sedemikian. Namun, kesalahan tersebut tetap berlaku yang tak mungkin dapat dimaafkan melainkan hanya taubat padaNy.

Jelaslah pada kita bahawa fenomena ini juga salah satu penyebab kepada ketelanjuran pasangan yang bercinta. Hari Valentine lah segala-galanya untuk mereka mengungkapkah madah pujangga di samping ‘hidangan’ mantap untuk di’ratah’. Bercinta bukanlah segala-galanya, bukanlah juga tiket untuk kita serahkan segala-galanya. Andai tak mampu mengawal dorongan nafsu, berkahwinlah..!

Mengapa Valentine wajib ditolak?

Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan ‘supercalis‘ bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine. Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.


Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis From your Valentine.


Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa valentine adalah sempena hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM!


Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.


Justeru, benarlah pada kita bahawa perlu adanya sekatan yang kuat dari dalam diri selaku hambaNya yang beriman untuk menolak keraian hari tersebut. Di dalam fatwa negeri Johor 2005 berhubung hari kekasih ini juga dengan jelas menyatakan bahawa amalan merayakan hari kekasih tidak pernah dianjurkan di dalam Islam. Juga turut termuat di dalam satu lagi fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang telah bersidang pada 22-24 November 2005 di Kuching Sarawak juga telah menetapkan bahawa hari kekasih tak pernah dianjurkan oleh agama Islam dan umatnya adalah dilarang untuk meraikannya. Jadi, apa lagi..sudah terang lagi bersuluh, tepuk dada Tanya IMAN..

waalahua’alam..





Friday, February 5, 2010

KHITBAH





Apa yang awak takut..

Awak jangan risau, jika dah ‘ada’, usah gusar kalu tak di’ikat’ lagi..sekarang ni..doa..doa yang utama sebanarnya.
Kalau awak ikat pun, belum tentu awak ni kahwin dengan dia. Manalah tahu, tup..tup awak dengan dia putus. jadi kalu Tanya pendapat saya, tak ikat pun tak pe, yang penting, doa dan terus berdoa. Awak tak tahu, betapa besarnya kuasa doa kepada kita ni.. Tersipu-sipu malu si perempuan dek kerana kata-kata ustaz Irwan padanya. Saya tumpang dengar pada apa yang mereka bincangkan seusai kuliah. Saya hanya diam, mengamati apa yang ustaz perkatakan. Tersedak seketika..saya istighfar panjang..betul ustaz, betul pada apa yang ustaz perkatakan. Tiada guna sesuatu perhubungan andai tanpa doa dan harapan pada Allah. Dia Maha Mengetahui pada apa yang tidak kita ketahui..apa yang belaku akan datang telah tertulis di Luh Mahfuz setiap daripada kita. Saya pujuk hati.. barulah saya sedar, sebesar-besar masalah dan bebanan yang kita alami, rumit lagi perihal orang lain sebenarnya.

*********************************************************************

Pada pendapat saya, lakonan mereka bagus, amat tepat dengan keaadaan masyarakat melayu pada masa sekarang. Kalu nak diikutkan begitulah keadaan khitbah kini. Masyarakatnya masih lagi tertib. Khitbah hanya sunat, begitu juga dengan cincin atau pemberian yang lain, ia hanyalah sunat semata-mata. Yang penting perjanjian yang dilakukan itu. Hasrat yang dinyatakan oleh lelaki kepada pihak perempuan dan perbincngan perihal perkahwinan. Ada orang bertunang selama beberapa tahun, dan ada juga selama beberapa bulan. Dan yang sebaiknya bagi kedua-dua piihak adalah bertunang dan bberkahwin pada hari yang sama. Itu juga memberi penjimatan pada pihak lelaki. Pun begitu bergantung lah pada perbincangan dan persetujuan kedua-dua pihak. Tidak perlu bersusah-susah dalam perkara kebaikan.
Pertunangan ni step yang ketiga dalam proses seseorang untuk berkahwin. Pertama-tamanya ialah proses pemilihan calon suami/isteri. Dalam proses ni lah perihal yang amat penting untuk setiap daripada kita. Seterusnya dalam proses bertaaruf, kaji dulu bagaimana keadaan orang yang ingin kita kahwini. Sebaik-baiknya hantarlah wakil, Tanya mereka orang yang kita inginkan itu bagaimana. Dan seterusnya barulah proses pertunangan.
************************************************************************
Saya termenung panjang..meneliti setiap bait-bait yang ustaz lafazkan. Banyak yang saya belajar. Bukanlah benda yang sampingan walaupun ia nampak remeh. Saya kurang pengalaman. tapi pengamatan ini amat-amat penting. Moga-moga apa yang kita peroleh di sesi pembelajaran itu dapat kita kongsikan bersama-sama.

Bukanlah niat untuk menceritakan lebih lanjut perihal ini kerana mungkin sahabat-sahabat lebih arif. Cuma ini mungkin hanya sedikit perkongsian apa yang saya peroleh dalam pembelajaran Fiqh di dalam kulian. Point utama yang ingin saya tekankan adalah doa. Andai dah jumpa pada calon yang selayaknya berdoalah. Moga-moga Allah beri kebaikan. Tak salah pada anak-anak dara/teruna yang belum lagi berumah tangga untuk mendoakan kebaikan pada kelangsungan hidup mereka suatu hari nanti. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui pada setiap yang kita ketahui.
*********************************************************************************

Sedikit petikan daripada Saifulislam.


Pertunangan juga tidaklah perlu dihebahkan. Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil) Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil. Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.

InsyaALLAH

Daisypath Wedding tickers