Tuesday, August 24, 2010

~Bila HATI Berbicara~


Setiap hari, percakapan tentang kahwin tak pernah lekang untukku. Ramai yang bertanya..bila dan dengan siapakah aku akan berkahwin. Ya, siapa tidak mahu kahwin, setiap manusia diciptakan berpasang-pasangan dan punya naluri ke arah itu. Aku pun tidak terkecuali, keinginan dan hasrat untuk berumah tangga sentiasa ada, cuma bilakah masa tersebut akan berlaku hanya Allah yang tahu.




Menjawab pada persoalan ini, ku kira diriku ini masih lagi tak mampu memikul taklifan sebagai seorang isteri apa lagi dalam keadaan memegang status sebagai seorang pelajar, pimpinan pelajar, anak sulung dan sebagainya. Pelbagai tanggungjawab yang tidak lagi selesai memungkin juga untuk aku terus bersabar.




Ramai yang beranggapan berkahwin lebih baik jika kita sudah bertemu dengan empunya hati setelah Allah dan RasulNya. Aku juga tidak mampu menyangkal kata-kata sedemikian. Benar. Ku lihat sahabat-sahabat yang telah berkahwin hidup penuh kebahagian, ceria, mudahnya ilmu mereka masuk, walaupun sudah bergelar isteri pada seorang lelaki. Allah berkati kehidupan mereka. Dan di antara kelebihan pada seorang wanita Allah berikan ialah apabila seorang wanita tersebut berkahwin awal, punya mahar yang rendah, dan juga cepat melahirkan zuriat sesuadah berkahwin. Masih terngiang-ngiang di benak fikiran pada bait kata-kata ustaz dalam kelas halaqah tempohari. Ustaz memberitahu demikian, membuatkan aku terasa apakah aku ini juga akan punya kelebihan sedemikian atau tidak memandangkan umur yang semakin bertambah. Tidak kugusar. Keyakinan ku tinggi pada Allah yang Maha Esa.




Lihatlah dengan mata hati. Aku pujuk juga hati. Bukanlah aku tidak mahu berkahwin sepertimana sahabat-sahabat lain yang ada juga di kalanganmereka sudahpun punya anak. Pendapat sahabat-sahabat juga benar, belajar bukanlah halangan untuk berkahwin, malah lebih baik sebenarnya untuk kita mengelakkan diri dari pelbagai perbuatan maksiat yang bersarang. Cinta itu lumrah. Cinta tidak pernah berkata-kata, hanya hati mengungkap bicara..amat payah jika perhubungan itu terlalu lama tanpa ikatan yang sah. Namun, buat hati..koreksilah kembali hikmah di sebaliknya, mengapa dan kenapa kita masih bersendiri tanpa teman yang begitu 'rapat' untuk bergantung. Kerana kita punya Allah untuk meluah rasa. Punya Pencipta yang maha Esa. Saat hati begitu lemah untuk berbicara, Dialah yang sentisa menemani kita. Di manakah Dia untuk kita, apakah sentisa di hati atau hanyut dibuai mimpi-mimpi indah duniawi ini. Lihatlah kembali hikmah di sebaliknya. Sahabat-sahabat yang telah melangkah ke alam perkahwinan memang selayaknya untuk mereka, mereka berkemampuan dan cukup segalanya. Allah tidak akan taklifkan sesuatu perkara jika tanpa kemampuan hambanya. Dah jelas dalam al-Quran. Dan kita lihat, mereka mampu untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Jadi, kenapa kita masih bersendirian, itulah tandanya kita masih lagi tak mampu untuk melaksanakan segala tanggungjawab sesudah akad itu.




Berat..cukup berat. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diungkapkan dengan kata-kata tatkala seorang lelaki mengucap tanda terima nikahnya kita.

  • Buat hati, bersabarlah..Innaallahamaana. bersabarlah. Andai kematian itu hadir dahulu sebelum memikul gelaran isteri, itu lebih baik.. Moga nukilan ini mampu menjawab segala persoalan.. syukran.

Monday, August 23, 2010

~RAMADHAN KAREEM~


Maksud Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda;
(Apabila tiba bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan
dibelenggu.)
-H.R Muslim
~SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA..

InsyaALLAH

Daisypath Wedding tickers