Wednesday, April 14, 2010

FENOMENA PERCERAIAN ELEKTRONIK MENERUSI SMS



Teknologi biasanya digunakan untuk membaiki kesejahteraan hidup manusia. Namun di kebanyakan Negara di dunia sudah menjadi fenomena biasa apabila kemudahan seperti telefon bimbit dan khidmat pesanan ringkas (SMS) digunakan untuk bercerai!


Seseorang suami dengan mudah menamatkan perkahwinan dengan menghantar SMS kpada telefon bimbit isterinya. Fenomena itu kini dikenali sebagai perceraian elektronik di Jordan. Amalan itu menjadi perhatian sejak beberapa minggu lalu selepas statistic rasmi mendedahkan hakim-hakim syarie meluluskan sekurang-kurangnya 450 kes cerai emnerusi SMS pada 2009.


Kecenderungan bercerai melalui SMS kini mencetuskan kejutan ke atas masyarakat konservatif di Jordan.

Kalangan sarjana Islam dan pimpinan masyarakat mengkritik fenomena itu sebagai sesuatu yang berbahaya.

“Perbuatan menamatkan perkahwinan dengan cara itu mencetuskan masalah terhadap maruah lelaki dan wanita,” kata bekas menteri agama di Jordan, Ibrahim Kilani.


“Semua perceraian perlu didokumentasikan bagi memastikan suami jelas mahu menceraikan isternya dan dia membuat keputusan itu dalam keadaan tenang,” katanya.

Beliau menganggap perceraian menerusi SMS sebagai keganasan social yang tidak disuakai Allah kerana ia menjejaskan masa depan sesebuah keluarga. Jika mengikut amalan biasa, seseorang suami perlu memberitahu isterinya secara bersemuka mengenai keputusan untuk bercerai.


Isteri biasanya tidak mempunyai kata putus dalam soal cerai. Namun beberapa Negara Arabdan islam meinda undang-undang perceraian sebagai usaha menjadikan kaum lelaki lebih rasional dalam membuat keputusan mengenai perkara itu.


Amalan percaraian elektronik juga mencetuskan kritikan daripada beberapa kumpulan masyarakat seperti Kesatuan Wanita Jordan (JWU).

“Kami menganggap semua perceraian yang dilakukan menerusi kaedah itu sebagai tidak sah dan terbatal,” kata timbalan pengerusi JWU, Nadia Shamroukh.

“Menurut undang-undang status Jordan, semua perkahwinan perlu didaftarkan di mahkamah dengan kehadiran suami dan isteri,” katanya.


Menurutnya, semua tindakan yang menandakan berakhirnya sesebuah perkahwinan perlu didokumenkan dan ini bermakna semua kes perceraian elektronik perlu dianggap sebagi tidak sah.

Nadia turut terlibat dalam program nasional untuk mmbantu mereka yang mengalami masalah perkahwinan.


Beliau berkata, perceraian menerusi SMS menafikan usaha terakhir keluarga untuk mengesahkan kputusan yang dibuat dalam keadaan marah.


“Suami mungkin memutuskan untuk bercerai ketika menghadapi tekanan atau ketika berada dalam keadaan marah. Tindakan menghantar SMS untuk bercerai akan melepaskanya pluang untuk menarik balik keputusan,” katanya.


Jabatan Ketua Hakim Jordan mencadangkan rangka undang-undang untuk mengenakan sekatan ke atas perceraian menerusi SMS. Tindakan itu bertujuan untuk memastikan perceraian dilakukan mengikut ajaran Islam. Di bawah undang-undang baru itu hakim perlu memastikan kesemua syarat untuk becerai dipatuhi termasuk bukti bahawa suami menceraikan isteri tidak berada dalam keadaan tertekan ketika membuat keputusan.

0 comments:

InsyaALLAH

Daisypath Wedding tickers