Saturday, July 11, 2009

SERAGAM KADAR MAS KAHWIN




Mas Kahwin Rendah, Ringan Beban Pengantin

“Sedihnya raso..ambo hidup sore diri..umur sudoh tuo, tapi tok bini lagi..” Ini adalah petikan dikir barat yang dinyanyikan oleh pendikir barat terkenal di Kelantan.




Memetik keratan akhbar Sinar Harian edisi Kelantan pada keluaran baru-baru ini, penulis terpanggil untuk mengulas dengan lebih lanjut. Penyeragaman ini kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Umar adalah bagi mengatasi fenomena kahwin lambat di kalangan anak muda di negeri itu. Pun begitu, bagi diri penulis, hal ini wajar dilaksanakan kerana di zaman yang serba mancabar ini, ‘kenaikan harga’ maskahwin adalah semakin menjadi-jadi.




Sebagai seorang yang mengaku mengikut sunnah Nabi Allah s.a.w adalah amat tidak berpatutan kita meninggikannya kerana nabi sendiri pun telah bersabda yang mana mafhumnya, “Sebaik-baik mas kahwin adalah rendah nilainya.” Ini bukanlah bermakna penulis meletakkan diri penulis atau juga wanita di luar sana “murah nilainya” akan tetapi tak salah jika kita meringankan beban insan yang bakal hidup bersama-sama dengan kita. Apabila seseorang wanita itu meletakkan nilai mas kahwin dan mengenakan hantaran yang terlalu tinggi, maka dimanakah barakahnya dalam sesebuah perkahwinan?

Teringat penulis akan satu isu yang lama diperkatakan suatu ketika dahulu bahawa, jika rendah mas kahwin wanita, maka dengan senanglah lelaki melakukan apa sahaja setelah menjadi miliknya. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa disebabkan rendah mas kahwin lah wanita seringkali tidak dihargai kerana bagi suami, mereka mudah mendapat wanita yang lain setelah berasa bosan hidup bersama isterinya itu. Maka di sini perceraian pun berlaku.

Pun begitu, penulis tidak menyokong pendapat sedemikian. Selaku seorang yang faham agama, ambillah iktibar setiap apa yang berlaku di sekeliling kita. Untuk membidas pendapat sedemian, penulis bagi analogi yang mudah. Lihat pula pada maskahwin/hantaran yang mahal, apakah perihal sedemikian tidak berlaku? Berlaku juga, malah lebih teruk lagi. Lihat artis-artis pada masa kini. Bukanlah bermakna penulis menuding jari pada segolongan tertentu sahaja, akan tetapi mereka itu ikon anak-anak muda kini, justeru setiap apa yang berlaku kita mudah nampak. Saban hari, ada sahaja kes perceraian yang berlaku yang mana pada masa perkahwinan mereka, mas kahwin yang tinggi dikenakan, tiga hari tiga malam sambutan perkahwinan yang diadalah seolah-olah ‘wending of the year’. Akan tetapi bolehkan kita jamin, ia kekal berkekalan saban ketika, sepanjang hayat hendaknya.. tidak sama sekali..

Kita lihat pula pada pasangan yang beriman, perkahwinan mereka hanya biasa-biasa sambutannya. Hanya untuk meraikan sahabat taulan, tetamu-tetamu yang hadir dan sanak saudara untuk mewarwarkan perkahwinan mereka, menunjuk-nunjuk jauh sekali. Ada juga yang hanya menerima senaskhah al-Quran ataupun kitab-kitab tertentu, padahal mereka mampu lebih dari itu. Betapa berkatnya kasih sayang yang terjalin antara mereka suami isteri, punyai anak yang soleh dan solehah, rezeki yang melimpah ruah dan lengkap melengkapi antara satu sama lain. Inilah yang kita mahukan.

Dengan langkah kerajaan negeri untuk membuat kajian terperinci akan hal ini dan langkah menggalakkan keluarga pengantin agar mengenakan mas kahwin yang rendah ini adalah diharapkan agar ia mampu mengatasi fenomena kahwin lambat yang kian membimbangkan kini. Sedar mahupun tidak sebenarnya ia juga membawa kepada pembiakkan gajala sosial yang begitu meruncing. Justeru, keberkatan perkahwinan adalah setidak-tidaknya mampu mengurangkan permasalahan ini.



Penulis benar-benar menyokong tindakan yang dilakukan oleh Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang mana beliau hanya mengenakan nilaian RM1000 sahaja sebagai mas kahwin bagi setiap anak-anak perempuannya. Teringat penulis, kata beliau andai ada mana-mana lelaki yang menyunting anaknya ingin memberi nilaian lebih dari itu, maka tertolaklah mereka kerana ada lagi lelaki lain yang selayaknya. Wang itu bagi Tok Guru, daripada menghabiskan banyak untuk hantaran, adalah lebih baik jika disumbangkan ke tabung-tabung masjid, bersedekah dengan menolong orang yang tidak berkemampuan dan seumpanya. Hal ini wajar diikuti.

Permudahkan segala yang mudah..pasti mudah segala-salanya. Jangan persulitkannya kerana di sisi Illahi tiada nilainya.




Sisipan penulis:

Semasa belajar Undang-Undang Keluarga Islam suatu ketika dahulu, Pensyarah ada mengingatkan. Katanya “Maskahwin ni, janganlah terlalu rendah sehingga merendahkan wanita, tetapi janganlah terlalu tinggi sehingga menyusahkan lelaki. Jesteru itu, bersederhanalah kita di dalam setiap urusan..

0 comments:

InsyaALLAH

Daisypath Wedding tickers