Tuesday, August 9, 2011

Jalan-jalan Singgah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan oleh Allah Azza wa Jalla untuk mengisi ruang di ruangan blog yang tak seberapa ni. Dhaifnya diri kerana tidak mampu untuk selalu menulis, biarpun diri tidaklah sepandai mana mencoret kata, namun hanya ni sahaja jalan untuk kita berkongsi cerita dan pengalaman bersama.

Sepanjang tempoh bercuti panjang

Dulu, sepanjang tempoh belajar, macam-macam kita lakukan, itu dan ini. Juga tugas yang digalas di kampus. Alasan yang diberi adalah sibuk.

Kini, tempoh yang diberi amat panjang untuk kita menulis tetap juga punya alasan tersendiri. Ya, lihatlah..manusia..sering beralasan. Moga setiap kesibukan dan 'kerja buat' yang kita lakukan ini sentiasa mendapat keredhaan Allahu Taala.

Berkongsi sedikit cerita di sepanjang bercuti selama empat bulan yang diberikan,
saya pada mulanya terasa seakan-akan terlebih excited. Akan tetapi bila memikirkan tesis yang hanya beberapa peratus sahaja baru dibuat, itu dah cukup membuatkan saya hilang mood untuk terus menulis. Lihatlah, akhirnya perasaan ingin menulis bahkan menyiapkan cerpen pendek pun jadi selalu tertangguh-tangguh.

Kita sedia maklum walaupun diberi cuti yang panjang, kita ni punya tanggungjawab tersendiri untuk lakukan. Kalau saya dan sahabat-sahabat di jurusan Fiqh dan Fatwa ni, dibekalkan kami dengan satu tugasan yang sedia maklum mencabar. Tesis. Tersentak juga tajuk yang diterima adalah tajuk ketiga yang saya hantar. Apapun nak atau tidak kita mesti sahut cabaran ni bukan? Tak cukup dengan itu juga, sepanjang cuti ni macam-macam yang dapat kita lihat gaya dan gelagat sahabat-sahabat yang berlatar belakangkan jurusan lainnya. FST dgn gaya mereka, FPQS tidak kurangnya. Bagi sahabat-sahabat di jurusan Syariah dan Undang-undang pula mereka telah didedahkan dengan latihan praktikal perlu dilakukan di mana-mana mahkamah atau juga firma. Penghujungnya ,mereka perlu menyiapkan report pula. Masing-masing dengan kesibukan tersendiri. Beginilah kami, di dunia belajar..

Tentang latihan praktikal tadi..memang seronok. Lagi-lagi bila kita didedahkan dengan dunia luar ni, pelbagai ragam suami isteri atau juga kelompok manusia yang lainnya juga dapat kita pelajari.

Teringat saya di akhir semester Diploma Syariah dan Perundangan Islam suatu ketika dahulu. Sepanjang menjalani praktikal di Firma Guaman Suhaila, pelbagai kes perceraian saya dapat lihat. Banyak! Tak kurang dengan itu, banyak juga kes-kes lainnya.


Penat


Berbalik pada tesis, saya masih belum mampu melaksanakan sebaiknya. Alhamdulillah di samping kerja, Allah masih kurniakan saya kekuatan untuk mengajar di kelas tuisyen yang selama ini saya lakukan sepanjang cuti semester sebelumnya. Rezeki melimpah ruah walaupun kepenatan cukup terasa. Keperitan berada di tempat orang juga cukup terasa apabila terpaksa mengambil keputusan untuk berada di sini. Ramai bertanya kenapa tidak pulang ke kampung..

Saya akui hanya berada di sana kurang seminggu sahaja, tu pun hanya untuk menyelesaikan urusan keluarga, selebihnya di perantauan. Siapa yang tak sakit bila berjauhan dengan keluarga send
iri, apa lagi adik-adik pula semakin membesar dan perlukan perhatian seorang kakak. Namun begitu saya cuba jugak untuk kuat menghabiskan sisa cuti semester di sini, melaksanakan tanggungjawab di sini. Saya yakin Allah pasti memelihara adik-adik di sana seandainya kita berbuat baik pada orang lain.



Kesian adik-adik semua. Mujurlah ayah ibu memahami, cukup-cukup memaha
mi.. restu mereka menguatkan saya bulat dengan setiap keputusan yang saya pilih. Juga semangat dari orang-orang tersayang lainnya. Terima kasih atas segalanya.

Rindu cukup terubat bila melihatkan wajah-wajah anak murid di sini..comel-comel belaka, persis adik-adik saya juga. Buat Asyraf, tahniah kerana beroleh keputusan yang cemerlang. begitu ju
ga Adik Anis, adik bongsu saya.. dan lain-lainnya. Kak rindu kalian semua.

Berpuasa di tempat orang


Saya cukup beruntung kerana punya ramai ibu-ibu dan bapa saudara di sini. Cukup memudahkan untuk bergantung harap, apa lagi melempiasakan kerinduan pada orang-orang tersayang. Alhamdulillah juga sahabat-sahabat yang di samping yang sentiasa membantu. Pernah suatu ketika saya jatuh sakit. Sakit yang amat. Pun begitu saya ada mereka yang membantu, saya ada Allah.

Kini, setelah hampir ke penghujung cuti semua kenangan dan jerit perih takkan saya lupakan. Hanya tinggal seminggu lebih sahaja saya akan bekerja dan kelas tuisyen yang hanya berbaki dua kali sahaja lagi membuatkan saya begitu teruja untuk pulang.
Pulang dengan membawa seribu kebahagian,
pulang dengan membawa seribu keriangan,
pulang dengan membawa seribu pengharapan.


Kini, terasa pantas sungguh masa berlalu. Pada saya cuma ada sesuatu yang menguatkan, Hanya Allah yang Esa. Dialah yang memberi kita kekuatan di saat kita hampir rebah tak bermaya, di saat kita hampir tersunggur bagai tak berdaya..dia bangkitkan kita semula. Dialah Maha Segala. Sepanjang cuti banyak sungguh hikmah yang saya peroleh. Hanya sujud tanda kesyukuran sahaja yang mampu saya ungkapkan pada Sang Pencipta. Dialah segalanya. Ingatlah, andai kita diuji dengan sesuatu kepayahan bersabarlah, dan andai kita diuji dengan kesukaran untuk beroleh apa yang kita impikan, bersabarkan. Kerana penghujungnya amatlah manis, sukar terungkap dengan kata-kata kita yang lemah.

Akhir kalam, cukuplah rasanya dahulu coretan kali ini. Bersyukurlah di atas nikmat masa, kesihatan, kesenangan dan segalanya yang Allah beri kerana di situlah bukti perhambaa kita buat Ilahi.

Salam kudus,
~yue emaniez~
10 Ogos 2011
10 Ramadan 1432

0 comments:

InsyaALLAH

Daisypath Wedding tickers