~Kakitanga lelaki sektor awam diberi dua minggu cuti untuk jaga isteri berpantang dan bayi mereka~
Tertarik dengan sisipan dari berita utama Sinar Harian edisi Kelantan, kita turut menyokong pada kata-kata Ustazah Wan Ubaidah dalam hal ini. Beliau berkata, bermula tahun hadapan, mana-mana kakitangan yang berkhidmat di dalam sektor awam bakal mendapat manfaat cuti selama dua minggu bagi menjaga isteri bersalin. Usaha tersebut adalah seiring dengan usaha kerajaan dalam memantapkan institusi kekeluargaan di negeri ini.
Ruang yang lebih banyak diberikan kepada pihak suami untuk menjaga kebajikan isteri dalam tempoh berpantang. Manfaat yang diberikan ini juga diharapkan agar si ayah dapat membantu isteri yang berpantang menjaga anak mereka yang baru dilahirkan itu dengan lebih sempurna. Bagi kita sebagai seorang perempuan, suami di sisi amat penting dan sokongannya amat diharapkan dalam apa jua yang berlaku pada diri kita lebih-lebih lagi saat melahirkan dan juga ketika berpantang.
Menurut Ustazah Wan Ubaidah juga, tempoh cuti tersebut telahpun diserahkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan dalam peringkat kajian pihaknya. Kita melihat tempoh cuti yang dipanjangkan sekali ganda dalam tempoh seminggu sebelum ini akan diluluskan kerajaan negeri selewat-lewatnya pada tahun hadapan. Perkembangan ini adalah sejajar dengan kelulusan 90 hari cuti bersalin kakitangan wanita yang juga akan diluluskan pada masa yang sama. Mudah-mudahan apa yang dirancangan di pihak jawatankuasa negeri mampu meningkatkan nilai kekeluargaan yang semakin terhakis di dalam Negara kita saban hari ini.
0 comments:
Post a Comment