Tuesday, March 16, 2010

Selamat Pengantin Baru KAK..





Salam ta'zim buat semua sahabat wanita, moga-moga dengan sisipan kali ini dapat memenuhi permintaan sahabat-sahabat yang mengunjung. Saban hari kesibukan melanda, tapi itu tidak bermakna saya melupakan terus laman ini untuk meluahkan dan mencoretkan sesuatu yang bermakna.

Ya, kali ini mungkin coretan yang amat biasa buat kalian, tapi bagi saya tidak. Tarikh keramat bagi 'kakak kesayangan' di bumi kampus ini sah berstatus isteri buat seorang rijal yang cukup budiman. Selayaknya dia menerima sedemikian kerana dia seorang yang solehah di mata kita semua. Seorang kakak yang senantiasa mengambil berat maslahat adik-adik..dan selayaknya dia kita pilih sebagai pepimpin untuk FIFA tahun 2.

Tanggal 13 MAc 2010, Sabtu, saya dan beberapa orang sahabat ke sana. Dengan ditemani 'bebanan tugas' masing-masing di kepala, namun ia terus lenyap tatkala memandang si merpati putih indah disolek gundik-gundiknya..jangan marah ye kak, sekadar perkongsian:)

Pun begitu, saya minta maaf pada kak kerana tidak dapat lama di sana bersama sahabat-sahabat yang lain, yang dapat rewang bersama-sama dan tolong akak sedikit sebanyak. Sungguh, pilihan untuk ke sana amat tepat, terasa ukhwah antara kita.











Sepanjang perjalanan, saya seperti biasa curi peluang menangkap gambar. Sungguh indah perjalanan, tiada masyaqqah yang besar pada kami untuk sampai ke sana. Bertemankan laptop kesayangan, saya cuba mengulit hati untuk menyiapkan juga assingment yang bakal di submit menyebabkan beberapa orang sahabat hairan. Ya, masa mat berharga, dan cukup indah saya rasakan bila dapat menikmati keindahan bumi Tuhan. Dan untuk pengetahuan sahabat-sahabat, saya dan ukht Huda seringkali terlihat awan yang cantik, apa yang kami panggil sebagai 'awan love'. Ya ini mungkin simbol pada perjalanan kami.



Sepanjang perjalanan ini juga saya mengambil peluang untuk mengenali adat resam masyarakat setiap negeri yang kami singgah. Cukup tertib aturan, yang mana baik, perlu kita adaptasikan. Seringkali diusik, K.Yue bila lagi?? Saya jawab dengan senyuman..itu sahaja yang dapat diberikan.



Baiklah, berbalik pada cerita asal..pernikahan kak nana amat memberi kesan dalam jiwa saya. Saya cukup kagum, bagaimana seorang wanita cukup patuh dengan permintaan ibu ayah, menerima segala ketentuan. Masih terngiang-ngiang di telinga saat bersembang di suatu sudut cerita, tiba-tiba saya dikejutkan akak telah pun ditunangkan dan bakal berkahwin. Sungguh cepat masa berlalu, indahnya aturan Tuhan, hebatnya perancangan yang telah ditetapkan.





Awan love:)

Kak nana pesan..berdoalah..berdoa..pasti Allah akan permudahkan..




Kak, moga bahagia, dan terima kasih kerana sentiasa memberi semangat dan dorongan. DIA PENENTU SEGALA KETENTUAN..

0 comments:

InsyaALLAH

Daisypath Wedding tickers