Sunday, February 27, 2011

sambungan~episod dua

Jalan-jalan di lautan manusia.

Mencari makanan yang diinginkan bukanlah mudah tika berjalan-jalan di lautan manusia. Ramai sungguh. Kebetulan waktu ini sudah terik matahari, membahang di kepala Syira. Segera dirasakannya ingin terus pulang. Bandar yang dulunya menjadi saksi pada jerih seorang gadis menuntut ilmu, dan Bandar inilah juga tempat untuk dia mengenal erti sebuah kehidupan. Terasa kelainananya setelah sekian lama tidak bertandang ke sana. Kalau balik pun hanya melalui kejap-kejap sahaja. Anak gadis ini sentisa terpelihara, tidak dibenarkan abi dan uminya berjalan-jalan di tempat awam apatah lagi ke Bandar tanpa arah tujuan. Seingatnya suatu ketika dahulu ketika menjalani praktikal di Bandar itu, abinya sering berpesan untuk terus pulang seusai habis waktu kerja.

Setelah membeli apa yang diingini dia berjalan menuju ke tempat teksi-teksi berkumpul. Dilihatnya apa yang dibeli hanyalah kiriman uminya kecuali sedikit keperluan diri. Waktu pulang, setelah penat mencari akhirnya jumpa juga dia pada suatu makanan yang diinginkan. ‘..Etak’ makanan ini suatu ketika dahulu cukup digemarinya, tapi sukar benar untuk ditemui sekarang. Dibeli RM3 banyaknya. Tapi persis Syira sendirian, makanan ini tidaklah banyak sangat, mungkin etak dah susah diperoleh sekarang, tidak seperti dulu.
Seusai membeli dia mendapatkan teksi Pak Man, yang suatu ketika dahulu Pak Man lah yang seing menjadi pemandu Syira untuk ke sekolah. Adakalanya dihantar abi dan selebihnya dia sendiri ke sekolah bersama teman-teman menaiki teksi Pak Man. Pak Man masih tidak ubah seperti dulu. Cuma mungkin kedutan di dahi menampakkan ketuaannya dengan tercalit sedikit uban di rambut. Sungguh tenang melihatkan Pak Man, kesan sujud di dahi menambahkan lagi nur di wajahnya.
Di dalam kereka, Pak Man memulakan bicara.. “Bukan Syira ke ni, anak Pak Yusuf? Hm..Insyirah binti Yusuf, betul tak tekaan Pak Man?” Duga Pak Man pada Syira.

“Ya Pak Man, Syira la ni..lama tak naik kereta Pak Man.” Jawab Syira.
“Syira kat mana dah sekarang? Dah keje ke? Dah ada suami ke?” gurau Pak Man pada Syira.
“Ish ke situ pulak Pak Man ni, kot ye pun nak bergurau, sikit-sikit sudahlah Pak Man.. Syira belajar lagi, kat Universiti Malaya sekarang, tahun 3 dah Pak Man.”

“Sekejap je kan masa. Pak Man dah lama tak tengok kamu, sebab tulah Pak Man teka kamu ni dah kahwin. Baguslah kalu belajar lagi dan kebetulah anak buah Pak Man ada kat UM jugak, jurusan Syariah tahun 3. Kenal tak Azhari?
…..Muhammad Azhari bin Mahmud Adnan? Suatu nama yang dia cukup kenali, sekuliah dengannya di kampus, apa lagi seukhwah dalam perjuangan. Azhari yang dia kenal seorang yang thiqah, tidak pernah dihubungi melainkan atas urusan kelas. Apakah ini anak buah Pak Man?

Saturday, February 19, 2011


Hubungan kita, cukup hanya setakap ini..aku tidak layak untukmu..Mustaqim, 7 Dicember. 9.30 malam.

Berkali-kali Insyirah menatap skrin telefon bimbitnya, bagai terobek isi hati tatkala membaca kalimah pedih itu, namun tetap juga dia gagahi perasaannya oleh kerana sahabatnya, Maisarah ada di sisi. Dia tetap ingin cuba memendam rasa biarpun luahan perasaan amat tepat dirasakan pada waktu itu.

“Ah, selagi mampu aku takkan bicarakan”..persis Insyirah sendirian.
Dia tetap menghiburkan sahabat-sahabat sedangkan dalam masa yang sama dia sedang memikirkan Mustaqim. Lelaki, tetap dirasakan sama..perasaan cinta bagaikan luruh seketika.

Setelah dirasakan Maisarah makin cuba membaca isi hatinya, dirasakan inilah masa untuk dia luahkan sedikit tentang hubungan mereka. Insyirah dan Mustaqim, suatu nama yang sering gah di kalangan pemimpin universiti, di Kelab Al-Islamic Members mereka bertemu dan sekaligus berjuang bersama dalam menegakkan islam di bumi kampus tercinta. Namun semenjak mereka telah tamat belajar, hubungan mereka makin intim di samping menjaga syariat yang telah sedia terpeliha di dalam diri mereka.
“ Sabar syira, akak yakin Mustaqim akan berfikir banyak kali lepas ni, dan kalaulah dia benar-benar seorang yang matang dia tak akan putuskan hubungan kalian begitu sahaja.” Ujar kak Maisarah padanya.

“Ya kak, ana pun tak tahu kenapa Mustaqim bertindak demikian sedangkan sebelum ni pun dia banyak faham ana kak. Takkanlah kali ni disebabkan ana hanya tidak berkesempatan berjumpa dengan dia kemarahannya sampai begini rupa. Ah, biarlah kak.. Ana yakin rajuknya tak lama.” Bicara Insyirah menyoroti keegoannya.

Selama mereka telah mengikat tali pertunangan Maisarahlah yang sering menjadi tempat rujukan, dan Maisarahlah juga peneman buat dua hati bertemu. Temu mereka tidak lama namun kadangkala itulah yang menjadi pengubat mereka. Mereka sedar hanya secicip pertemuan itulah yang menjadi bekalan pada sebuah perhubungan. Tipulah dalam kewarakan mereka itu mereka langsung tidak ketemu..namun tidak sedaya cuma membatasi dengan syariat, peneman tetap ada. Masakan pasti syaitanlah yang ketiga.

Beberapa hari di kampung sudah membuatkannya kehangatan merindui penghuni asramanya. Memikirkan tanggungjawabnya sebagai Yang diPertua Asrama membuatkan Insyirah bertekad untuk pulang awal walaupun kepulangannya ke kampung juga telah lewat. Demi menyiapkan kertas kerja yang terpaksa dihantar ke Hal Ehwal Pelajar segera dia berusaha untuk mencuri sedikit masa berada di asrama dan juga pejabat asrama. Ketika itulah pergaduhan di antara Mustaqim dan Insyirah beraku.. lama..

Tatkala termenung sendirian di bilik dia teringat bagaimana saat kepulangannya ke kampung tempohari. “Dah lah Mustaqim marah, perjalanan pulak panjang” persisnya sendirian.
Tidak disangka perjalanan dengan keretapi waktu itu delay menyebabkan dia melalui perjalanan selama 13 jam lamanya. Namun Insyirah benar-benar merasai suatu pengalaman yang cukup indah, pengalaman yang tidak dapat untuk dilupakan bagaimana dia dan Aisyah, sahabat sekuliahnya ingin menunaikan solat. Bersolat di atas keretapi, ya..cukup membuahkan suatu pengalaman yang indah! Islam itu cukup indah, Rabbi yassir wala tuassir.. hanya doa itu yang mampu diucapkan…

“Alhamdulillah kan Syah kita dah belajar bagaimana untuk menunaikan solat di dalam kenderaan..ini sedikit sebanyak dah pun memudahkan kita” ujar Insyirah.
“Betul tu Syira, Islam itu suatu agama yang mudah..” jawab Aisyah di samping senyuman manisnya itu menapakkan lesung pipit di sisi.
Sepanjang perjalanan itu beberapa kali dia cuba untuk menelefon Mustaqim, langsung tak berjawab.. Kini hanya tawakkal dan doa moga-moga persengketaan ini tidak lama. Hanya keyakinan pada Allah diletakkan. Dikhuatiri ibunya dan juga ibu Mustaqim bimbang, Insyirah bertekad menutup mulut..mengharapkan ibu bapa mereka tidak mengetahui kejadian ini.

Sepanjang perjalanan itu jugalah Insyirah banyak berfikir apakah Mustaqim itu selayaknya untuk dia miliki..
“Syira, keluar sayang, tengah buat apa kat bilik lama-lama tu, mari minum nak. Mak ada buatkan air kopi dan bubur ni..” panggil uminya, Puan Khadijah.

“MasyaAllah.. apa yang aku dah menungkan ni..jauhnya aku teringatkan kat Mus. MasyaAllah, ya kejap umi..kejap lagi syira keluar ya” balas Insyirah.
Setelah menunaikan solat asar, seusai juga membaca mathurat dan ayat suci al-quran, dia keluar bilik untuk mengadap ibunya.
“Syira, kenapa ni..umi perhatikan sejak balik kampung ni Syira asyik berkurung kat bilik je, ada apa-apa masalah dengan Mustaqim ke?” soal ibunya.
“Eh, taklah mi, Syira baca buku je..sambil-sambil siapkan cerpen terbaru mi.. Syira ingat nak masukkan dalam majalah tak lama lagi, tajuknya: Sumur yang dalam.. ok tak umi?” jawab Syira dengan penuh yakin, sedangkan dia tahu itu hanya helah semata..
“Ok, ni mesti cerita pasal..”

“A’a umi, pasal kehidupan..kehidupan Syira yang panjang..” jawab Syira seraya kedua beranak itu ketawa.

“Umi, esok Syira yang ke Pasar Tani boleh tak mi, Syira teringin nak makan ‘etok’. Dah lama tak makan. Kat pasar tani mesti ada kan mi..” pinta syira pada ibunya.
“Ye lah, tapi pergi tu hati-hati, jangan jalan jauh-jauh sangat..” ibunya mengizinkan.


bersambung....****************************************************************************

InsyaALLAH

Daisypath Wedding tickers