Bingkisan ini ku kirimkan buat teman2 dan kedua ibu bapa yang telah banyak mendidik aku menjadi seorang insan berguna di dunia yang fana ini. Aku insan kerdil yang dianugerahkan dengan nama Durratul Hanan yang baru sahaja disunti oleh seorang insan yang tak pernah ku impikan. Moga2 terlahirnya sisipan ini kan banyak memberi makna dan manfaat buat semua. Terimalah nukilanku ini..hanya sekadar perkongsian..
”Bu,abah, Hanan rasa, Hanan dah bersedia bu...minggu depan, seorang lelaki yang benar-benar Hanan yakin untuk Hanan jadikan di sebagai pemimpin Hanan akan datang ke rumah untuk perkenalkan diri..”
Aku cuba kuatkan hati untuk berterus terang pada ibu dan ayah suatu malam dengan penuh keberanian.
”Hanan, apa yang Hanan cakap ni? Hanan sedar tak ni? Siapa lelaki yang berani sangat tu? Hanan tahu tak, hanan ni tak habis belajar lagi..macam mana nak kahwin..siapa nak tanggung nanti?” Tanya ibu bertalu-talu.. aku lihat abah juga sedikit tergamam..
”Ya bu, Hanan tahu..dan Hanan sedar yang Hanan masih lagi belajar..Hanan buat keputusan ni bukan untuk suka-suka bu, abah.. Ni adalah hasil istikharah Hanan selama beberapa lama..Hanan dah fikir semasak-masaknya bu..Hanan tak nak perasaan Hanan bercampur noda kerana Hanan nak jadi wanita solehah bu, abah..”
Ku teringat tentang kisah-kisah ibu suatu ketika dahulu. Ibu tak pernah bercerita tentang peristiwa lampaunya tapi disebabkan aku ini cucu kesayangan nenek, maka tak pernah jenuh kisah-kisah ibu sedari kecil dia ceritakan padaku. Kata nenek, dulu ibu kahwin di usia muda, abah benar-benar ingin menyunting ibu walaupun dia tahu yang pada ketika itu ibu masih lagi di awal alam pekerjaan untuk menyara keluarga.
”Hanan, nenek dan atuk tak berapa berkenan kat abah Hanan dulu sebabnya dia bukan orang satu negeri kita. Tapi disebabkan kesungguhan ayah Hanan nak kat ibu, atuk terpaksa akur untuk mewalikannya. Hubungan kami semakin suram sehinggalah Allah kurniakan Hanan untuk kami, cucu pertama kami.” Cerita nenek semasa aku baring di pahanya. Aku manja dengan dia dan nenek tak pernah melarang malah semakin rancak tangannya mengusap-usap rambutku yang ikal, terasa sepoi-sepoi beriringan sisipan belaian nenek..lembut..
”Tapi nek, kalau nek dan atuk tak suka abah, kenapa hubungan nek dan abah baik je, macam nek ni mak abah pulak?” tanyaku keliru.
”Itulah kuasa Allah namanya Hanan, semakin lama semakin rapat hubungan kami, sebabnya bukanlah setakat Hanan lahir je, tapi kebaikan yang abah Hanan curahkan untuk kami. Dia seorang menantu yang bertanggungjawab, beriman, dan tak pernah mengabaikan tanggungjawab dia pada ibu Hanan. Itu yang nenek nampak pada dia.
Betul nek, aku syukur kerana memiliki abah. Abahlah seorang ayah yang terbaik di dunia ni.. Monolog ku tika bersendirian, aku memikirkan apakah aku ini senasib dengan ibu?
Malam tu berlalu..sepi..tiada ciuman dari seorang ibu yang kebiasaannya aku rasakan. Aku menangis teresak-esak mengenangkan nasib diri, aku tahu ibu punya firasat tersendiri. Ketegasan ibuku rasakan. Abah tergamam.. malam ku habiskan dengan berkhulwah dengan Allah kerana pada ketika ini Allah lah tempat aku mengadu, meluahkan segala apa yang tersimpan di hati. Aku kaget, keliru dengan masa depan yang ingin ku corak sendiri. Ku tertidur di sejadah usamku..
Mengertilah ibu abahku, ku ingin pernikahan ini bukanlah disebabkan ikutan hawa nafsu semata, tapi kami ingin membina tapak untuk kami semai di medan jihad nanti. Kami tak mahu hati kami berlopak, cacat dibiak oleh tompok-tompok hitam, noda itu membuatkan kami terbantut melaksanakan tanggungjawab kami selaku hamba dan khalifahNya di muka bumi ini. Kami ingin bergabung menyemai keutuhan diri untuk melangkah terus di medan jihad. Mengertilah ibuku, mengertilah abahku..ya Allah, hanya Kau yang memahami rasa hatiku kala ini.
Suatu petang yang hening, abah memanggil untuk borak bersama di balkoni rumah. Angin petang menyapa kami. Sunyi.
”Hanan, boleh abah kenal dengan bakal menantu abah tu, asal mana, apa yang dia lakukan sekarang, macam mana tarbiyyah dia, hebatkah orangnya sampai berjaya memiliki hati anak abah ni?” tanya abah padaku.
Aku cuba kawal perasaan saat tu, dengan tenang aku terangkan segalanya tentang diri Mukhlis pada abah. Walaupun Mukhlis itu bukanlah seorang yang kaya orangnya, tapi iman dan perjuangannya membuatkan kusambut cinta setelah dia khabarkan rasa kasihnya padaku setelah sekian lama memendam rasa. Kini ku semakin yakin bahawa dialah pilihan hati yang selama ini ku cari. Batasan syariat menyusuri perhubungan kami sehinggalah suatu saat yang benar-benar memberi debaran pada hatiku, dia ingin melamarku, sungguh!
”Hujung minggu ni bagi tahu Mukhlis, datanglah perkenalkan diri, ibu dan abah tunggu..” bagitahu ibu di belakang kami. Asyik. Aku tak menyedari dia di situ. Kami berpelukan, air mataku mengalir kesyukuran. Laju..
”Ibu minta maaf Hanan, ibu sayang Hanan, ibu yakin pilihan Hanan itulah yang sebaiknya. Ibu dan abah tak akan halang, Hanan..”
Terima kasih bu..terima kasih untuk segalanya..doakan Hanan bahagia bu, abah..
************************************************************************
Syukur, walaupun di awalnya hubungan kami seakan-akan tidak diterima, namun Allah permudahkan jua akhirnya. Lafaz telah terakad, tersimpul kukuh bagaikan bersatunya hati-hati kami. Aku milik Mukhlis akhirnya. Majlis pernikahan sahaja yang kami lakukan, nikah khitbah. Hanya jamuan buat sanak saudara dan sahabat-sahabat kami yang terdekat.
”Sayang, terima kasih kerana mampu pertahankan hubungan ini walaupun abang bukanlah selayaknya menerima cinta sayang.”
Lafaz kalimat itu kudengari keluar dari bibir kemerahan Mukhlis, walaupun nadanya tersekat-sekat tapi ku dapat rasakan keikhlasannya waktu itu. Kami bertentangan dan sesekali mataku teralih..malu..kerana ku tidak pernah bertentang mata dengan seorang lelaki apatah lagi dengan lelaki yang ku cintai kerana Allah ini.
”Abang, jangan kata macam tu abang, sayang juga cintakan abang sejak kali pertama kita pernah berjihad di medan juang yang sama suatu ketika dulu. Tapi Hanan pendam abang, Hanan tak nak kalau-kalau terungkapnya kasih ini, maka terabai rasa kasih kita pada Allah. Tapi sekarang kita dah tak ada hijab lagi. Hati sayang milik abang, seluruh jasad dan kepunyaan sayang adalah milik abang. Sayang inginkan zuriat yang soleh bersama abang.
”Ya sayang, kita pasti lahirkan pejuang-pejuang kita suatu hari nanti, demi Islam sayang..”
Suatu kucupan singgah di dahi ku. Lembut. Dan malam meyingkap tirai kami bersama, melepaskan rasa yang terpendam, kenikmatannya hanya Allah yang tahu..syukur padaMu ya Allah. Indahnya saat bercinta tika ini, halal untuk kami.
Kini masuk di bulan kedua perkahwinan kami, pelayaran bahtera pernikahan kami kami teruskan, bahagia. Segala-galanya kami kongsikan bersama. Ceritera perjuangan kami lakukan namun taklifan kami tak pernah kami terabai. Walau sesibuk mana tugasan di pejabat, Mukhlis tetap menghubungiku, melahirkan rasa kasihnya padaku.
Hatiku tetang..setenang air di kali. Terasa ruang-ruang ilmu mudah menyelinap masuk di benak fkiranku. Kami menelaah bersama, menumpukan pada karenah perjuangan bersama. Aku perlu berkongsi kasih dari Mukhlis kerana aku tahu dia bukan hanya milikku tapi juga milik Islam. Semakin hari semakin bertambah rezeki kami dan kini Mukhlis pula telah disunting oleh sebuah saluran penyiaran untuk menjadi ahli panel tetap di televisyen berkenaan.
Semester akhir pengajianku di universiti melahirkan suatu tanda-tanda yang aku bakal memiliki ’orang ketiga’ bersama Mukhlis. Dialah yang bakal menjadi obor sebagai kesinambungan dalam memperjuagan Islam di muka bumi ini. Mukhlis lah orang yang paling bahagia waktu itu, yang senantiasa bagi semangat dan dorongan untuk aku teruskan perjuanganku di alam kampus walaupun terpaksa menanggung seorang bayi di kandunganku. Dia menghantar dan menjemputku ke kuliah walau sesibuk mana pun dia. Aku semakin punya kekuatan walau kesusahan mengandungkan anak pertama kami ku rasakan, namun syukur, bayiku ini tidak pernah punya ragam untuk melemahkan aku. Aku perlu berlumba-lumba dengan sahabat yang lain walaupun aku tidak seperti mereka, perlu perlahan-lahan menggerakkan langkah, tapi mindaku sentiasa ku buka untuk menerima ilmu daripada para pensyarah. Aku ingin terus utuh dengan gelaran ’top student’ bukan hanya dari segi ilmu, bahkan juga dari segi pertarbiyyahan dalam diriku. Aku perlu pertahankannya walau tanggungjawabku bertambah untuk Mukhlis dan bayi yang bakalku lahirkan.
Saban malam, Mukhlis pasti menghembuskan ayat-ayat suci buatku dan bayi kami. Perutku semakin membesar, dia usap dan belai rambutku..sehinggaku lena dalam belaian dan dodoian zikrullah buatku. Syahdu, lunak suara suamiku..
Namun kini ku rindu, rindu untuk dibelai dan didodoi dengan untaian suci kalimah Ilahi, alunan suami. Dia di penjara kini. ISA meragut kebahagiaan kami. Syaitan semua pembelot-pembelot negara! Kalian tidak layak bergelar khalifah apatah lagi pemimpin seperti mana yang kalian khabarkan. Liberalisme, sosialisme,menjadi teraju dalam pimpinan kalian. Di mana hati suci kalian dalam membela insan yang tak bersalah seperti kami?
Suami ku kini di tahanan. ISA telah memusnahkan hidup kami sekelip mata. Ku lihat tubuh indah suamiku semakin susut tak bermaya, ku hilang tempat bergantung. Ibu abah memapahku pulang. Suami yang selama ini ku damba tiada pembelaan..dikatakan bersalah walau tugas mempertahankan Islam. Di mana hak kami Tuhan, di mana pembelaan buat kami Tuhan, kasihanilah anak kami...!
14 Syaaban 1430H
12.37 pagi.
Yue-emaniez
Friday, August 14, 2009
ISA itu Meragut Kebahagian KAMI!!
Posted by EMANIEZ-ELFARDI at 4:18 AM 0 comments
Wednesday, August 12, 2009
CARA MELAYAN SUAMI DENGAN BAIK DAN MENYELESAIKAN MASALAH DENGAN BIJAK YANG DITUNTUT DALAM ISLAM.
Adalah menjadi kewajipan setiap muslim terutamanya kaum wanita untuk mengetahui dan menghayati peranan isteri-isteri Rasulullah saw dan hubungannya dengan Rasulullah.Kita akan mengetahui bahawa peranan wanita Islam masa itu bukan hanya sebagai ‘teman tidur’ tetapi mempunyai peranan yang sangat besar membantu membina suasana rumahtangga yang harmoni.Masyarakat yang harmoni,lahir dari rumahtangga yang harmoni.Oleh itu benar,kata-kata ulama’ yang menyatakan ‘tangan yang menghayun buaian bakal menggoncangkan dunia’.
Siti Khadijah banyak membantu dalam menyuburkan jiwa dan memberi semangat kepada Rasulullah saw masa awal Islam. Bahkan Siti Khadijah berperanan sebagai satu-satu tempat yang boleh mengubat hati suaminya iaitu Rasulullah saw yang tercinta.
Lihatlah betapa bahagianya para sahabat dahulukala.Walaupun telah berjuang tetapi apabila balik ke rumah,isteri menyambut dengan kepulangannya dengan senyum manis.
Ada satu lagi contoh yang tidak harus kita lupakan.satu pasangan yang paling ideal dan istimewa iaitu pasangan Ali dan Siti Fatimah.dari sejarah kehidupan Saidina Ali dan Siti Fatimah mereka adalah pasangan suami isteri yang paling bahagia sekali walaupun pasangan inilah yang paling miskin di zaman Rasulullah saw.
Siti Fatimah sering ditinggalkan Saidina Ali berbulan-bulan untuk perjuangan.bahkan keperluan seharian pun kadang-kadang tidak mencukupi tetapi Siti Fatimah menguruskan sendiri,keperluan rumahtangga berbekal iman yang tebal tersemat di hatinya.Masih mampu memberi senyuman manis menyambut kepulangan suami yang tersayang Saidina Ali.
Inilah contoh-contoh yang berkesan untuk dicontohi oleh wanita moden masa kini supaya bersabar dan bertaqwa apabila mengendalikan masalah keluarga yang dihadapinya.
KELEMAHAN WANITA MODEN MASA KINI.
Kepulangan suami dari pejabat atau dari tempat kerja seharusnya disambut dengan layanan mesra.Tetapi hal lain pula yang berlaku;suami belum pun sempat meletakkan punggung sudah diserang dengan pelbagai pertanyaan. Selagi permintaannya tidak ditunaikan dengan kadar segera selagi itu si isteri terus mendesak.Inilah faktor paling lemah dan kesilapan yang ketara dan utama sering dilakukan oleh wanita masa kini.
Bagi yang berpoligami pula seringkali jiwa si suami tersiksa seperti jarum dicucuk.Pada umumnya ada dua punca utama suami sakit jiwa kerana isteri :
1) Kerana kelemahan suami itu tersendiri.
2) Kerana ragam isteri yang beremosional.
Sejauh manakah seorang isteri sanggup berkorban demi kebahagiaan suami?
Oleh itu adalah menjadi kewajipan si isteri untuk merubah sedaya upaya sikap dan segala masalah harus dibincang secara harmoni.Isteri yang solehah tidak akan sekali-kali menggunakan kekerasan. Ketenangan dan kesabaran menjadi senjata utama isteri yang solehah.
Tidak akan selesai satu masalah dengan menengking dan maki hamun bahkan akan mencabar kewibawaan kaum suami.Kaum wanita haruslah menyedari perkahwinan adalah pengorbanan dan berpoligami ialah satu kenikmatan yang diizinkan Allah jika cukup dengan syaratnya!yang dihalalkan Islam.Allah telah menetapkan suami sebagai pemimpin mahu tidak mahu isteri mesti mentaati keputusan itu walaupun bertentangan dengan kehendaknya.
Insya-Allah tidak akan berlaku hal-hal seperti diatas jika ada persefahaman antar suami isteri.Isteri juga tidak boleh mengamalkan Queen Control pada suaminya walaupun isteri mempunyai hak dalam peranan rumahtangga.
HAK ISTERI WAJIB DILAKSANAKAN TERHADAP SUAMI DALAM ISLAM.
1. Mentaati suami.
2. Sentiasa malu terhadap suami dan menghormatinya.
3. Diam tatkala suami bercakap.
4. Gembira dengan pemberian suami walaupun sedikit.
5. Tidak meminta-minta sesuatu di luar kemampuan suami termasuk perabot,perhiasan.
6. Sentiasa berhias bila berhadapan dengan suami.
7. Tidak keluar tanpa izin suami.
8. Menghormati keluarga suami dan kerabatnya.
9. Sentiasa melayan kehendak suami untuk bergurau.
Insya-Allah jika semua dilaksanakan tidak akan timbul masalah yang menyusahkan suami.Allah gantikan dengan ganjaran pahala balasan syurga diakhirat kelak.
CARA MENYELESAIKAN MASALAH DENGAN BIJAK SEBAGAIMANA YANG DITUNTUT DALAM ISLAM.
Seringkali wanita atau isteri yang baru sahaja mendirikan rumahtangga menyatakan rasa tidak puas hati mengenai sikap dan tingkah laku suaminya.
Mengapa?
Antara faktor utama adalah kebosanan.Oleh itu adalah perlu menyegarkan cinta dan kasih sayang dua insan.Hubungan dua individu dalam sebuah rumahtangga adalah tali pengikat yang kukuh dan tidak mungkin terburai apabila usia perkahwinan memasuki 5 – 10 – 20 atau lebih.
Apabila pasangan suami isteri tidak mengambil inisiatif menyegarkan kembali perhubungan mereka akan berlaku kelonggaran dalam ikatan dan hubungan mesra.Ikatan ini akan bertambah longgar sekiranya kedua pihak sering menghadapi krisis salah faham disebabkan hal-hal remeh temeh.
Dengan mengingati kenangan-kenangan manis yang indah seperti masa lampau akan membantu mengembalikan hubungan mesra.Pada waktu-waktu yang berkesempatan pula,apabila menatap rakaman gambar dalam album video akan meninggalkan kesan besar dan mendalam betapa manisnya hubungan masa dulu.
Dengan cara ini akan dapat menyegarkan kembali rasa cinta dan menghindarkan perpisahan.Ingatlah! ambil yang indah-indah dari kenangan masa yang lampau.
Ramai wanita terpaksa melihat perubahan mendadak yang tidak pernah mereka bayangkan akan berlaku.Kemesraan yang mereka capai daripada suami dahulunya sebagai yang paling istimewa disanjung kini bertukar menjadi hampa belaka.Kenapa ini berlaku ?
Pasangan suami isteri yang mulai dingin harus mengembalikan kenangan yang lalu.Tentu setiap pasangan ada peristiwa-peristiwa sentimental yang berkaitan semasa di lamun alam percintaan.Sebagai contohnya : ada baiknya mengunjungi semula tempat-tempat kenangan dimana bermula bibit cinta dalam suasana kelapangan.Atau menyediakan masakan istimewa yang menjadi kegemaran suami;tentu ia amat menghargai bila isteri mengambil berat tentang kegemarannya.Atau menziarahi teman-teman yang menjadi penyebab jodoh anda; tentu akan memberi kesan yang indah bagi anda berdua.Di samping itu adalah penting menjaga kecantikan untuk suami anda seperti 10 tahun berlaku semasa malam pengantin.
Cara dengan keazaman dan kesungguhan akan memberi kejayaan .Jelas sekali kecantikan untuk suami memberi peranan yang penting dalam kehidupan suami isteri.Bersolek dan berpakaian kemas dan sopan yang sederhana menjadi suatu kemestian sebab ‘kecantikan wanita merampas hati suami’.
Suami ada perhubungan dengan perempuan lain dan bercadang hendak berkahwin lagi satu.Apa yang harus dilakukan apabila situasi begini berlaku ?
Mengapa ini terjadi dalam perkahwinan saudari apabila usia perkahwinan menjangkau 3-5-10-20-30- keatas berlaku?
Ada kemungkinan disebabkan :
1. Kurang perhatian dari isteri.
2. Sikap isteri yang materialistik.
3. Negatif sikap terhadap suami.
4. Sikap ego isteri.
Suami ada affair dengan perempuan luar sebab sikap isteri yang tidak menonjolkan diri pada suami atau tidak mengambil berat tentang dirinya dalam kamar tidur yang dianggap syurga bagi pihak suami disebabkan nafsu isteri telah menurun dan kesihatan isteri kurang memuaskan!!
Ada kemungkinan parkara-perkara ini :
1. Isteri merasa malu sebab sudah meningkat umur dan anak telah membesar.
2. Merasai diri mereka tidak memerangsangkan lagi.
3. Masih sikap jijik dan malu semasa hubungan suami istrei dan menolak sama sekali kehendak suami yang keistimewaan.
4. Masih seperti patung apabila melakukan hubungan jenis tidak ada (respond)dan speciality.
Semua hal-hal diatas boleh diatasi dengan kerjasama dan persefahaman yang mendalam diantara suami dan isteri.Sekiranya isteri pandai menjaga kehendak suami tidak ada sebab suami ingin beristeri lagi. Lainlah jika kelemahan fizikal. Harus diubati dengan segera jika ia tidak dirawatkan harus suami beristeri lagi!
Dipetik daripda UMMI JANNAH AHMAD.
mga2 mampu menjadi wadah perkongsian kita bersama.
Posted by EMANIEZ-ELFARDI at 9:48 AM 0 comments
Wednesday, August 5, 2009
BUATMU WANITA. Istihadhah..Hukumnya?
tinta penulis: Salam kudus buat para pengunjung terutamanya para wanita. Penulis sering ditanya berhubung dengan darah istahadhah. Apakah ia, bagaimana bentuknya, kenapa terjadi sedemikian dan sebagainya. Jadi, bertitik tolak dari itu penulis cuba mengetengahkan perkara ini, cuba mencari rujukan yang sesuai untuk sajian pengunjung. Penulis cuba juga untuk merujuk kitab-kitab dan bertanya pada ustaz ustazah. Moga-moga kupasan di bawah mampu merungkai segala ketidakfahaman kita. Malu, memang rasa malu apatah lagi bagi yang belum berkahwin, namun niat penulis hanya satu, untuk perkongsian ilmu bersama, bagi sama-sama mengelak hal tersebut.
ISTIHADHAH DAN HUKUM-HUKUMNYA
1. Makna Istihadah
Istihadhah ialah keluamya darah terus-menerus pada seorang wanita tanpa henti sama sekali atau berhenti sebentar seperti sehari atau dua hari dalam sebulan.
Dalil pertama, yakni keluamya darah terus-menerus tanpa henti sama sekali, hadits riwayat Al- Bukhari dari Aisyah Radhiyallahu 'anha bahwa Fatimah binti Abu Hubaisy berkata kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
"Ya Rasulullah, sungguh aku ini tak pemah suci "
Dalam riwayat lain• "Aku mengalami istihadhah maka tak pemah suci. "
Dalil perihal kedua, yakni darah tidak berhenti kecuali sebentar, hadits dari Hamnah binti Jahsy ketika datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata:
"Ya Rasulullah, sungguh aku sedang mengalami Istihadhah yang deras sekali. " (Hadits riwayat Ahmad,AbuDawud dan At-Tirmidi dengan menyatakan shahih. Disebutkan pula bahwa hadits ini menurut Imam Ahmad shahih, sedang menurut Al-Bukhari hasan.
Kondisi wanita mustahadhah.
Ada tiga kondisi bagi wanita mustahadhah:
1. Sebelum mengalami istihadhah, ia mempunyai haid yang jelas waktunya. Dalam kondisi ini, hendaklah ia melihat panduan kepada jadual haidnya yang telah diketahui sebelumnya. Maka pada masa itu dihitung sebagai haid dan berlaku baginya hukum-hukum haid.
Adapun selain masa tersebut merupakan istihadhah yang berlaku baginya hukum-hukum istihadhah.
Misalnya, seorang wanita biasanya haid selama enam hari pada setiap awal bulan, tiba-tiba mengalami istihadhah dan darahnya keluar terus-menerus. Maka masa haidnya dihitung enam hari pada setiap awal bulan, sedang selainnya merupakan istihadhah. Berdasarkan hadits Aisyah Radhiyallahu 'anha bahwa Fatimah binti Abi Hubaisy bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam :
"Ya Rasulullah, sungguh aku mengalami istihadhah maka tidak pernah suci, apakah aku meninggalkan solat? Nabi menjawab: Tidak, itu adalah darah penyakit. Namun tinggalkan solat sebanyak hari yang biasanya kamu haid sebelum itu, kemudian mandilah dan lakukan solat. "(Hadits riwayat Al-Bukhari).
Diriwayatkan dalam Shahih Muslim bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada Ummu Habibah binti Jahsy:
"Diamlah selama masa haid yang biasa menghalangimu, lalu mandilah dan lakukan solat."
Dengan demikian,wanita mustahadhah yang haidnya sudah jelas waktunya menunggu selama masa haidnya itu. Setelah itu mandi dan solat, biar pun darah pada saat itu masih keluar.
2.Tidak mempunyai haid yang jelas waktunya sebelum mengalami istihadhah, karena istihadhah tersebut terus-menerus terjadi padanya mulai dari saat pertama kali ia mendapati darah. Dalam keadaan ini, hendaklah ia melakukan tamyiz (pembezaan); seperti jika darahnya berwarna hitam, atau kental,. atau berbau maka yang terjadi adalah haid dan berlaku baginya hukum-hukum haid. Dan jika tidak demikian, yang terjadi adalah istihadhah dan berlaku baginya hukum-hukum istihadhah.
Misalnya, seorang wanita pada saat pertama kali mendapati darah dan darah itu keluar terus menerus; akan tetapi ia dapati selama sepuluh hari dalam sebulan darahnya berwama hitam kemudian setelah itu berwama merah, atau ia dapati selama sepuluh hari dalam sebulan darahnya kental kemudian setelah itu encer, atau ia dapati selama sepuluh hari dalam sebulan berbau darah haid tetapi setelah itu tidak berbau maka haidnya iaitu darah yang berwama hitam (pada peringkat pertama), darah kental (pada peringkat kedua) dan darah yang berbau (pada peringkat ketiga). Sedangkan selain hal tersebut, dianggap sebagai darah istihadhah.
Berdasarkan sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam kepada Fatimah binti Abu Hubaisy:
Darah haid yaitu apabila berwarna hitam yang dapat diketahui. Jika demikian maka tinggalkan solat. Tetapi jika selainnya maka berwudhulah dan lakukan solat kerana itu darah penyakit. (Hadits riwayat Abu Dawud, An-Nasa'I dan dinyatakan shahih oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim).
Hadits ini, meskipun perlu ditinjau lagi dari segi sanad dan matannya, telah diamalkan oleh para ulama' rahimahumullah. Dan hal itu lebih utama daripada dikembalikan kepada kebiasaan kaum wanita pada umumnya.
3.Tidak mempunyai haid yangjelas waktunya dan tidak dapat dibezakan secara tepat darahnya. Seperti: jika istihadhah yang dialaminya terjadi terus-menerus mulai dari saat pertama kali melihat darah sementara darahnya menurut satu sifat saja atau berubah-ubah dan tidak mungkin dianggap sebagai darah haid. Dalam keadaan ini, hendaklah ia mengambil kebiasaan kaum wanita pada umumnya.
Maka masa haidnya adalah enam atau tujuh hari pada setiap bulan dihitung mulai dari saat pertama kali mendapati darah maka selebihnya merupakan istihadhah.
Misalnya, seorang wanita saat pertama kali melihat darah pada tanggal 5 dan darah itu keluar terus-menerus tanpa dapat dibedakan secara tepat mana yang darah haid, baik melalui warna ataupun dengan cara lain. Maka haidnya pada setiap bulan dihitung selama enam atau tujuh hari dimulai dari tanggal tersebut.
Hal ini berdasarkan hadits Hamnah binti Jahsy Radhiyallahu 'anha bahwa ia berkata kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam :
"Ya Rasulullah, sungguh aku sedang mengalami istihadah yang deras sekali. Lalu bagaimana pendapatmu tentangnya karena ia telah menghalangiku solat dan berpuasa? Beliau bersabda: "Aku beritahukan kepadamu (untuk menggunakan) kapas dengan melekatkannya pada faraj, kerana hal itu dapat menyerap darah". Hamnah berkata: "Darahnya lebih banyak dari itu". Nabipun bersabda: "Ini hanyalah salah satu usikan syaitan. Maka hitunglah haidmu 6 atau 7 hari menurut ilmu Allah Ta'ala lalu mandilah sampai kamu merasa telah bersih dan suci, kemudian solatlah selama 24 atau 3 hari, dan puasalah." (Hadits riwayat Ahmad,Abu Dawud dan At-Tirmidzi. Menurut Ahmad dan At-Tirmidzi hadits ini shahih, sedang menurut Al-Bukhari hasan).
Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam : 6 atau 7 hari tersebut bukan untuk memberikan pilihan, tapi agar si wanita berijtihad dengan cara memperhatikan mana yang lebih mendekati keadaaannya dari wanita lain yang lebih mirip keadaan fizikalnya, lebih dekat usia dan hubungan kekeluargaannya serta memperhatikan mana yang lebih mendekati haid dari keadaan darahnya dan pertimbangan-pertimbangan lainnya.
Jika keadaan yang lebih mendekati selama 6 hari, maka dia hitung masa haidnya 6hari; tetapi jika keadaan yang lebih mendekati selama 7 hari, maka dia hitung masa haidnya 7 hari.
3. Hal Wanita Yang Mirip Mustahadhah
Kadangkala seorang wanita, kerana sesuatu sebab, mengalami pendarahan pada farajnya, seperti karena operasi pada rahim atau sekitarnya. Hal ini ada dua jenis:
1. Diketahui bahawa wanita tidak mungkin haid lagi setelah operasi, seperti operasi pengangkatan atau penutupan rahim yang mengakibatkan darah tidak dapat keluar lagi darinya, maka tidak berlaku baginya hukum-hukum mustahadhah. Namun hukumnya adalah hukum wanita yang mendapati cairan kuning, atau keruh, atau basah setelah masa suci. Karena itu ia tidak boleh meninggallkan solat atau puasa dan boleh digauli. Tidak wajib baginya mandi kerana keluarnya darah,tapi ia harus membersihkan darah tersebut ketika hendak solat dan supaya melekatkan kain atau semisalnya (seperti tuala wanita) pada farajnya untuk menahan keluarnya darah, kemudian berwudhu untuk solat. Janganlah ia berwudhu untuk shalat kecuali telah masuk waktunya,jika solat itu telah tertentu waktunya seperti shalat lima waktu; jika tidak tertentu waktunya maka ia berwudhu ketika hendak mengerjakannya seperti solat sunat yang mutlak.
2. Tidak diketahui bahawa wanita tidak akan had selepas itu, tetapi diperkirakan akan haid lagi. Maka berlaku baginya hukum mustahadhah. Hal ini didasarkan pada sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam kepada Fatimah binti Abi Hubaisy:
" Itu hanyalah darah penyakit, bukan haid. Jika datang haid, maka tinggalkan solat."
Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: "Jika datang haid..." menunjukkan bahawa hukum mustahadhah berlaku bagi wanita yang berkemungkinan haid, yang berkemungkinan datang atau berhenti.
Adapun wanita yang tidak berkemungkinan haid maka darah yang keluar pada prinsipnya, dihukumi sebagai darah penyakit.
4. Hukum-Hukum Istihadhah
Dari penjelasan terdahulu, dapat kita memahami bila darah itu sebagai darah haid dan bila pula ia dikira sebagai darah istihadhah.
Jika yang terjadi adalah darah haid maka berlaku baginya hukum-hukum haid, sedangkan jika yang terjadi darah istihadhah maka yang berlalku pun hukum-hukum istihadhah.
Hukum-hukum haid yang penting telah dijelaskan di muka. Adapun hukum-hukum istihadhah seperti,halnya hukum-hukum tuhr (keadaan suci). Tidak ada perbezaan antara wanita mustahdhah dan wanita suci, kecuali dalam hal berikut ini:
a. Wanita mustahadhah wajib berwudhu setiap kali hendak solat. Berdasarkan sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam kepada Fatimah binti Abu Hubaisy:
" Kemudian berwudhulah kamu setiap kali hendak solat" (Hadits riwayat Al-Bukhari dalam Bab Membersihkan Darah).
Hal itu memberikan pemahaman bahwa wanita mustahadhah tidak berwudhu untuk solat yang telah tertentu waktunya kecuali jika telah masuk waktunya.
Sedangkan solat yang tidak tertentu waktunya, maka ia berwudhu pada saat hendak melakukannya
b. Ketika hendak berwudhu, membersihkan sisa-sisa darah dan melekatkan kain dengan kapas (atau tuala wanita) pada farajnya untuk mencegah keluarnya darah. Berdasarkan sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam kepada Hamnah:
"Aku beritahukan kepadamu (untuk menggunakan) kapas, kerana hal itu dapat menyerap darah". Hamnah berkata: 'Darahnya lebih banyak dari itu". Beliau bersabda: "gunakan kain!". Kata Hamnah: "Darahnya masih banyak pula". Nabipun bersabda: "Maka pakailah penahan!"
Kalaupun masih ada darah yang keluar setelah tindakan tersebut, maka tidak apa-apa hukumnya. Kerana sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam kepada Fatimah binti Abu Hubaisy:
"Tinggalkan solat selama hari-hari haidmu, kemudian mandilah dan berwudhulah untuk setiap kali solat, lalu shalatlah meskipun darah menitis di atas alas. " Hadits riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).
c. Jima' (senggama). Para ulama berbeza pendapat tentang kebolehannya pada keadaan bila ditinggalkan tidak dikhuatirkan menyebabkan zina. Yang benar adalah boleh secara mutlak kerana ada banyak wanita,mencapai sepuluh atau lebih, mengalami istihadhah pada zaman Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ,sementara Allah dan Rasul-Nya tidak melarang jima' dengan mereka. Firman Allah Ta 'ala.. “hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid ... " (Al-Baqarah: 222)
Ayat ini menunjukkan bahawa di luar keadaan haid, suami tidak wajib menjauhkan diri dari isteri. Kalaupun solat saja boleh dilakukan wanita mustahadhah, maka jima 'pun tentu lebih boleh Dan tidak benar jima' wanita mustahadhah dikiaskan dengan jima 'wanita haid, kerana keduanya tidak sama, bahkan menurut pendapat para ulama yang menyatakan haram. Sebab, mengkiaskan sesuatu dengan hal yang berbeza adalah tidak sah.
Waallau’alam….
Posted by EMANIEZ-ELFARDI at 7:35 AM 0 comments
Saturday, August 1, 2009
Siapakah Suami Teladan ITU??
Dikatakan suami teladan adalah suami yang memiliki kelebihan dalam masalah kebenaran dan keterusterangan sejak awal ia menjalinkan hubungan dengan calon isterinya. Sejak dia meminang calon isterinya, ia sudah memberitahukan tentang kondisi dirinya, iaitu dengan apa yang ada padanya anpa merahsiakan atau menyembunyikan sesuatu apapun yang biasanya tidak disenangi oleh wanita terhadap kaum lelaki. Rasulullah s.a.w bersabda;
Seseorang lelaki yang rambutnya dikilatkan hitam, bila meminang seorang wanita hendaklah memberitahu kepada wanita tersebut bahawa rambutnya hitam kerana dikilatkan.
(Riwayat Ad Dailami)
Nah, wahai para lelaki, hatta kepada perkara yang sedemikian pun Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk dikhabarkan, inikan pula perkara yang lain yang seumpama dengannya. Dengan kata lain suami teladan adalah suami yang bergaul dan memperlakukan isterinya dengan baik, lemah lembut, menghargai serta memuliakan isterinya, keluarga dan juga harta.
خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلى ما أكرم النساء إلأ كربم ولا أهانهن إلا لئيم.
“Sebaik-baik kaum yang terbaik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluarga. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah yang mulia, dan yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.”(Riwayat Abu Assakir)
Dengan kata lain suami teladan adalah suami yang suka bersenda gurau dan beramah tamah dengan dengan isterinya. Yang suka memberi hak hiburan serta kesenangan yang wajar bagi isteri melalui berbagai cara sesuai dengan kemampuan yang dimilikinya, seperti berekriasa bersama, pandai dalam berkomunikasi, pergi bersama dengan maksud ziarah, menghadiri kenduri atau lain-lain pesta yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita boleh lihat pada kehidupan Rasulullah bersama keluarga baginda sendiri bagaimana.
Hendaklah diingat wahai para lelaki, suami teladan adalah suami yang tidak terlau cemburu. Apatah lagi jika cemburu tersebut berunsurkan pada praangka semata-mata. Kalian juga tidaklah selalu mengintip-intip isteri, ini kerana sikap yang sedemikian akan dapat mengendurkan ikatan cinta yang telah terjalin serta mampu mengeruhkan lagi kehidupan suami isteri. Justeru itu, suami hendaklah meletakkan kepercayaan penuh, serta senantiasa menjauhi perbuatan apa sahaja yang dapai menodai kehormatan dan harga diri suami.
Rasulullah s.a.w bersabda;
إن من الغيرة غيرة يبغضها الله عزوجل وهى غيرة الرجل على أهله من غير ريبة.
“Sesungguhnya di antara (sekian banyak) cemburu ada cemburu yang dibenci Allah Azza Wajalla, iaitu cemburunya lelaki terhadap isterinya tanpa alasan.” (Riwayat Daud An-Nasa’I dan Ibnu Maajah)
Pun begitu tidaklah kita katakan di sini bahawa cemburu itu langsung tidak perlu ada dalam diri seseorang suami akan tetapi hendaklah dikawal dan dalam batasan. Ada satu contoh yang perlu untuk kita teladani. Muadz r.a telah melihat isterinya memberi pembantunya yang lelaki sebiji epal, padahal sebahagian daripadanya telah digigit isterinya. Muadzr.a tidak membenarkan perbuatan isterinya itu, kerana itu dapat menimbulkan khayalan dan bayangan dari pembantunya terhadap mulut dan bibir isterinya.
Kecemburuan Muadz r.a yang seperti itu jelas dapat kita fahami di sini beralasan pada tempatnya bahkan merupakan satu keharusan bagi seorang suami berbuat demikian apabila isteri tersilap atau tersalah dalam melakukan sesuatu perkara. Kita boleh kuatkan lagi ulasan di sini dengan sabda Rasulullah s.a.w;
ثلاث قد حرم الله عليهم الجنة, مدمن الخمر والعاق لوالديه والديوث الذي يقر الخبث في أهلهز
“Tiga orang telah diharamkan bagi mereka (masuk) syurga, iaitu orang yang selamanya peminum arak, orang yang menderhakai kedua orang tuanya, dan orang yang rela kehormatan keluarganya diganggu (dinodai) orang lain.”
Berdasarkan pada sebutan addayuts di sini ia dimaksudkan sebagai lelaki atau perempuan yang membiarkan kehormatan keluarganya diganggu dan diinjak-injak oleh orang lain.
Suami teladan adalah suami yang selalu bertutur kata dengan sopan dan mempunyai hikmat, memakai bahasa yang lembut dan beradab pada isterinya, menghargai pendapatnya dan akan melaksanakan dengan senang hati bila yang dikatakan itu ternyata kebaikan dan kebenaran.
Rasulullah s.a.w adalah contoh teladan yang baik untuk kita. Dalam peristiwa Hudaibiyah yang membawa kebaikan dan keselamatan bagi kaum Muslimin ternyata ia adalah dari apa yang baginda laksanakan daripada pendapat salah seorang isteri baginda yang mulia yakni Ummu Salamah.
Selain itu juga, antara sifat seorang suami teladan adalah suami yang memberi nafkah untuk keluarganya dengan asas keseimbangan, tidak boros dan juga tidak kikir. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memberati kepada seseorang melainkan (sekadar) apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.” (Surah ath-Talaq ayat 7)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Satu dinar (wang) yang kamu belanjakan di jalan Allah, satu dinar yang kamu belanjakan untuk membebaskan budak, satu dinar yang kamu sedekahkan untuk orang miskin, satu dinar yang kamu belanjakan untuk keluargamu, maka yang paling besar pahalanya adalah yang kamu belanjakan untuk keluargamu.
(Riwayat Muslim)
Seorang suami yang berpakaian indah, memakan makanan dan minuman yang sedap maka hendaklah pula untuk memberikan perkara yang serupa buat isteri sebagai pendamping hidupnya. Adalah tidak makruf dilihat jika sekiranya seorang suami bersuka ria dengan kenikmatan yang Allah kurniakan kepadanya berkeseorangan tanpa mempedulikan isterinya. Seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Apa hak isteri kepada kita?”
Nabi s.a.w menjawab: “ Memberi makan jika kamu makan, memberinya pakaian jika kamu berpakaian, jangan memukul wajahnya, dan janganlah menjauhinya kecuali di rumah.”
(Riwayat Abu Daud)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya hak mereka (isteri-isterimu) atas kamu adalah mendapat perlakuan baik dari kamu sekalian dalam urusan pakaian dan makan minum.”
(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
Sementara itu, apa yang paling penting dalam melayari hubungan suami isteri, untuk menjadikan seorang suami teladan, suami juga hendaklah pandai dalam menghias diri. Hendaklah selalu berada dalam keadaan kemas dan rapi dan tidak lupa juga untuk selau memakai wangi-wangian sehingga apa yang dilihat oleh isterinya dalam dirinya dari segi zahir mahupun yang tersembunyi adalah baik-baik sahaja. Jangan diharapkan isteri sahaja untuk berhias pada suami, akan tetapi suami juga harus berperanan sedemikian. Masing-masing ingin tunjukkan yang terbaik untuk pasangan, maka terpancarlah sinar kebahagian dalam hidup berumahtangga. Maka di sini tidaklah wujuk apa yang dikatakan sebagai ‘orang kedua’.
Sebagaimana yang dirawatkan bahawa seorang lelaki berambut kusut dan berpakaian kotor datang bersama isterinya menghadap Khalifah Umar Ibnul Khattab r.a. isterinya berkata sambil menunju sang suami.
“Ya Amirul Mikminin, tidak aku dan tidak dia,” ertinya dia minta cerai.
Umar r.a memahami kebencian wanita tersebut terhadap suaminya. Lalu suami itu disuruhnya mandi sampai bersih, mencukur sebahagian rambutnya dan memotong kukunya.
Setelah selesai melaksanakan perintah khalifah, dia datang kembali dan disuruhnya mendekati isterinya. Betapa terkejutnya sang isteri lau menjauhkan diri kerana merasakan ada lelaki asing menghampirinya. Namun setelah yakin itu adalah benar-benar suaminya maka disambutnya dengan gembira, diterimanya dan sekaligus dibatalkan terus niatnya yang sudah terucap untuk meminta cerai.
Umar r.a berkata: “Berbuat demikianlah terhadap isteri-isterimu. Demi Allah mereka gembira bila kamu berhias diri untuk mereka sebagaimana kamu senang bila mereka berhias dan berdandan untukmu.” Sedarlah kita melalui ibrah daripada peristiwa tersebut betapa pentingnya kebersihan diri.
Suami teladan adalah suami yang selalu memelihara penampilannya sebagai seorang lelaki, tidak terlalu berlebihan dalam hal sikap dan nafsu, dan juga tidak terlalu lemah dan menyerah sehingga menyebabkan runtuhnya kewibawaan serta harga dirinya sebagai lelaki.
Akhir sekali apa yang boleh kita simpulkan di sini adalah bersandarkan kepada firman Allah s.w.t:
Wa’asyiruhunna bilmakruf
“dan bergaullah dengan mereka secara baik.”(Surah an-Nisa’ ayat 19)
Walaupun arrijal itu qawwamun ke atas wanita, akan tetapi itu bukanlah bermakna dia hebat selaku ketua, akan tetapi betapa besarnya tanggungjawab yang harus dipikul oleh seseorang lelaki terhadap kaum wanita. Jika tidak terlaksana hal yang sedemikian maka, goyahlah kami….
Posted by EMANIEZ-ELFARDI at 11:59 PM 0 comments