Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mncari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok,
Untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkoh boleh menghasilkan baying yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,
Didiklah mereka dengan panduan dariNya,
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar,
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita,
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.
Akan senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya..
Mereka akan lihat nilaian dan keadilah Rabb..
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi dari Allah..sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah..
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
Pasti tidak akn terhibur, dan tidak akan menghiburkan..
Tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus..
Bahkan akan semakin membengkok..
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya..
Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara..
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata..
Tapi binalah kepimpinan,
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadaNya..
Jinakkan diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu..
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karramallahuwajhaj..amin.
Saturday, May 30, 2009
WANITA: AKAL SENIPIS RAMBUTNYA...
Posted by EMANIEZ-ELFARDI at 9:11 AM 0 comments
Friday, May 29, 2009
Kahwin...Cerai?
PERKAHWINAN hanya untuk melepaskan nafsu dan perkataan cerai dijadikan mainan dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan perceraian di kalangan suami isteri berusia muda.
“Mereka sebenarnya tidak memahami tujuan perkahwinan,” kata perunding motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.
Katanya, ramai remaja dan pasangan muda mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan alasan tidak mahu bergelumang dosa, sedangkan ketika itu mereka tidak mempunyai ilmu perkahwinan.
“Jahil terhadap ilmu berumahtangga itulah yang menjadi punca utama kepada perceraian di kalangan pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga,” kata beliau yang juga Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin).
Malah, katanya, tempoh percintaan yang lama bukan penentu perkahwinan yang dibina kekal hingga ke hujung nyawa.
Tengku Asmadi berkata, sikap berterus terang, termasuk menjelaskan sejarah cinta lama masing-masing sebelum bersatu dengan pasangan yang dinikahi menjadi faktor penting dalam mengukuhkan hubungan suami isteri.
“Dalam kehidupan sekarang, kita tidak nafikan sebelum berkahwin masing-masing bercinta dengan orang lain. Ada kes, ketika bersatu sebagai suami isteri barulah rahsia sebelum ini terbuka.
“Ada suami berasa tertipu apabila mendapati isteri yang disangka suci sudah tiada dara lagi pada malam pertama dan apabila suami tidak boleh menerima kenyataan, tercetuslah pergaduhan sehingga membawa kepada perceraian,” katanya.
Berselindung di sebalik perbuatan baik ketika di alam percintaan juga boleh menjadi punca perceraian di kalangan pasangan baru berkahwin.
“Ramai pasangan bercinta berlagak baik demi menarik perhatian si kekasih. Apabila berkahwin dan duduk serumah, perkara negatif yang sebelum ini tidak pernah ditunjukkan tiba-tiba kelihatan, menyebabkan timbul rasa jelik atau benci.
“Ketika ini perlu ada kesediaan menerima pasangan seadanya kerana sebelum berkahwin kita melihat nilai positif di dalam diri pasangan, jadi kenapa selepas berkahwin kita tidak boleh menerima keburukan pasangan. Hargai kekurangan yang ada dan pada masa sama berseronoklah dengan persamaan yang wujud,” katanya.
Tengku Asmadi berkata, ketika awal pernikahan, cara berkomunikasi memainkan peranan utama dalam menentukan kerukunan rumah tangga berkekalan.
“Perlu diingat, setiap orang tidak suka jika sentiasa dipersalahkan dalam apa jua perkara. Justeru, amat penting pasangan yang baru berkahwin bersama-sama mengubah kekurangan diri dan berjanji untuk menjadi yang terbaik. Berilah masa kepada pasangan untuk mencari titik pertemuan dan persefahaman.
“Bagaimanapun, ada pasangan yang tidak dapat menerima kekurangan ketara pada pasangan sehingga membawa kepada perceraian pada awal usia perkahwinan. Misalnya, suami yang selama ini dirasakan mampu membimbing ke arah kebaikan berubah sikap tidak seperti diharapkan atau ada suami yang langsung tidak memberi nafkah.
“Ketika itu, pasangan perlu bersikap rasional demi mengelakkan perceraian kerana kita tidak boleh berputus asa terhadap mahligai yang dibina kerana perceraian adalah perkara halal paling tidak disukai Allah,” katanya.
Selain itu, pasangan muda sering dikaitkan dengan darah muda atau tidak sabar sehinggakan perkataan cerai mudah dilafazkan tatkala berlaku perselisihan faham kecil.
“Pesan saya, perkataan pertama yang perlu dipadamkan terus daripada fikiran seorang suami ialah cerai kerana ia menandakan anda sememangnya ingin memberikan komitmen penuh untuk menjayakan sesebuah perkahwinan.
“Pasangan muda sekarang tidak nampak impak perceraian kerana mereka tidak memikirkan soal tanggungjawab, selain tidak mendalami ilmu pernikahan sehinggakan mereka berani mempermainkan perkataan cerai itu sendiri,” katanya
Tengku Asmadi berkata, modul kursus praperkahwinan yang ada untuk bakal pengantin diteliti semula dengan menekankan pelbagai elemen baru terutama yang membabitkan ilmu rumah tangga.
“Lebih elok jika tempoh kursus dilanjutkan supaya bakal suami dan isteri dapat belajar banyak perkara dan ilmu yang diajar benar-benar berkesan di hati,” katanya.
INFO: Punca perceraian pasangan muda
# Jahil ilmu rumah tangga
# Gaya hidup moden yang banyak menjurus kepada masalah sosial
# Belum bersedia menjadi suami isteri
# Gagal memahami dan menghargai pasangan
# Menyembunyikan sejarah silam
# Masalah komunikasi
# Kurang pemantauan daripada keluarga dan orang tua
# Kurang masa berkualiti bersama-sama
# Gagal memenuhi tuntutan batin pasangan.
Tinta Penulis:
KES CERAI 2008
JOHOR: 2,023
KELANTAN: 1,386
KEDAH: 1,561
SELANGOR: 1,138
PERAK: 1,081
MELAKA: 675
SARAWAK: 571
PAHANG: 524
SABAH: 346
NEGERI SEMBILAN: 78
PERLIS: 24
TERENGGANU: 881
W. PERSEKUTUAN: 380
JUMLAH: 10,668
Posted by EMANIEZ-ELFARDI at 9:23 AM 0 comments
Apakah itu Hak Wanita?
Kenapa Hak Wanita Tidak Diakui??
Wanita hari ini semkain hebat menonjolkan diri dalam bidang yang sebelum ini dipelopori oleh kaum lelaki. Mereka membuktikan berjaya menceburkan diri bukan sahaja dalam kancah politik tetapi juga dalam pelbagai bidang. Namun, bagaimana bijak sekalipun golongan ini sukar mendapat hak-hak yang sepatutnya. Knapa fenomena seperti ini terjadi?
Jika kita lihat dari segi undang-undang pada masa ini, ia amatlah mencukupi. Tetapi masalah yang dihadapi oleh kaum wanita adalah akibat kegagalannya pelaksanaan pengatkuasaan. Justeru, isu tentang hak wanita tetap tidak akan berubah smpai bila-bila.
Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan mengambil berta perihal anak-anak dalam membentuk generasi akan dating yang berwibawa. Sekurang-kurangnya ia dapat membendung budaya haruan makan anak ataupun yang dinamakan sumbang mahram yang kini semakin berleluasa.
Di mana keimanan dan pegangan agama?
Sebagai contoh rekod kes yang pernah terjadi, tindakan seorang ayah yang menodai anak sendiri lalu dengan beraninya dia memberi kenyataan bahawa; “Lebih baik saya menodai darah daging sendiri dan bertanggungjawab ke atasnya daripada orang lain yang melakukannya tetapi tidak bertanggungjawab terhadap apa yang telah dibuat.” Kenyataan ini dianggap menghina agama Islam kerana ia seolah-olah membenarkan perbuatan menodai anak sendiri. Andainya hukuman ini dijatuhkan, berapa tahun si ayah dipenjarakan? Manakala anak yang malang ini pula terpaksa menanggung derita sepanjang hayat. Justeru, setimpalkah hukuman itu buat si anak dengan dosa yang dilakukan oleh ayahnya sendiri?
Kes-kes yang berkaitan dengan sumbang mahram banyak berlaku di kalangan keluarga Melayu yang beragama Islam. Persoalan di mana keimanan dan pegangan agama sekiranya anak sendiri menjadi mangsa kebuasan nafsu lelaki bergelar ayah. Tergamak mereka menodai anak sendiri yang diamanahkan oleh Tuhan agar sejahtera di bawah pemeliharaan orang tua. Pendedahan yang kurang terhadap masyarakat tidak mengetahui masalah ini dengan jelas.
Untuk mengatasi masalah ini sikap wanita perlu diubah. Kaum wanita harus sama-sama berganding bahu menuntut haknya. Jika sikap wanita di takuk lama bagaimana untuk mengubah pemikiran orang lain. Isu kaum wanita hanya boleh diubah oleh kaum wanita itu sendiri, bukan melalui parti politik ataupun badan-badan wanita yang sedia ada.
Tinta penulis: Teringat masa zaman ‘muda-muda’ dulu, praktikal di salah sebuah Jabatan Agama-Bahagian penguatkuasaan. Pengalaman yang sama sekali tidak dapat penulis lupakan saat menemu ramah seorang mangsa sumbang mahram. Sungguh menyedihkan bila memandang wajah si kecil yang baru dilahirkan. Menangis tanpa henti dalam merenung masa depan penuh duri. Siapakah yang akan menjaganya?
Posted by EMANIEZ-ELFARDI at 8:29 AM 0 comments
Wednesday, May 27, 2009
Harga Air Mata Wanita
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Karena aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Tuhan berkata:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk diteteskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan kapan pun ia butuhkan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada."
Setiap Wanita itu Cantik.
Posted by EMANIEZ-ELFARDI at 7:02 AM 0 comments
Tuesday, May 26, 2009
Salam Kudus Buat Mu WANITA..
Firman ALLAH taala di dalam surah as-Saff, ayat 2-3 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu tidak memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi ALLAH bagi kamu yang memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
Mudah-mudahan kita tidak tergolong ke dalam golongan yang berkenaan.. Lindungilah kami ya ALLAH..agar JannahMU tempat persinggahan kami, agar RedhaMU sentiasa di samping kami.
Terlahirnya laman mutiara yang serba kekurangan ini adalah untuk menyampaikan seberapa sumber yang indah serta analogi yang murni buat tatapan semua insan yang bergelar WANITA..kerna kehadiranmu cukup bermakna...
Akhir kalam, bait-bait aku tinggalkan buat renungan semua....
Pesanan Imam Al-Ghazali kepada anak perempuannya di hari
perkahwinannya
Anakku!
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau
dibesarkan
Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.
Itulah suamimu;
Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai
langitmu.
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan
tiangmu.
Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya, nescaya dia
pula akan menjadi khadam kepadamu.
Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu
daripadanya
Dengan cara yang demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.
Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan
engkau.
Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu
sebab yang tertentu, maka yang eloknya jauhkanlah dirimu dari
padanya semasa marah.
Peliharalah hidung, telinga dan matanya Janganlah membiarkan dia
menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum,
Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan
yang baik,
Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripada mu
melainkan yang cantik, belaka.
Posted by EMANIEZ-ELFARDI at 6:28 AM 0 comments