Wednesday, November 18, 2009

WANITA PRIHATIN, WANITA PEDULI, ANDA DIJEMPUT HADIR



http://drhalimahali.blogspot.com/

Program “wake up call” untuk wanita


Selangor dengan kerjasama Biro Pembangunan Wanita dan Keluarga Yayasan Amal Malaysia dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan menganjurkan program “wake up call” 22 November ini.

Program berbentuk wacana intelektual wanita ini untuk memberi kesedaran kepada kaum wanita daya intelek yang dimiliki mampu memberi sumbangan kepada ekonomi negara jika digilap dan diketengahkan.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, program seumpama ini juga mampu membantu wanita merancang strategi pembangunan diri dan keluarga.

“Dan siapa yang akan bertanggungjawab dan siapa yang akan memberi impak yang besar, wanita. Ia mesti bermula dari rumah. Sebab itu kita mahu wanita menyedari bahawa mereka ini mempunyai daya intelek, peranan yang begitu besar yang boleh mencorak masa depan Selangor”.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Shah Alam.

Bertemakan “Wanita Intelek Pemangkin Tamadun Unggul”, Dr Halimah menjangkakan seramai 200 orang peserta dari kalangan wanita di Selangor akan menyertainya.

Katanya lagi, dengan kemahiran dan keupayaan yang lengkap, kaum ibu mampu memainkan peranan sebagai pendidik serta membantu membentuk modal insan anak-anak mereka.”Kita harapkan dengan wanita mempertingkatkan daya inteleknya ia juga akan mampu mempertingkatkan kualiti hidup seseorang wanita dan keluarganya sekali”.

Ditanya adakah peningkatan daya intelek wanita akan memberi saingan kepada kaum lelaki, Dr. Halimah berkata jika dilihat dari sudut positif ia akan mewujudkan perseimbangan dalam mengejar kepelbagaian.

Program yang akan diadakan di Dewan Perpustakaan Ratu PPAS itu dijangka akan dirasmikan oleh isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut.

Antara tetamu yang akan membentangkan kertas kerja terdiri daripada ahli akedemik UiTM, Profesor Madya Dr Asiah Ali, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusof, Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud.

HADRI YAZIZ/selangorkini

Tuesday, November 17, 2009

Aurat : Apa Sudah Jadi?

Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.
Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"
"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"

"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.



BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?


Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan

"Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

BANTAHAN KAUM WANITA


"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.

"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya
"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"

PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID

Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :

"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit"

Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.

Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?

"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين..
"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :
ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء


Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

ANTARA LAWAK & HUKUM

Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.
Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب


Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT





Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.
Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini.

Larangan Nipis
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
يرحم الله المتسرولات
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT


Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-
a)Perbezaan dengan binatang.
Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.
Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »
Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"
Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?
Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.
Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Kuala Lumpur
23 Muharram 1428H
11 Feb 2007

Sunday, November 15, 2009

Sumbang Mahram..apakah NilaianNYA??



KUALA LUMPUR: Baru berusia 14 tahun tetapi selayaknya dia digelar ‘adik setan’ kerana tergamak merogol kakak kandungnya yang hanya setahun lebih tua.

Lebih memilukan, perbuatan jijik sumbang mahram itu bukan hanya menimbulkan perasaan trauma dan tekanan kepada mangsa tetapi pada usia yang masih mentah, dia terpaksa mengusung ‘benih’ adiknya.

Itu yang berlaku kepada Yanti, berusia 15 tahun, yang kini sarat mengandung dan hanya menanti masa untuk melahirkan anak.

Gara-gara perbuatan adik setan itu, Yanti terpaksa berjauhan daripada keluarga, malah meninggalkan alam persekolahan buat seketika.




Hati sedikit tercalar bila menatap ruangan akhbar pada hari ini. Kisah yang tersiar satu persatu menggamit untuk mengingat kembali saat aku mencium seorang bayi yang juga hasil haram itu. Ya, hasil benih adiknya sendiri. Kakak mengandung yang mana di dalam rahimnya ditiup satu roh yang bakal menghiasi persada bumi. Andai panjang umurnya..

Saya masih ingat saat tu, wanita tersebut masih lagi dalam kelamahan, baru keluar daripada labour room..tanpa ditemani sesiapa yang kebisaannya ditemani sang suami saat isteri sedang bertarung nyawa melahirkan seorang putera/puteri mereka, zuriat pemberian Ilahi. Namun, sungguh terseksa saya membayangkan saat itu apabila dia terpaksa bersendirian yang hanya ditemani nurse dan doktor sahaja.

Mengikut Pegawai Penguatkuasaan JAHEIK pada waktu itu banyak melatih saya untuk memulakan bicara, menyusun kata untuk berbicara. Dalam usia yang masih lagi mentah dengan tugas penguatkuasaan, praktikal yang dilalui cukup bermakna.

Namun saya tidak mahu bercerita panjang, biarlah hanya terkubur menjadi sebuah pengalaman yang amat bermakna. Apa yang ingin saya perkisarkan di sini adalah di mana rasa kasih dan sayang dari seorang insan buat ahli keluarga sehingga tercetusnya sumbang mahram yang tidak diduga. Nafsu yang sukar didorongkan kepada yang hak..tempias buat yang tidak sepatutnya.

Pabila seorang adik merogol kakak, seorang abang memperkosa adik, seorang ayah ‘melatah’ anaknya ibarat haruan makan anak, bahkan juga seorang datuk ‘menjilat’ cucu yang tidak tahu apa-apa maka di mana kah KEIMANAN yang tinggi?? Di manakah rasa belas buat insan yang dikasihi? Apakah masih tidak cukup setelah apa yang diperolehi?

Jadi,
Di mana silapnya? Apakah penyebab dan puncanya? IMAN..ya segala-galanya berbalik pada IMAN. Ibu bapa peranan yang penting dalam pentarbiyyahan si anak..tanpa tarbiyyah, imannya pula bagimana?

Saya terguris, hati bagai dirobek-robek helaian demi helaian. Nafas sesak membicarakan apa yang terjadi. Di manakah rasa sayang buat ahli keluarga sendiri?

Kesudahannya?
Anak yang dilahir..parah, melambakkan bilangan anak haram, anak luar nikah, anak pungut, anak terbuang, dan sebagainya. Angkara anak berbadan dua tidak sepatutnya. Ditambah juga bilangan hasil penzinaan dengan pasangan insan yang berkasih, dan tak kurang juga yang teraniaya.

Mengapa..
Mengapa wanita sering menjadi mangsa? Siapakah mereka di mata lelaki sebenarnya?

Si ayah memperdayakan anaknya.. “hanya inilah cara yang terbaik untuk membalas segala jasa-jasa ayah membesarkan anak selama ini”

Si adik memutar kata..”bagitahu orang, siaplah si kakak”

Maka si abang juga sedemikian rupa.

Maka dan maka..

Jika terjadi, seisi keluarga terpaksa menutup cerita, menutup pintu keaiban keluarga. Setelah apa yang terjadi. Kelam, suram, masa depan seorang insan yang bergela WANITA.

Tuesday, October 27, 2009

Maafka AyahMU sayang..



“K.yue, saya xde ayah, saya benci dia..huh, buat anak pandai tapi nak bela xnak..pegi la. Saya tak maafkan dia.”

Masih terngiang-ngiang di cuping telinga saat seorang anak menuturkan kata sedemikian buat seorang ayah. Fika (bukan nama sebenar)…..

“Fika, xbaik fika cakap macamtu kat ayah Fika. Seburuk-buruk dia pun, dia tetap ayah Fika, darah daging Fika..kalau dia xde, Fika takkan ada kat dunia ni.” Aku cuba menasihati, walaupun tegas bunyinya tapi masih lagi dalam nada yang lembut.

Aku mengerti hati dan perasaan Fika walaupun dikatakan ’derhaka’ dia waktu ini namun keadaan memaksa dia jadi begini. Subhanallah..aku mengelamun panjang.

Kak yue, saya ni dah macam-macam kena, kena halau dek makcik-pakcik, kena buli, kena dera dan sampai satu ketika, sepupu saya sendiri pernah cuba untuk memperkosa saya. Nasib baik saya tersedar, saya cepat-cepat lari. Macamtu erti kebahagian? Saya tak pernah rasa..mujurlah saya ada atuk yang banyak lindung saya sejak mak meninggal. Sebab tulah saya tak suka berada dalam keadaan gelap, saya takut. Saya tak nak kisah lama berulang lagi kak, saya benar-benar fobia.
Malam berlalu pergi.

Keesokkannya..

“Ee, kat mana fotostat I/C mak tiri aku ni..umph..kalu xjumpa jugak xnak mohonlah aku.”ngomel Fika sendirian ketika mencari dokumen-dokumen yang berkaitan pinjamannya.

Aku yang sejak tadi duduk di meja study mencelah,”Mintaklah ayah faks kan. Tak pun suruh dia pos laju I/C mak tu, sempat lagi dik.”

“Kak Yue, saya pun tak tahu samada ayah saya tu pandai atau tak ber faks-faks ni, ntah-ntah tak tahu. Malaslah saya nak bagi tahu dia.”
Aku terdiam, cuba menyusun kata.

Tiba-tiba..

Ni ha, dah jumpa pun..yes! tersenyum riang Fika setelah jumpaapa yang dia cari.
“Fika, boleh kak Yue tahu kenapa Fika benci sangat kat ayah Fika? Dia tak pernah datang jenguk ke Fika sejak besar ni?” tanya ku buat adik yang penuh kebencian ini.

“ Kak Yue, sejak dia kahwin dengan mak tiri saya dia tak pernah pun amik tahu hal saya, makan minum saya, pakaian saya, dia tak pernah wujud dalam hidup saya.. Saya dengan adik jadi mangsa, kakak-kakak dan abang-abang pun macam tu. Kat rumah atuk, saya selalu kena kutuk, kata saya ni menumpang. Sebab tu saya tak suka bergaul dengan orang, saya tak suka orang luar datang rumah kita ni, dulu kawan-kawan akak selalu datang, saya tak tahu nak sapa macam mana sebab saya tak biasa hidup ramai orang. Kalau kat kampung saya lebih suka duduk berkurung kat bilik, lagi senang sebab xdelah kena kutuk selalu.

Dan kak Yue, kalau boleh saya tak nak kahwin, saya benci lelaki..kalau ada yang nak kat saya, biar dia, saya nak kenakan dia.” Luah dia.

“Fika, tak baik cakap macam tu. Setiap manusia melakukan kesilapan Fika, macam tu jugak dengan diri kita. Kita sebagai anak lah yang kena mulakan..jalinkan semula tali persaudaraan ni. Yang dah berlalu, lupakan Fika, mulakan hidup baru, maafkan ayah.

“Aisy, kak Yue ni macam menyebelahkan lelaki pulak, saya tak salah apa-apa pun, dialah yang kena mengadap saya sebab dia yang salah. Nafkah kat saya dan adik terabai, so macamne? Xpe kak yue, saya tak mengharapkan dia langsung pun, dia dah mati dalam hidup saya. Sekarang ni, saya yang akan tanggung diri saya sendiri, saya takkan bergantung kat orang lain dah.” Jawab Fika dengan nada yang penuh kesombongan.




Ya Allah, aku berteleku bersendirian, berfikir panjang atas sesuatu kejadian..

Aku tidak mahu mentafsirkan sesuatu tanpa sangkaan yang singkat, aku tak mahu putuskan hanya dengan firasat yang tiada kesahan. Tapi bagiku, tidak semua lelaki sedemikian. Bukan niat untuk menyebelahi lelaki tapi, bagi diriku setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Ayah Fika berkemungkinan dalam kesempitan, dengan terpaksa mengabai anak-anak dari hasil perkahwinan yang permulaan.

Entahlah, fikiranku buntu..aku ingin menyambung silaturrahim antara dua jiwa dan jasad, ingin menceriakan keharmonian hati dan jiwa seorang hamba yang benar-benar ketagihkan sebuah kasih dan sayang.

Dan aku juga tak mungkin boleh menyalahkan Fika dalam segenap permasalahan, dia insan yang tersepit menjadi mangsa sebuah perceraian.

Bantulah dia ya Allah, ubahlah sikap buruknya ya Allah. Aku bersyukur kerana dia mengatakan sejak mengenaliku dia telah banyak berubah,namun sampai bila perubahan ini akan terus kekal, kerana tak mungkin kami akan terus kekal bersama..aku juga punya impian yang perlu aku laksanakan..ya Dakwah bilHal, metod dakwah yang perlu aku kekalkan. Aku juga buat kesilapan, tapi aku punya peranan..

Wahai lelaki di luar sana, didiklah jua hatimu saat benar2 ingin bersama insan yang kau kasihi. Ambillah ibrah terhadap apa yang ingin aku sampaikan, penuhilah dadamu dengan ilmu-ilmu kekeluargaan, ilmu-ilmu pertanggungjawaban, di samping kau didiklah jua isterimu itu dengan penuh keimanan. Saat zuriat telah kau miliki, janganlah kau abaikan, peluklah hati isterimu dengan kasih sayang dan keimanan, belailah cahaya matamu dengan curahan cinta dan perjuanagan. Mudah-mudahan tiadalah pergolakkan masyarakat daripada benih cinta kalian.

Salam..

Saturday, October 24, 2009

Bagaimana muamalat kita bersama MERTUA

Salam

Meraikan permintaan sahabat, saya ingin cuba berbicara tentang hal Menantu vs Mertua ni. Kadang-kadang bila diajukan soalan dan hal sedemikian, saya takut..takut untuk menghadapi sebarang kemungkinan kerana saya juga belum lagi berumahtangga dan belum merasai hayat hidup bersama ibu dan bapa mertua. Pun begitu, mungkin sebagai perkongsian, sama-samalah kita muhasabah balik, apakah kita telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan? Maksud penulis di sini adalah tanggungjawab yang bakal dipikul oleh para lelaki dan juga wanita yang akan melangkah di alam perkahwinan atau telah.

Ironinya, hati orang tua sukar untuk dimengertikan. Lebih-lebih lagi yang telah melewati usianya dan ‘keras’ dalam menjaga adat dan resam dalam kehidupan. Sebagai seorang anak yang terpelajar, wajarlah kita ‘membaca’, mengkaji dan menyelidiki rentak mereka terlebih dahulu, bagaimanakah dia, kehidupannya dan apa yang dia inginkan daripada kita. Sukar untuk menjelajah lebih terperinci hal dan feel mereka daripada bakal suami kerana antara kita dan dia masih lagi terhijab, namun begitu sebagai seorang yang faham dan benar-benar berkehendak ke arah sebuah perkahwinan, pelbagai cara yang harus dimainkan lebih-lebih lagi seorang lelaki. Di samping itu, kita seharusnya faham bahawa sebuah percantuman hati dan nurani ini bukanlah antara kita dengan suami semata dan bukan antara seorang lelaki dan wanita sahaja, akan tetapi juga ikatan antara kita dengan keluarga isteri/suami. Bukalah minda seluas-luasnya untuk menerima keadaan mereka sekeluarga bagaimana, bergaul mesra dengan ibu dan bapa mertua dan ambillah hati mereka sebijaknya.

Sudah semestinya seorang ibu menginginkan seorang menantu yang berbudi, baik agamanya, elok akhlak dan tutur bicaranya dan yang paling penting seorang yang pandai memasak untuk anaknya suatu hari nanti. Kesemua elemen tersebut menjadi rencah yang juga wasilah yang terbaik dalam keharmonian kita hidup berumahtangga. Suami isteri kedua-duanya berperanan penting untuk mengemudi bahtera dalam melayari lautan kehidupan. Apabila kita ini tak pandai menjaga hati mereka dengan kesemua elemen tersebut, maka kat situlah timbulnya kata-kata belakang, mencebik muka, pertengkaran mulut dan sebagainya. Banyak kes yang mana perceraian yang berlaku adalah disebabkan oleh campur tangan daripada pihak mertua dalam rumahtangga.

Berdasarkan pemerhatian yang saya kaji selama ini, restu ibu bapa memainkan peranan penting sebelum mengikat tali pernikahan. Di mahkamah syariah kini, antara sedar atau tak, terlalu banyak kes yang mana ayah menyaman anak. Sebabnya kenapa, tak lain dan tak bukan adalah disebabkan meminta mahkamah memfaraqkan perkahwinan anak perempuan mereka disebabkan permasalahan wali yng syubhah. Inilah buktinya betapa ramai antara sahabat-sahabat kita di luar sana yang berkahwin tanpa izin wali mujbir. Kahwin di Tailand, seterusnya ingin mendaftarkan di mahkamah syariah. Itu bukan persoalannya, namun apa yang ingin saya katakan kat sini antara sedar atau tidak, hal sedemikian sebenarnya boleh membawa kepada hubungan yang suram bakal ditempuh antara menantu dan juga mertua. Kesinambungannya, ikatan kekeluargaan menjadi renggang, menjadi kusam dan tak mustahil akan terputus sebuah ikatan kekeluargaan. Tak dinafikan ada juga sesetengah kes yang mana perselisihan yang berlaku diawal perkahwinan dapat dipuluhkan, namun ghalibnya tidak banyak kes yang sedemikian kita lihat.

Petikan ini khas ditujukan buat suami/bakal suami diluar sana agar sentiasa letakkan dalam minda bahawa;
"Apabila anda berkahwin, sebelah kaki anda telah berada dalam keluarga isteri anda", demikianlah kata-kata ibu saya untuk memudahkan kita faham besarnya perbezaan "mindsetting", "worldview" dan tanggungjawab antara seorang yang telah bergelar suami, yang terikat dengan amanah dan nafqah kehidupan di depan matanya, dengan seorang yang bergelar teruna, yang masih bebas mencorak kehidupan bersama rakan-rakan seperjuangannya.-saifulislam

Apabila telah berkahwin, isterilah 'teman dan sahabat' yang paling dekat dengan kita, bukan orang lain. Jadi, ajarkanlah wahai suami pada isterimu bahawa tanggungjawabmu tidak akan terhenti kepada ibu bapa selagi hayat mereka walaupun isteri telah memiliki diri, biar mereka mengerti dan memahami bahawa dirimu punya tanggungjawab yang besar, ketaatan tetap pada ibu ayah, bukan semata hanya tertumpu pada isteri dan anak-anak semata. Biar tiada yang rasa terabai suatu hari nanti..waallahua'alam.

Thursday, October 22, 2009

Terjahan 'Awang Hitam'


Sudan, negara terbesar di Afrika, ke-10 terbesar di dunia dengan 42 juta populasi. Sebilangan kecil mereka memasuki negara ini menggunakan visa pelajar tetapi tidak pernah menuntut di institusi pengajian tinggi kerana sibuk memikat perempuan tempatan gilakan 'Awang Hitam'.

Di Sudan, Kanun Keseksaan 1991 mentakrifkan ‘liwat’, lelaki memasukkan kemaluannya ke dubur perempuan atau lelaki. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh disebat 100 kali dan dipenjara 5 tahun.

Bagaimanapun lelaki Sudan, 24 tahun didakwa mendera, merogol dan meliwat Alia Aiman, 3 tahun, sehingga mati di Kondominium Reniville, Taman Puteri, Batu 9, Cheras, Selangor 12 Oktober lalu mungkin akan dihukum mati. Begitu juga ibu Alia, janda berusia 24 tahun kerana pasangan kekasih itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semasa keterangan dirakam polis, ibu Alia dilapor sanggup berbohong mengatakan konon anaknya didera pembantu rumah bertujuan mengelakkan kekasihnya ditahan.

Datuk Alia, Amran Mohd Said, 49 tahun mendakwa terlihat tanda merah pada tubuh dan benjol di dahi cucunya semasa melawat mangsa bulan lalu. Dia juga tahu anak perempuannya tinggal bersama lelaki Sudan didakwa pernah menyentap kuat tangan anaknya, setiausaha syarikat swasta itu.

Secara peribadi, saya tidak tergamak membayangkan betapa seksanya Alia jika benar dia diliwat dan dirogol dek kekasih ibunya. Yalah, ‘Awang Hitam’ untuk ibu tetapi ditujah kepada anak kecilnya.

Biarpun agak terlewat menulis entry berhubung kes ini, saya terfikir, apakah antara faktor pendorong ibu bertindak kejam hanya kerana lelaki Sudan? Ibu, perempuan, insan dikatakan bersifat lemah lembut dan penyayang.

Gambar Harian Metro

Tuesday, October 20, 2009

Pesanan Ayah kepada Anak Perempuannya.

1.1 Jagalah dirimu baik-baik jangan sampai engkau berbohong kepada suamimu kerana dengan berbohong engkau membuat suamimu meragui kejujuranmu dan berperasangka buruk terhadap dirimu. Ingatlah bahawa dua hal ini merupakan racun kehidupan rumahtangga.

1.2 Jagalah dirimu baik-baik jangan sampai engkau terlampau mengikut perasaan kerana hal ini membuatkan rumahtangga serupa seperti neraka.

1.3 Jika suamimu seorang yang cemburu hendaklah engkau tidak berlebihan dalam hal berdandan dan berhias diri kerana ia akan membangkitkan kebenciannya dan ia akan menganggap bahawa isterinya berdandan dan berhias untuk dilihat oleh lelaki lain.
1.4 Hati-hatilah jangan sampai engkau memuji lelaki lain di hadapan suamimu walaupun pujianmu itu dengan niat yang baik. Tetapi bagi seorang suami tidak akan senang mendengar isterinya memuji lelaki lain.

1.5 Jagalah dirimu baik-baik jangan sampai makan terlalu kenyang keranan hal itu akan merosakkan kecantikan paras rupa dan menyebabkan kegemukan.

1.6 Anakku, ketahuilah bahawa kegembiraanmu berkait erat dengan kegembiraan suamimu. Engkau yang dapat membuatmu bahagia dan dialah yang dapat membahagiakanmu. Sebaliknya, engkau juga dapat membuatnya malang dandia juga dapat membuatmu malang, oleh itu, berhati-hatilah, jangan sampai terjadi kebencian pertama ankata dirimu dan suamimu, sebab kemungkinan kebencian yang pertama itu akan disusuli oleh kebencian-kebencian berikutnya yang tiada kesudahan.

1.7 Taatilah suamimu sedaya yang mungkin dan hindarilah percakapan yang bersifat olok-olokan dan ejek-ejekan serta perbicaraan yang tidak berguna. Janganlah sekali-kali engkau terlalu cemburu kerana kecemburuan adalah kunci perceraian.

1.8 Janganlah engkau sering menyalah-nyalahkan suamimu kerana hal ini dapat menimbulkan kemarahan dan kebenecian.

1.9 Jagalah kesihatan baik-baik dan jauhilah penggunaan alat-alat kecantikan yang dapat merosak kesegaran wajahmu dan kemanisan air mukamu.

1.10 Kerjakanlah dengan tabah dan sabar apa yang telah menjadi kewajipanmu dan ketahuilah bahawa urusan luar rumahtangga adalah urusan usmimu sedangkan urusamu sendiri didalam rumahtanggamu.

1.11 Aturlah baik-baik urusan rumahtanggamu dan jagalah jangan sampai ada orang lain yang mengetahui rahsiamu .

1.12 Jagalah dirimu jangan sampai membuat sesuatu yang menimbulkan perselisihan. Apabila berlaku perselisihan faham jagalah jangan sampai ada orang lain yang mengetahuimya .

1.13 Ketahuilah bahawa suami yang berperangai lembut, Menghargai kecerdikan isterinya, kehalusan perasaannya dan kebijaksanaannya yang sanggup menahan berbagai keluhan di dalam dada ia tidak resah berulang-ulang kali mendengar perbicaraan mengenai soal-soal kecil urusan-urusan rumahtangga yang tidak melegakan perasaan isterinya. Janganlah sekali-kali membangkitkan api kemarahannya.

Sunday, October 18, 2009

Hujahan teknik ‘rebonding’, kerinting rambut

Bolehkah terangkan hukum membuat teknik ‘rebonding’ iaitu teknik meluruskan rambut. Ada yang mengatakan salah kerana mengubah ciptaan Allah. Bagaimana pula dengan orang berambut kerinting, kemudian hendak meluruskannya. Begitu juga jika rambutnya memang lurus, kemudian hendak meluruskan lagi supaya lebih sihat dan cantik. Bagaimana pula kalau dia meluruskannya untuk kelihatan cantik di hadapan suami. Pada masa sama memakai tudung dan tidak ada niat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai, tetapi hanya untuk suami.

Islam adalah agama fitrah. Tidak ada satu pun hukum dan peraturan dalam ajaran Islam bercanggah dengan fitrah.

Manusia umumnya, tidak kira sama ada lelaki atau wanita suka melihat sesuatu yang cantik dan memperlihatkan kecantikan yang ada pada dirinya. Dengan kata lain, ingin supaya orang melihatnya dalam keadaan kemas dan cantik.

Justeru, Islam bukan saja mengharuskan, malah menggalakkan wanita dan lelaki berhias bagi memenuhi tuntutan fitrah yang sukakan keindahan dan kecantikan. Diriwayatkan Ibn ‘Abbas pernah berkata: “Sesungguhnya aku berhias untuk isteriku sebagaimana aku suka dia berhias untukku. Sebagaimana aku suka menuntut semua hakku daripadanya, aku juga menyempurnakan semua haknya daripadaku kerana Allah berfirman maksudnya: “... dan untuk isteri-isteri itu haknya sebagaimana mereka mempunyai tanggungjawab terhadap suami mereka dengan cara yang makruf (Surah al-Baqarah, ayat 228).”

Berdasarkan prinsip itu, fuqaha mengatakan bahawa semua jenis perhiasan adalah harus kecuali ada nas yang jelas dan sahih menunjukkan haram. Dalam hal ini, mereka berpandukan kaedah fiqh “asal semua perkara itu harus melainkan ada dalil yang menunjukkan ia haram.”

Selain ada nas yang jelas menunjukkan haram seperti wasymu (tatu), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu dan sebagainya, beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam menentukan sesuatu itu halal atau sebaliknya.

Pertama, niat atau tujuan perkara itu dibuat.

Niat yang tidak baik akan menjadikan sesuatu yang pada asalnya harus itu haram. Tetapi, niat yang baik tidak menjadikan perkara yang haram itu halal. Umpamanya, memakai rambut palsu dengan niat menyenangkan hati suami, tidak akan mengubah hukum pemakaian rambut palsu itu.

Kedua, dari segi cara pelaksanaannya mesti tidak melanggar batas syarak seperti memotong atau merawat rambut di salun terbuka atau menggunakan khidmat pendandan yang berlainan jantina.

Ketiga, dari segi bahan yang digunakan mesti bukan daripada benda yang najis atau bercampur najis atau bahan yang boleh mendatangkan mudarat pada agama, nyawa, akal, zuriat dan harta dalam jangka masa panjang atau pendek.

Keempat, khusus bagi golongan wanita.

Kerap ditekankan wanita wajib berhias untuk suami. Itu memang benar. Fuqaha berpendapat jika suami menyuruh isterinya berhias, menyediakan alat atau bahan perhiasan untuk isterinya, maka isterinya wajib taat dengan menggunakan alat atau bahan itu.

Ia dengan syarat apa yang disuruh oleh suami itu tidak termasuk dalam kategori perhiasan yang haram.

Sekiranya suami memerintahkan isteri melakukan perkara haram, isteri tidak wajib mematuhinya. Hal ini kerana Rasulullah SAW menegaskan dalam sabdanya bermaksud: “Tidak boleh taat kepada makhluk sekiranya membawa kepada maksiat (derhaka) kepada al-Khaliq (Allah).”

Berkaitan dengan persoalan yang ditanyakan iaitu ‘rebonding’, merujuk kepada tafsiran yang dibuat oleh Sa’id Hawa dalam al-Asas fi at-Tafsir terhadap ayat bermaksud: “Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.

Dan sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata.” (Surah an-Nisa’, ayat 19). Ia tidak termasuk dalam kategori mengubah ciptaan Allah.

Beberapa pendapat yang dikemukakan fuqaha berkaitan perhiasan yang halal dan haram juga tidak menyebut ‘rebonding’ sebagai haram.

Begitu pun, sebagai wanita beriman seeloknya sebelum melakukan sesuatu buatlah penilaian terlebih dulu secara menyeluruh - baik buruknya, untung ruginya dan seumpamanya.

Mengenai baik atau buruknya ‘rebonding’, saya petik jawapan yang diberikan oleh ahli sains, Richard Hoffmann (Profhoff) 388 apabila ditanya mengenainya. Katanya: “Rambut sebenarnya protein mati yang dikenali ‘keratin’.

Rambut hidup hanya pada akar umbinya. Oleh itu, sebenarnya ia tiada istilah ‘rambut sihat’.

Rambut jika rosak, tidak boleh dibaiki dengan membubuh apa-apa pada permukaannya. Produk yang didakwa boleh membaiki rambut sebenarnya bahan yang direka untuk menutup kerosakan itu.

Pada dasarnya, ia akan hilang apabila rambut dibasuh dan kerosakan itu berkekalan. Kerap juga ia menjadikan keadaan rambut bertambah buruk.

“Walaupun rambut itu dikatakan keratin, menambah keratin (rebonding) tidak memberi kebaikan pada jangka panjang.

Hal ini kerana apa yang dibubuh pada rambut adalah pada luaran saja dan tidak pada bahagian dalam (semula jadi) rambut apabila ia panjang.

“Kebanyakan produk penjagaan rambut mengiklankan untuk membaiki rambut yang rosak, sebenarnya mereka hanya mahukan wang anda. Kerosakan rambut disebabkan rawatan dan penjagaan rambut yang kurang cermat.”



Dijawab Prof Madya Maznah Daud, pensyarah syariah Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Selangor.

Wednesday, October 14, 2009

Persiapan Memulakan Rumah Tangga Islam



TINTA 'FENOMENA2WANITA':

'PERSIAPKANLAH DIRIMU SEBELUM MELAKUKAN SESUATU'

Persiapan untuk membina Bait Muslim merangkumi persiapan secara zahir dan batin, persiapan jasadiah, aqliah, rohaniah dan syu'uriah. Sudahkah bersedia? Persediaan tidak mestinya bersedia 100%, tetapi cukup dengan persediaan yang memadai. Persiapan yang memadai itu subjektif. Penilaiannya tergantung kepada kebijaksanaan kita. Baki persediaan yang belum siap disediakan boleh dibuat sepanjang jalan menuju hari pernikahan atau selepas pernikahan.

Persediaan dan pembaikan diri hendaklah dilakukan bukan bermula jauh sebelum hari pernikahan dan tamat di majlis akad nikah sahaja tetapi ia berlangsung dan tidak akan pernah berhenti hingga suatu noktah yang pasti iaitu mati. Cuma persediaan sebelum hari pernikahan perlulah lebih intensif untuk mencapai peratusan persediaan yang memadai.

Persediaan material?

Persediaan material penting kerana realitinya kita hidup di zaman materialistik. Mahu tidak mahu memang kita terpaksa menghadapi realiti dunia ini. Walaupun secara teorinya kita boleh memilih untuk melangsungkan pernikahan dan majlis pernikahan kita secara yang ringkas sahaja, tetapi ianya hanya satu kenyataan yang tidak mudah untuk dilaksanakan.

Ya, memang kita mahu mudah dan ringkas, tidak membazir, serta menggunakan kekayaan untuk hal lain yang lebih penting contohnya seperti infaq untuk belanja dakwah, tarbiah atau derma kepada rakyat dan mujahidin Palestin. Tetapi hakikatnya perjalanan hidup kita tidak ditentukan oleh diri kita sendiri sahaja. Umumnya kita yang menentukan perjalanan hidup kita tetapi proses ke arah membuat keputusan itu bukan dibuat oleh kita sahaja.

Keputusan yang dibuat melibatkan orang-orang lain yang mempunyai kuasa atau setidak-tidaknya pengaruh ke atas kita atau hubungan istimewa dengan kita yang menyebabkan tidak sopan untuk kita tidak mengendahkan atau menolak ke tepi atau tidak mempertimbangkan langsung pandangan, cadangan, kehendak dan suruhan mereka. Mereka boleh jadi ibu bapa kita (yang mempunyai kuasa atas kita), dan sanak saudara kita (yang mempunyai hubungan istimewa dengan kita dan secara adabnya kita mesti menghormati mereka).

Namun jika kita berpegang pada prinsip keseimbangan, insyaAllah kita tidak akan terlalu mudah terlarut dengan desakan mereka hingga berlaku pembaziran dan di sisi yang lain kita tidak akan terlalu berkeras dalam pendirian kehendak kita hingga mengguris hati mereka. Mereka adalah orang-orang yang dekat dan berkait dengan kita. Kita tidak boleh selesa dengan banyaknya material kerana mungkin ianya tidak cukup. Kita juga tidak boleh terlalu takut jika kita tidak mempunyai banyak harta.

Persoalan utama dalam menjayakan Bait Muslim ini bukan pada banyak atau sedikitnya harta tetapi pada bagaimana kita akan mengurus harta itu?

Jika kita mengurus berdasarkan prinsip yang utama diutamakan dan yang tidak penting dikebelakangkan atau dilupuskan terus dari senarai. Insyaallah material kita akan terguna secara baik dan memadai tidak kiralah ianya banyak atau sedikit. Oleh itu, tidak pelik apabila kita melihat orang yang kurang material daripada kita telah dapat berkahwin dan hidup bahagia, sedang kita yang banyak material masih merasa tidak cukup dengan apa yang sudah kita ada.

Ia bukan pada banyak dan sedikitnya harta tetapi bergantung kepada cara menguruskannya. Sekalipun banyaknya material tidak menjadi syarat untuk memulakan Bait Muslim, tetapi material mestilah mencukupi untuk memulakan Bait Muslim. Tidak kisah sama ada ia banyak atau sedikit kerana yang penting ia mencukupi. Apa ukuran mencukupi? Ia subjektif.

Banyaknya harta cenderung untuk mencapai status ‘cukup' material. Tetapi berapa banyak orang yang ada banyak harta tetapi hartanya itu tidak cukup-cukup untuk menampung hidupnya. Masalah ini disebabkan oleh sikap dan cara kita mengurus harta. Sedikit harta cenderung untuk mendapat status ‘tidak cukup' material tetapi berapa banyak orang yang sedikit hartanya dapat hidup sejahtera, baik dan bahagia.

Pokoknya bukan pada sedikit atau banyaknya harta, tapi pada bagaimana mengurusnya. Jika ternyata harta ada sedikit dan memang terbukti tidak mencukupi, bagaimana pula? Bukankah Islam menyuruh untuk berusaha. Jika berusaha yang sedikit jadi banyak dan yang tidak cukup akan jadi cukup, insyaAllah.

Yang tidak ada bukan rezeki. Rezeki telah dijanjikan Allah untuk setiap mahkluknya. Tetapi rezeki tidak datang bergolek. Yang tidak ada, yang perlu diadakan dan yang perlu dibuat ialah USAHA. Dengan berusaha, insyaAllah akan dapat rezeki dan akan cukup material. Nak usaha apa? Itu pun masih terbuka luas peluangnya. Yang penting, mahu berusaha dan terus berusaha. InsyaAllah rezeki akan datang, baik bergolek, melayang, berjalan atau berlari.

Persediaan akal?

Persediaan akal meliputi pemilikan pengetahuan. Pengetahuan yang sepatutnya ialah pengetahuan yang merangkumi seluruh aspek kehidupan Bait Muslim. Bukan pengetahuan dalam aspek tertentu sahaja seperti pengetahuan ibadat sahaja atau pengetahuan membesarkan anak sahaja atau pengetahuan mencari harta sahaja. Ya, memang banyak yang nak kena diketahui. Di sinilah kemahiran pengurusan pengetahuan sangat diperlukan.

Ilmu yang diperlukan untuk diguna dalam masa terdekat perlulah dicari dan dipelajari segera. Ia perlu diutamakan untuk dipelajari berbanding ilmu-ilmu lain yang masih belum sampai masa untuk menggunakannya. Ilmu yang tidak diperlukan dalam masa terdekat disimpan dulu sebagai niat baik yang penuh dengan keazaman serta dicatat dalam senarai perancangan ilmu untuk dipelajari nanti.

Utamakan pelajaran ilmu yang penting berbanding pelajaran ilmu yang tidak seberapa penting. Dalam masa terdekat dengan tarikh pernikahan, ilmu dalam banyak bidang rumah tangga diperlukan. Sebagai bakal suami, ilmu tentang peranan dan tanggung jawab suami diperlukan. Sebagai bakal isteri, ilmu tentang peranan dan tanggung jawab isteri diperlukan. Selain ilmu tentang peranan, ilmu tentang hak juga perlu diketahui, seperti hak suami dan hak isteri.

Walau bagaimana pun, untuk kebahagiaan rumahtangga kesungguhan kepada melaksanakan peranan dan tanggung jawab masing-masing jauh lebih penting daripada kesungguhan menuntut hak masing-masing. Ilmu tentang hak adalah untuk mengelak daripada dizalimi sahaja. Ilmu tentang peranan pula adalah untuk memastikan kita telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah kita dengan adil dan sempurna. Jika kedua-dua pihak melaksanakan tanggungjawab masing-masing serta memberikan dan menjaga hak pasangan masing-masing, insyaallah kehidupan akan aman dan bahagia.

Banyak lagi bidang-bidang ilmu yang perlu dipelajari contohnya ilmu mencari nafkah zahir, ilmu membelanjakan nafkah, ilmu nafkah batin, ilmu komunikasi dalam rumah tangga, ilmu tentang peribadi pasangan, ilmu keselamatan, ilmu kesihatan, ilmu kepenggunaan, ilmu ibadat dan ilmu akhlaq. Pelabagai cara untuk mencari ilmu tetapi yang paling senang ialah dengan membaca. Membaca yang dimaksudkan bukanlah membaca bahan bacaan sebarangan, tetapi membaca bacaan yang memang tepat untuk dibaca.

Bagaimana mengetahui tepat atau tidak untuk dibaca? Buatlah penilaian, bertanyalah kepada orang yang lebih berpengalaman dan mintalah cadangan daripada yang pakar. Selain membaca, perkongsian pengalaman dan dialog lewat perbualan biasa juga sangat bermanfaat.

Persediaan rohani?

Sebelum sampainya tarikh pernikahan, atau jika tarikh pernikahan telah berlalu tetaplah terus melatih diri dengan menyemai dan menyuburkan sikap yang baik dan membuang sikap yang buruk dalam diri. Biarlah sikap baik tumbuh menggantikan tempat sikap buruk. Pada masa bujang, sikap yang baik mungkin senang kita amalkan dan sikap buruk kita pula tidak menjelma keluar kerana tidak pernah diusik sesiapa.

Sikap buruk mungkin ada, tetapi ia tersimpan rapi kerana tidak ada ujian atau cubaan yang mengganggunya. Tetapi, apabila sudah berkahwin, banyak ujian dan dugaan hadir dalam hidup sehingga ia mengganggu sikap buruk yang selama ini terpendam dan kita akan mendapati banyak sikap buruk pada diri kita selepas kita menikah.

Oleh itu, latihlah diri kita dengan sikap baik setiap masa dan bersungguh-sungguh bersikap baik agar pada saat genting atau saat keletihan selepas kita telah bernikah, iaitu saat kita benar-benar menjadi diri kita yang sebenar, saat kita benar-benar diuji dengan cubaan berat, sikap-sikap baik itu tidak tertanggal dari diri kita, masih melekat pada kita dan kita masih ber'amal dengannya seperti biasa biarpun kehidupan kita telah berubah, contohnya kita menjadi makin sibuk, atau makin penat, atau makin banyak cabaran hidup mendatang.

Maklumlah kalau semasa bujang, kita hanya mengurus diri kita sendiri maka kita tidaklah terlalu sibuk dan tidaklah terlalu penat. Tetapi apabila kita telah bernikah kita telah megurus dua orang manusia yang berlainan jantina dan berlainan latar belakang kehidupannya. Pastilah kita menjadi lebih sibuk dan lebih penat. Oleh itu, latihlah diri kita membuang sikap-sikap buruk dalam diri kita sementara kita belum bernikah.

Kalaupun kita telah bernikah, teruskanlah istiqomah membuang sikap-sikap buruk dalam diri kita. Sikap buruk kita boleh jadi pelbagai dan banyak, tetapi boleh jadi juga beberapa dan sedikit. Tetapi pokoknya kita tidak mahu sikap buruk ada pada diri kita biarpun satu kerana satu sikap buruk sekali pun mempunyai risiko yang besar untuk mengganggu gugat kebahagiaan rumah tangga apatah lagi banyak sikap buruk yang kita miliki.

Contoh sikap buruk ialah sangat mudah berprasangka buruk, hasad, tidak mahu mengalah, cemburu buta tuli yang melampau, terlalu sensitif atau manja, pemarah dan pendendam. Jika pada masa bujang lagi kita telah ada banyak sikap buruk, maka buanglah cepat-cepat kerana sesudah menikah ia lebih senang berkembang dengan subur berbanding masa bujang sebelum kahwin.

Membuang sikap buruk bukan mudah, malah susah dan memakan masa. Tetapi kesusahan itulah mujahadah. Oleh sebab itu, teruslah bermujahadah membuang sikap buruk selepas nikah dan sekalipun telah lama bernikah. Perubahan itu mungkin walaupun susah. Disebabkan ia memakan masa, maka ia perlulah dibuang segera bermula sekarang. Sekalipun jika masa bujang kita hanya ada beberapa sikap buruk saja, janganlah beranggapan ia sedikit dan boleh dibuang dengan senang apabila mendekati tarikh pernikahan atau setelah menikah.

Setelah menikah, ia bukan lagi medan masa yang utama untuk membuang sikap buruk. Ya, tidak dinafikan membuang sikap buruk masih perlu dan masih boleh dibuat selepas pernikahan, tetapi ia bukanlah lagi medan fokus utama setelah menikah. Banyak lagi kerja lain yang lebih penting yang perlu dibuat. Membuang sikap buruk menjadi kerja sampingan saja kerana banyak lagi kerja lain yang lebih utama yang perlu diutamakan.

Menunggu masa selepas menikah untuk bermula membuang sikap buruk adalah perjudian yang sangat besar risikonya kerana peluang membuang sikap buruk tidak secerah sebelum menikah lagi sekalipun peluang itu masih ada. Selepas kahwin, peluang itu masih ada tetapi sempit. Sebelum kahwin, peluang itu memang ada dan luas. Pilihlah antara peluang yang ‘masih ada' atau ‘memang ada', dan pilihlah antara sempit dan luas.

Jika anda belum menikah, manfaatkanlah masa bujang ini sebaiknya untuk membuat persiapan dan apa yang perlu. Uruslah masa anda dengan bijak. Jangan biarkan sesaat pun masa anda terbazir dengan hal tidak berfaedah, kelak selepas kahwin anda akan menyesal. Selepas mati anda lagi menyesal kerana akan ditanya di sana. Sudahkah anda bersedia? Untuk berkahwin dan untuk menjawab di Padang Mahsyar.


www.iluvislam.com

Suami patut utama kebajikan isteri, anak sendiri





Perceraian berlaku jika lelaki salah guna kuasa sebagai ketua keluarga diamanahkan Allah

SEJAK kebelakangan ini kita sering membaca di media mengenai keruntuhan rumah tangga masyarakat Islam yang bukan saja berlaku di kalangan masyarakat bawahan malah orang berada juga tidak dapat lari daripada masalah ini.

Keruntuhan rumah tangga juga tidak terhad kepada mereka yang tiada didikan agama, malah orang yang mendapat pendidikan agama juga sering terjerat dalam polemik ini.

Walaupun umat Islam berlumba-lumba mengerjakan kebaikan seperti bersedekah, membuat kebajikan dan mengambil berat kepada orang lain, sebahagiannya alpa mengerjakan kebaikan kepada orang yang hampir dengan kita.

Rasulullah SAW lebih utama melakukan kebaikan kepada orang yang hampir kepada kita seperti keluarga, sanak, jiran tetangga dan mereka di sekeliling kita.

Perkara ini dapat dilihat daripada beberapa hadis Rasulullah yang menerangkan pentingnya memperlakukan isteri dengan sebaik-baiknya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Seorang mukmin yang imannya paling sempurna adalah yang akhlaknya paling baik.

�Sebaik-baik kamu adalah yang baik terhadap isterinya.�

Jelas daripada dua hadis yang dinyatakan di atas, ketinggian kedudukan isteri di samping suami.

Hakikat ini perlu disedari suami kerana sebahagian mereka mengambil mudah peranan isteri dan menganggap isteri perlu patuh kepada segala kehendak suami tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak isteri sendiri.

Kuasa ketua keluarga diberikan kepada suami, namun kuasa berkenaan perlu ditadbir secara adil dengan mengambil kira kemampuan, kesusahan dan juga kehendak isteri.

Jika kuasa ini tidak dijalankan dengan sempurna, tentu akan mengundang polemik antara suami isteri terbabit.

Suami yang tidak menjalankan kuasa dengan sempurna tentu akan dipertanggungjawabkan atas kegagalannya.

Kuasa sebenarnya bukan suatu keistimewaan tetapi lebih kepada tanggungjawab yang hendak digalas dengan sempurna.

Dalam Islam, apabila keistimewaan diberikan kepada seseorang, ia sebenarnya disertakan dengan tanggungjawab. Lebih besar keistimewaan diberikan lebih besar sebenarnya tanggungjawab dibebankan kepada seseorang.

Antara tanggungjawab suami adalah memberi nafkah kepada isteri dan anak. Suami tidak kedekut membelanjakan wangnya untuk kebajikan isteri dan anak.

Kesimpulannya, seorang suami perlu menghargai apa yang dilakukan isterinya dalam membentuk rumah tangga bahagia. Suami perlu mengutamakan kebajikan keluarga berbanding dengan orang lain.

Suami juga bertanggungjawab mendidik isteri dengan cara yang dianjurkan oleh agama.

Isteri pula harus akur bahawa suami adalah ketua keluarga dan wajib mematuhi arahan suami selagi tidak bertentangan dengan Hukum Syarak.

http://syafiqe.wordpress.com/2008/11/13/bersama-pgsm-suami-patut-utama-kebajikan-isteri-anak-sendiri/

Monday, October 12, 2009

Syeikh Tantawi Haramkan Purdah ke Universiti al-Azhar




KAHERAH, 6 Okt.- Syeikh al-Azhar, Mohammed Sayyid Tantawi merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan yang memeakai purda daripada memasuki institusi-institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar.

Seorang pegawai keselamatan semalam berkata, polis telah menerima arahan secara lisan supaya menghalang pelajar perempuan yang berkelubung daripada memasuki institusi-institusi al-Azhar termasuk sekolah menengah dan tinggi, serta asrama beberapa buah universiti di Kaherah.

Pegawai itu berkata, pengharaman tersebut adalah atas sebab keselamatan.

Langkah itu dipercayai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung manifestasi Islam yang dianggap ultrakonservatif di Mesir.

Sungguhpun majoriti wanita Mesir memakai tudung, hanya segelintir yang memakai purdah atau dikenali di sini sebagai niqab yang menutup muka dan lebih kerap ditemui di Arab Saudi yang mengamalkan ajaran Wahhabi.

Kebanyakkan ulama berpendapat purdah tidak wajib tetapi hanyalah adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Badwi sebelum kedatangan Islam.

Rancangan Tantawi itu diumumkan semasa beliau menyuruh seorang pelajar sekolah menengah di sebuah kelas yang dikunjunginya awal minggu ini, supaya menanggalkan niqabnya.

Syeikh itu melawat sekolah-sekolah al-Azhar pada permulaan tahun akademik untuk memeriksa langkah yang diambil bagi membendung wabak selsema babi, menurut butir-butir lawatan yang disiarkan semalam oleh akhbar bebas, Al-Masry Al-Youm.

Tantawi dengan tegas memberitahu gadis berkenaan dengan niqab ‘tidak ada kena mengena dengan Islamdan hanya satu adapt resam’ dan memaksanya menanggalkan niqabnya.

Beliau kemudian mengumumkan akan mengeluarkan arahan tidak lama lagi bagi mengharamkan pelajar perempuan yang memakai niqab daripada memasuki sekolah-sekolah al-Azhar.

“Niqab tidak ada kena mengena dengan Islam..saya lebih arif tentang agama daripada kamu dan ibu bapa kamu,” kata Tantawi kepada pelajar berkenaan.

Seorang sarjana di sebuah pusat penyelidikan al-Azhar, Abdel Moati Bayoumi berkata, para sarjana al-Azhar akan menyokong Tantawi jika beliau mengeluarkan arahan tersebut.

Bagaimanapun pengkritik langkah itu berkata, pengharaman niqab tidak akan dilaksanakan.

Arahan sebelum ini oleh Kementerian Wakaf untuk mengharamkan penceramah wanita yang memakai niqab daripada memasuki masjid dibantah keras.

Seorang penyelidik yang dihalang daripada memasuki perpustakaan Universiti Amerika di sini pada 2001 kerana memakai niqab mambawa kesnya ke Mahkamah Agung Mesir dan akhirnya menang.

Mahkamah memutuskan pengharaman menyeluruh ke atas niqab menyalahi perlembagaan.-AP



Tinta 'fenomena2wanita':

Inilah kesukaran dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh para muslimah kita yang memakai purdah. Di mana pembelaannya..? Bagi saya, setiap manusia ada kebebasan mutlak untuk melakukan apa sahaja...begitu juga muslimah yang ingin menutup sebahagian daripada wajah mereka, mereka juga turut diberi hak. Hujah2 pasti banyak untuk mengukuhkan lagi mengapa dan kenapa ada diantara kita yang memilih untuk memakai purdah. Setiap orang ada pendapat tersendiri dalam melakukan apa sahaja. Janganlah kerana ada masyaqah yang sedikit, kita terpaksa tunduk dan patuh. Jesteru itu, kuatkan hati. Syukurlah kerana negara kita masih lagi aman untuk melakukan apa sahaja.

Monday, October 5, 2009

REUNION ex-SAS 09




Salam ingatan kudus buat sahabat-sahabat ex-SAS sekalian. Lama kita tak jumpa:) Baru-baru ni saya ada ke rumah Wan Hamdah Nawal, memang bertambah cun sahabat saya ni. Tapi kecewa jugak sebab tak sempat nak jumpa sahabat2 lain.

Raja Amy pun..huh, kelainannya terasa.. dalam hati, semakin 'ayu' adik aku ni:) jumpa dia kat pasar sehari sebelum raya.

Alangkah bagus kalau kita ni boleh undurkan masa semula..satu2 tercoret dalam ingatan. Masing-masing punya koreksi tersendiri untuk diterjemahkan. Kini dah ada pun sahabat2 kita yang dah kahwin malah sudah punya anak. Ada juga yang tengah amik master, degree dan sebagainya. Baru-baru ni ada kawan kita yang baru sahaja melangkah ke alam perkahwinan (Nur Azila)..moga berbahagia ye Ala.. Buat sahabat2 teruskan perjuagan, kita tak tahu lagi bagaimana kita. Adakalanya kita ni best student pun tak semestinya berjaya dalam kehidupan, so banyak2kanlah doakan..mudah2an sinar kebahagian sentiasa mekar bersama kita. Amin..

Untuk promotion bersama saya mengajak dan menyeru sahabat2 yang lain untuk sama-sama ke GROMAS 09. Moga2 ukhwah yang terjalin antara kita takkan putus walau kat manapun kita berada. SALAM GROMAS BUAT SEMUA.

Friday, September 11, 2009

BERSABARLAH WAHAI SANG HATI



Buat Ukhtiku Tersayang

Dear Ukhti………
Apa khabar imanmu hari ini?
Semoga selalu menapak maju
Apa kabar hatimu hari ini?
Semoga selalu bersih dari debu juga kelabu
Apa kabar cintamu hari ini?
Semoga selalu berpeluh rindu pada Nya...

Ukhti..
Sungguh indah hidup setelah menikah
Apa yang sebelumnya haram menjadi halal
Semua perbuatannya mendapat pahala yang berlimpah di sisiNya
Suka duka dilalui berdua
Senang sedih ada yang menemani
Tawa tangis pun bersama

Ukhti..
Menikah adalah setengah dien
Dan ia menggenapkan dien menjadi satu
Sungguh, menikah seperti melihat dunia lain yang tiada pernah
dikunjungi sebelumnya
Apa yang tidak bisa dilihat sebelum menikah kini tidak lagi
Seakan membuka mata kanan yang sebelumnya belum pernah dibuka
Begitu luas, begitu indah, hingga Rasul pun menyunnahkan suatu
pernikahan ini
"bukan termasuk ummatku, jika ia berkeinginan tidak menikah..."

Ukhti..
Menikah adalah keputusan besar dari suatu perjanjian berat
Pernah ada yang berkata..
"saat akad diucapkan Arsy tertinggi berguncang karena suatu perjanjian
berat diucapkan, karena itu saat akad terjadi ada tangis disana..tangis
suka, tangis duka..."

Allah menjadi saksi karena Dia Yang Maha Melihat lagi Menatap
dan setiap undangan yang datang akan mendoakan pernikahan ini

Ukhti..yang sedang menanti "terkasih"
nanti-lah dengan sabar
Sungguh, Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk dirimu
siapkan dirimu, hatimu..
sangat mudah bagiNya memberikan "terkasih" untukmu ataupun tidak
Berharap dan mintalah padaNya..
Pemilik alam raya dan pencipta "terkasih"mu

Ukhti..yang sedang menjelang akad
Berdoa-lah selalu padaNya
Penentu segalaNya...
Mohon petunjukNya jika "terkasih" adalah yang terbaik untukmu
Kemudahan, juga kelancaran dalam peristiwa besar nanti
Sungguh, Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk dirimu..
Siapkan dirimu, hatimu..

Ukhti..yang telah menikah
Jagalah nikmatNya yang besar ini
Hanya dengan izinNya dirimu dan "terkasih"mu bersatu, tiada yang lain
Jadilah penyejuk hati dan pandangannya..
Menjadi isteri solehah dambaan setiap suami..

Ukhti..
Bahagiamu adalah bahagia suami
Sedihmu juga sedih suami
Tawamu, tawa suami juga
Tangismu adalah tangis suami
Semoga Allah Yang Maha Indah,
Memudahkan langkah ini..
Memberikan yang terbaik menurutNya
dan menjadikan wanita dan isteri juga ibu solehah

berdoalah baut 'hati-hati' yang menanti..

MENCARI LAILATULQADARMU TUHAN..




LAILATUL qadar merupakan salah satu dari malam-malam Ramadan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah s.w.t: Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada malam lailatul qadar.

Tahukah kamu apakah malam lailatul qadar itu? Malam al-Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan. (al-Qadr: 1-3)

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam tersebut dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami dari ayat tersebut ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi 1,000 bulan.

Kebesaran lailatul qadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertamanya, kerana pada malam tersebut diturunkan al-Quran dan keduanya pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut sebagai lailatul qadar kerana pada malam tersebut akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama lailatul syaraf bermaksud malam kemuliaan dan lailatul tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya lailatul qadar seringkali berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam-malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Ini sesuai dengan sebuah hadis Rasulullah dari Ibnu Umar yang bermaksud:

“Sesiapa yang ingin mencari lailatul qadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh”.

Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim adalah bermaksud:

Carilah dengan segala upaya kamu malam Al-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam akhir bulan Ramadan.

Jelas dari kedua hadis tersebut bahawa lailatul qadar itu hanya berlaku pada satu malam saja dari bulan Ramadan. Ia adalah sebagai suatu perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam-malam akhir Ramadan al mubarak ini.

Jelas bahawa penyembunyian tarikh lailatul qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam tersebut.

Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti :

* Allah menyembunyikan lailatul qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang bulan Ramadan.
* Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada hari Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari tersebut.
* Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu.
* Allah menyembunyikan isim adzam di antara nama-nama-Nya agar kita menyebut kesemua nama-nama-Nya (Asmaul Husna)
* Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa jua bentuk maksiat.
* Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali di antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin.
* Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia.
* Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya.

Walau bagaimana pun berkaitan dengan lailatul qadar, para ulama bersepakat mengatakan bahawa terdapat beberapa tanda apabila berlakunya malam tersebut, di antaranya ialah :

* Orang yang berkesempatan melihat malam al Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan di langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.
* Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walau pun berada dalam kegelapan.
* Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan dapat mendengar salam para malaikat dan tutur kata mereka.
* Orang yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan diperkenankan segala doanya.

Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa di antara tanda malam al Qadar telah berlaku ialah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk yang putih bersih bagai bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas, di mana tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahaya.

Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran dari Allah s.w.t biarpun tanda-tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang bulan Ramadan, Insya-Allah akan menemui malam yang lebih baik dari 1,000 bulan itu.



- oleh: WAN MARZUKi WAN RAMLI. Beliau ialah guru agama Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (4), Pasir Mas, Kelantan.

Friday, September 4, 2009

Kelebihan Berqailullah



Manfaat tidur siang sekejap untuk beribadat malam

Tik, tik..mesejku berbunyi. Masa tu baru balik dari kelas, fikir hati ingin berehat sekejap.

”Salam, kak yue kat mane skrg, Ira rindu le..huhu?” mesej dari seorang adik.
“Huhu, ada jugak orang rindu kak yue ni, kak yue kat rumah dik, nak Qailullah sekejap.” Jawabku.

“Kak, Qailullah tu apa?”…

Baik, ini jawapannya..

TIDUR seketika pada tengah hari disebut qailullah dalam bahasa Arab, afternoon nap dalam bahasa Inggeris atau siesta dalam bahasa Latin yang diamalkan di Sepanyol dan Mexico. Tidur siang sebegini adalah kebiasaan bagi orang yang mementingkan kesihatan, kesegaran dan produktiviti. Ia adalah budaya baik, apatah lagi Rasulullah pernah mengamalkannya. Dalam kitab Mishkatul Masabih disebutkan: “Tidur sekejap pada waktu tengah hari (qailullah) bukanlah perbuatan keji kerana Rasulullah pernah melakukannya.” Amalan ini semakin dilupakan dan tidak diambil perhatian, kalaupun dibuat, tidak mengikut spesifikasi sunnah. Dalam masyarakat Inggeris, amalan ini menjadi kebiasaan. Saya melihat ia diamalkan di Britain, terutama di kalangan kanak-kanak prasekolah dan peringkat rendah. Saya teringat anak saya ketika di prasekolah di London mempunyai jadual tidur pada waktu tengah hari. Mungkin ini adalah mekanisme atau langkah membiasakan mereka supaya menghargai ‘makna’ tidur tengah hari apabila dewasa kelak. Mereka mempunyai falsafah sendiri. Di kalangan masyarakat Sepanyol dan Mexico, mereka mesti melakukan siesta (tidur siang) kerana keadaan cuaca pada siang yang terlalu panas dan tidak membolehkan mereka keluar melakukan kegiatan luar. Tidur seketika pada siang hari atau qailullah adalah kebiasaan masyarakat Arab, beberapa orang soleh dan ulama terdahulu. Mereka melakukannya tidak hanya pada Ramadan, tetapi pada hari biasa, khususnya pada musim panas.

Ulama soleh terdahulu menjadikan tujuan qailullah ini agar pada malam harinya mereka boleh bangun untuk mendirikan solat tahajud. Jadi tidur siang atau qailulah ini hanya kebiasaan atau budaya orang Islam terdahulu. Saya agak terkejut mendengar keterangan bahawa tidur sebentar waktu siang adalah suatu hal yang dianjurkan hanya kerana syaitan tidak pernah tidur siang. Ini terutama apabila saya melihat orang berpuasa menggunakan tidur siang sebagai alasan untuk melayan rasa malas dan letih mereka. Sebenarnya banyak keterangan lain yang menganjurkan tidur seketika terutama bagi orang berpuasa.

Dalam sebuah riwayat, Imam Abu Hanifah selama 40 tahun tidak pernah tidur malam kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam. Beliau tidur hanya sebentar pada waktu siang hari, iaitu qailullah. Waktu qaillulah adalah selepas solat Zuhur hingga Asar selama beberapa minit saja iaitu antara 20 hingga 30 minit. Jika memang untuk membolehkan bangun malam untuk solat tahajud, tentu ini adalah sunnah Rasulullah. Kalau tidur siang ini hanya untuk bermalas-malasan, dan malam harinya tidak solat tahajud, Tarawih dan solat sunat lain, apakah nilai sunnah daripada tidur siang ini?
Khalifah Umar bin Khattab pernah suatu hari melakukan lawatan rasmi ke Iskandariah, ketika Muawiyah bin Khudaij menjadi gabenor di kota itu. Umar sampai ke kota itu pada waktu siang ketika kebanyakan orang melakukan qailullah. Umar menemui Muawiyah yang tidak tidur sekejap pada siang, lalu berkata: “Saya fikir kamu tidur pada siang ini, kalau kamu tidur siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat, kalau kamu tidur malam, kamu melalaikan hak Allah, jadi bagaimana kamu mengatur tidur antara dua hak ini wahai Muawiyah.” Umar seolah-olah mengingatkan bahawa manfaat waktu itu lebih penting daripada sekadar tidur siang. Intinya, harus mengimbangi dalam menggunakan waktu tidur siang (yang hanya seketika bukan sepanjang hari) meskipun pada Ramadan. Hadis ada menyebut bahawa: "Tidurnya orang puasa adalah ibadah." Seperti penjelasan Iraqi dalam Takhrij Hadis-Hadis Ihya, bahawa hadis ini diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr dan Abdullah bin Abi Aufa, namun semua sanadnya antara dha’if (lemah) dan maudhu’ (palsu). Jadi di mana kita harus melihat ‘kekuatan’ maksud hadis ini? Kita perlu melihat secara positif, pengertian hadis itu harus dimaknai bahawa tidurnya orang puasa adalah terjaganya (terpelihara) diri orang yang puasa daripada setiap perbuatan maksiat dan mungkar, dari situlah wujud makna ibadah itu. Kalau tidur hanya untuk bermalas-malasan dan meninggalkan kewajiban serta melalaikan tugas, tentulah ini sangat bertentangan dengan makna ibadah puasa itu.

Sahabat Rasulullah menjalani puasa Ramadan dengan tugas yang cukup berat seperti Perang Badar dan penaklukan Makkah. Ini semua petunjuk bahawa puasa bukan untuk menjadikan kita bermalas-malasan, tetapi pencetus semangat agar memberikan yang terbaik meskipun dengan keterbatasan kecerdasan fizikal sebagai orang berpuasa. Malah, tidur seketika pada siang umpama mengecas semula bateri kehidupan untuk beramal pada malam hari. Tengah hari adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia secara biologi bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai midafternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate. Antara tokoh yang menggalakkan tidur seketika pada tengah hari ialah Dr William A Anthony, (PhD) dan Camille W. Anthony, pengarang buku The Art Of Napping At Work. David F Dinges and Roger J Broughton dalam bukunya, Sleeps and Alertness: Chronological, Behavioral and Medical Aspects of Napping juga bersetuju dengan pendapat ini. Kajian itu menunjukkan mereka yang secara rutin tidur 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko menghidap sakit jantung 30 peratus lebih rendah berbanding mereka yang lain.

Oleh Endok Sempo Mohd Tahir


Justeru itu, tak salah andainya kita tidur di waktu siang seketika. Adik jangan pelik kalau lihat yang orang yang sering berqailullah kerana mungkin malamnya sering diisi dengan bertaqararrub ilallah..

InsyaALLAH

Daisypath Wedding tickers