Adalah menjadi kewajipan setiap muslim terutamanya kaum wanita untuk mengetahui dan menghayati peranan isteri-isteri Rasulullah saw dan hubungannya dengan Rasulullah.Kita akan mengetahui bahawa peranan wanita Islam masa itu bukan hanya sebagai ‘teman tidur’ tetapi mempunyai peranan yang sangat besar membantu membina suasana rumahtangga yang harmoni.Masyarakat yang harmoni,lahir dari rumahtangga yang harmoni.Oleh itu benar,kata-kata ulama’ yang menyatakan ‘tangan yang menghayun buaian bakal menggoncangkan dunia’.
Siti Khadijah banyak membantu dalam menyuburkan jiwa dan memberi semangat kepada Rasulullah saw masa awal Islam. Bahkan Siti Khadijah berperanan sebagai satu-satu tempat yang boleh mengubat hati suaminya iaitu Rasulullah saw yang tercinta.
Lihatlah betapa bahagianya para sahabat dahulukala.Walaupun telah berjuang tetapi apabila balik ke rumah,isteri menyambut dengan kepulangannya dengan senyum manis.
Ada satu lagi contoh yang tidak harus kita lupakan.satu pasangan yang paling ideal dan istimewa iaitu pasangan Ali dan Siti Fatimah.dari sejarah kehidupan Saidina Ali dan Siti Fatimah mereka adalah pasangan suami isteri yang paling bahagia sekali walaupun pasangan inilah yang paling miskin di zaman Rasulullah saw.
Siti Fatimah sering ditinggalkan Saidina Ali berbulan-bulan untuk perjuangan.bahkan keperluan seharian pun kadang-kadang tidak mencukupi tetapi Siti Fatimah menguruskan sendiri,keperluan rumahtangga berbekal iman yang tebal tersemat di hatinya.Masih mampu memberi senyuman manis menyambut kepulangan suami yang tersayang Saidina Ali.
Inilah contoh-contoh yang berkesan untuk dicontohi oleh wanita moden masa kini supaya bersabar dan bertaqwa apabila mengendalikan masalah keluarga yang dihadapinya.
KELEMAHAN WANITA MODEN MASA KINI.
Kepulangan suami dari pejabat atau dari tempat kerja seharusnya disambut dengan layanan mesra.Tetapi hal lain pula yang berlaku;suami belum pun sempat meletakkan punggung sudah diserang dengan pelbagai pertanyaan. Selagi permintaannya tidak ditunaikan dengan kadar segera selagi itu si isteri terus mendesak.Inilah faktor paling lemah dan kesilapan yang ketara dan utama sering dilakukan oleh wanita masa kini.
Bagi yang berpoligami pula seringkali jiwa si suami tersiksa seperti jarum dicucuk.Pada umumnya ada dua punca utama suami sakit jiwa kerana isteri :
1) Kerana kelemahan suami itu tersendiri.
2) Kerana ragam isteri yang beremosional.
Sejauh manakah seorang isteri sanggup berkorban demi kebahagiaan suami?
Oleh itu adalah menjadi kewajipan si isteri untuk merubah sedaya upaya sikap dan segala masalah harus dibincang secara harmoni.Isteri yang solehah tidak akan sekali-kali menggunakan kekerasan. Ketenangan dan kesabaran menjadi senjata utama isteri yang solehah.
Tidak akan selesai satu masalah dengan menengking dan maki hamun bahkan akan mencabar kewibawaan kaum suami.Kaum wanita haruslah menyedari perkahwinan adalah pengorbanan dan berpoligami ialah satu kenikmatan yang diizinkan Allah jika cukup dengan syaratnya!yang dihalalkan Islam.Allah telah menetapkan suami sebagai pemimpin mahu tidak mahu isteri mesti mentaati keputusan itu walaupun bertentangan dengan kehendaknya.
Insya-Allah tidak akan berlaku hal-hal seperti diatas jika ada persefahaman antar suami isteri.Isteri juga tidak boleh mengamalkan Queen Control pada suaminya walaupun isteri mempunyai hak dalam peranan rumahtangga.
HAK ISTERI WAJIB DILAKSANAKAN TERHADAP SUAMI DALAM ISLAM.
1. Mentaati suami.
2. Sentiasa malu terhadap suami dan menghormatinya.
3. Diam tatkala suami bercakap.
4. Gembira dengan pemberian suami walaupun sedikit.
5. Tidak meminta-minta sesuatu di luar kemampuan suami termasuk perabot,perhiasan.
6. Sentiasa berhias bila berhadapan dengan suami.
7. Tidak keluar tanpa izin suami.
8. Menghormati keluarga suami dan kerabatnya.
9. Sentiasa melayan kehendak suami untuk bergurau.
Insya-Allah jika semua dilaksanakan tidak akan timbul masalah yang menyusahkan suami.Allah gantikan dengan ganjaran pahala balasan syurga diakhirat kelak.
CARA MENYELESAIKAN MASALAH DENGAN BIJAK SEBAGAIMANA YANG DITUNTUT DALAM ISLAM.
Seringkali wanita atau isteri yang baru sahaja mendirikan rumahtangga menyatakan rasa tidak puas hati mengenai sikap dan tingkah laku suaminya.
Mengapa?
Antara faktor utama adalah kebosanan.Oleh itu adalah perlu menyegarkan cinta dan kasih sayang dua insan.Hubungan dua individu dalam sebuah rumahtangga adalah tali pengikat yang kukuh dan tidak mungkin terburai apabila usia perkahwinan memasuki 5 – 10 – 20 atau lebih.
Apabila pasangan suami isteri tidak mengambil inisiatif menyegarkan kembali perhubungan mereka akan berlaku kelonggaran dalam ikatan dan hubungan mesra.Ikatan ini akan bertambah longgar sekiranya kedua pihak sering menghadapi krisis salah faham disebabkan hal-hal remeh temeh.
Dengan mengingati kenangan-kenangan manis yang indah seperti masa lampau akan membantu mengembalikan hubungan mesra.Pada waktu-waktu yang berkesempatan pula,apabila menatap rakaman gambar dalam album video akan meninggalkan kesan besar dan mendalam betapa manisnya hubungan masa dulu.
Dengan cara ini akan dapat menyegarkan kembali rasa cinta dan menghindarkan perpisahan.Ingatlah! ambil yang indah-indah dari kenangan masa yang lampau.
Ramai wanita terpaksa melihat perubahan mendadak yang tidak pernah mereka bayangkan akan berlaku.Kemesraan yang mereka capai daripada suami dahulunya sebagai yang paling istimewa disanjung kini bertukar menjadi hampa belaka.Kenapa ini berlaku ?
Pasangan suami isteri yang mulai dingin harus mengembalikan kenangan yang lalu.Tentu setiap pasangan ada peristiwa-peristiwa sentimental yang berkaitan semasa di lamun alam percintaan.Sebagai contohnya : ada baiknya mengunjungi semula tempat-tempat kenangan dimana bermula bibit cinta dalam suasana kelapangan.Atau menyediakan masakan istimewa yang menjadi kegemaran suami;tentu ia amat menghargai bila isteri mengambil berat tentang kegemarannya.Atau menziarahi teman-teman yang menjadi penyebab jodoh anda; tentu akan memberi kesan yang indah bagi anda berdua.Di samping itu adalah penting menjaga kecantikan untuk suami anda seperti 10 tahun berlaku semasa malam pengantin.
Cara dengan keazaman dan kesungguhan akan memberi kejayaan .Jelas sekali kecantikan untuk suami memberi peranan yang penting dalam kehidupan suami isteri.Bersolek dan berpakaian kemas dan sopan yang sederhana menjadi suatu kemestian sebab ‘kecantikan wanita merampas hati suami’.
Suami ada perhubungan dengan perempuan lain dan bercadang hendak berkahwin lagi satu.Apa yang harus dilakukan apabila situasi begini berlaku ?
Mengapa ini terjadi dalam perkahwinan saudari apabila usia perkahwinan menjangkau 3-5-10-20-30- keatas berlaku?
Ada kemungkinan disebabkan :
1. Kurang perhatian dari isteri.
2. Sikap isteri yang materialistik.
3. Negatif sikap terhadap suami.
4. Sikap ego isteri.
Suami ada affair dengan perempuan luar sebab sikap isteri yang tidak menonjolkan diri pada suami atau tidak mengambil berat tentang dirinya dalam kamar tidur yang dianggap syurga bagi pihak suami disebabkan nafsu isteri telah menurun dan kesihatan isteri kurang memuaskan!!
Ada kemungkinan parkara-perkara ini :
1. Isteri merasa malu sebab sudah meningkat umur dan anak telah membesar.
2. Merasai diri mereka tidak memerangsangkan lagi.
3. Masih sikap jijik dan malu semasa hubungan suami istrei dan menolak sama sekali kehendak suami yang keistimewaan.
4. Masih seperti patung apabila melakukan hubungan jenis tidak ada (respond)dan speciality.
Semua hal-hal diatas boleh diatasi dengan kerjasama dan persefahaman yang mendalam diantara suami dan isteri.Sekiranya isteri pandai menjaga kehendak suami tidak ada sebab suami ingin beristeri lagi. Lainlah jika kelemahan fizikal. Harus diubati dengan segera jika ia tidak dirawatkan harus suami beristeri lagi!
Dipetik daripda UMMI JANNAH AHMAD.
mga2 mampu menjadi wadah perkongsian kita bersama.
Wednesday, August 12, 2009
CARA MELAYAN SUAMI DENGAN BAIK DAN MENYELESAIKAN MASALAH DENGAN BIJAK YANG DITUNTUT DALAM ISLAM.
Posted by EMANIEZ-ELFARDI at 9:48 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment