Monday, November 1, 2010

Ahad (31 Oktober 2010)



Kerna belum sempat melakarkan sdikit ucapan buat diri di bulan Oktober yg makin hampهr ke penghujung, buat diriku, Salam Eid Milad. Hopefully, my life wonderful every time. Sukar nak gambarkan kesyukuran kerana akhirnya tercapai juga aku untuk mengecapi usia sebegini, tapi dalam masa yang sama diri dihimpit sesalan disebabkan dosa-dosa semalam. Tanpa kita sedar, tanpa juga aku sedar..dosa yang dilakukan. Siapalah aku untuk menghukumi diri. Kemudian juga terfikir segala amanah yang masih tak terlaksana selaku anak, kakak, pimpinan pelajar, bakal zaujah dsb. Ya Allah tak terlarat aku nak tanggung bebanan ini. Mampukan aku untuk menggalas gelaran bintu solehah, tolibatun mumtazah, zaujatun mahbubah, dan mujahadah fi sabilik. Aku tak mampu ya Allah andai tanpa kasih dan sayangMu. Bila usia makin bertambah, maka makin hampirlah juga kita kepada hari kematian.,ya Allah.

Mungkin disebabkan cuti telah menjelma. Hari yang sepatutnya aku menelaah pelajaran tidak aku laksanakan. Batuk berpanjangan sampai tidurku tak lena.. Hari ini juga dibuai kerinduan. Rindu. Ingatan tiba-tiba menarawشng ke atuk kesayangan. Di saat keberangkatannya pipinya ku cium, bagai baru semalam. Dia pergi di saat beberapa hari hari lahir masihiku. Ya Allah kau selmatkanlah dirinya. Dia sudah tidak berdaya, namun Kau gagahinya untuk berada di jalanMu, Kau lah seglanya ya Allah. Kau selamatkanlah dia di saat tiada nenek di sisi. Aku tersenyum sendirian bila mengingatkan ke’romantisan’ mereka. Di saat lanjut sudah usia perkahwinan, namun mereka tetap mesra, ke mana sahaja dilihat bersama walaupun nenek sentiasa sakit, ttap jua menemani atuk. Tak dibiarkan sendirian.





~keluarga~

Hati mengingati kembali sisipan akhbar yang saban hari menceritakan tentang perceraian yang tak sudah-sudah. Buatkan kadang-kadang kau takut pada sebuah perkahwinan. Namun bila lihatkan keakraban nenek dan datuk, mereka ku jadikan idola untuk persiapkan diri sebagai isteri. Menjawab pada persoalan bila, doakan sahaja..
Dalam menghitung hari, diri ketandusan ilmu. Saban hari kutatap buku2 yang mengajar aku menjadi mnusia yang bermanfaat buat semua. Entah, apakah di usia ini aku dah banyak menyumbang atau tidak. Namun pada aku, usahlah difikirkan pada hasilnya tapi fikirlah pada usaha yang telah kita dah laksanakan. Sepanjang berada di tampuk ini aku apakah misi dan visi aku dah terlaksana? Mgkin ya dan mungkin juga tidak. Aku juga manusia biasa, jangan dipandang tinggi mana.

Ya Allah, aku rindu sebuah kedamaian, seorang rijalullah yang boleh membimbing aku di jalanMu, aku perlu penguat di kala aku lemah, aku perlu pendamping yang dapat turut bersama aku sepertimana Saidatina Aisyah yang sentiasa di damping RasulMu. Ya Allah ketemukanlah kami di akhiratmu, ketemukanlah di syurgaMu.

Wednesday, September 1, 2010

~BICARA WANITA~ Manakah Lebih Utama Puasa Ramadhan atau Puasa Sunat Syawwal?

al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

E-mailPrint

Isu ini perlu dibina atas perbahasan hukum berkenaan qada’ puasa Ramadhan terlebih dahulu.Ulama sepakat bahawa orang yang meninggalkan puasa Ramadhan wajib menqada’nya samada meninggalkan puasa itu dengan sebab uzur syar`I seperti sakit, bermusafir dan kedatangan haid atau tanpa sebarang keuzuran iaitu meninggalkannya dengan sengaja.


Dalilnya ialah firman Allah:

Maksudnya: “Sesiapa di kalangan kamu sakit atau bermusafir maka gantilah pada hari-hari yang lain.” (al-Baqarah: 184 dan 185)

Bentuk pengambilan dalilnya ialah ayat di atas menjelaskan kewajipan qada’ puasa bagi orang yang meninggalkan puasa kerana uzur. Diqiyaskan juga hokum ini kepada orang yan meninggalkan puasa tanpa uzur secara qiyas aula iaitu sekiranya yang meninggalkan puasa kerana uzur wajib qada’ tentulah yang meninggalkannya tanpa sebarang uzur syar`I lebih utama wajib menqada’nya.


Namun, adakah kewajipan itu atas dasar segera atau atas dasar bertangguh masa? Jawapannya ialah secara bertangguh masa. Dalilnya ialah

  1. Ayat di atas juga. Bentuk pengambilan dalilnya ialah: Kewajipan qada’ puasa dalam ayat diatas “maka gantilah pada hari-hari lain” disebut secara umum tanpa mengikatnya dengan masa tertentu. Justeru kewajipan qada’ adalah secara bertangguh masa.
  2. Hadis Aisyah:

كان يكون عليَّ الصوم من رمضان فما أستطيع أن أقضي إلا في شعبان.

Maksudnya: “Saya mempunyai kewajipan puasa yang mesti diqada. Saya tidak dapat menqada’nya melainkan ada bulan Sya`ban.” (Hadis sepakat Bukhari dan Muslim)

Begitu juga beberapa hadis sahih lain tentang perlakuan sama oleh isteri-isteri Nabi yang lain.

Kata Ibn Hajar: Hadis ini mengandungi petunjuk harus menangguhkan qada puasa Ramadhan secara mutlaq samada meninggalkan pua kerana uzur atau tidak.” (Ibn Hajar, Fath al-Bari, juz 4, hlm 191)

Bentuk pengambilan dalilnya ialah: Aisyah dan isteri-isteri Nabi menangguhkan qada’ puasa wajib sehingga 10 bulan selepasnya kerana menyiapkan dirinya untuk melayani Nabi saw. Perlakuannya tentulah dengan perakuan daripada Nabi saw. Ia menunjukkan pada keharusan menangguhkan puasa qada.


Namun, menyegerakan qada’ adalah diutamakan berdasarkan dalil firman Allah:

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu ke arah keampunan daripada Tuhan dan syurga yang luasnya adalah langit dan bumi yang telah disedikan untuk orang yang bertaqwa.” (Ali `Imran: 133)


Bentuk pengambilan dalilnya ialah Allah mengarahkan akan bersegra mendapatkan kampunanNya. Keampunan itu terhasil dengan menyegerakan membayar hutang kepada Allah iaitu berpuasa qada’ secepat mungkin.

Apabila telah jelas bahawa puaa qada’ adalah wajib dilakukan tetapi secara bertangguh masa danorng yang meninggalkan puasa tanpa uzur lebih utama menyegerakan qada’, tinggal lagi perbahasan; Adakah puasa qada’ perlu diutamakan di bulan Syawwal berbanding puasa sunat syawwal itu sendiri?


Saya berpandangan puasa sunat syawwal mesti diutamakan. Dalilnya adalah seperti berikut:



  1. Hadis Aisyah dan isteri-isteri Nabi di atas. Bentuk pengambilan dalilnya ialah Aisyah dan para isteri Nabi menangguhkan qada’ puasa wajib kerana mempersiapkan diri mereka melakukan satu ibadah iaitu melyani keinginan Nabi saw. Keinginan Nabi untuk bersama adalah satu kebarangkalian. Ia menjadi wajib apabila diminta. Jika tidak hukumnya adalah sunat mempersiapkan diri untuk melayani keinginan suami. Aisyah dan isteri Nabi telah menangguhkan puasa qada’ yang wajib untuk melakukan suatu amalan sunat yang lapang masanya. Ia menunjukkan bahawa menangguhkan puasa qada’ yang wajib kerana amalan sunat adalah diharuskan, bahkan diutamakan kerana perlakuan Aisyah dan isteri-isteri Nabi itu tentulah dengan perakuan daripada Nabi saw. Para isteri Nabi sentiasa loba untuk melakukan amalan yang terbaik dalam kehidupan mereka.
  2. Kedua-dua ibadah puasa qada’ dan puasa snat Syawwal adalah dituntut dan sasarkan secara tersendiri. Ertinya kedua-duanya sememangnya menjadi matlamat secara tersendiri. Dalam masa yang sama ibdah qada’ mempunyai ruang masa yang panjang dan luas kerana kewajipannya adalah secara bertangguh masa. Sementara iadah puasa sunat Syawal bersifat masa yang sempit iaitu bulan Syawwal sahaja. Justeru, sesuatu yang bersifat sempit masanya perlu diutamakan berbanding yang lebih luas masanya.
  3. Hadis-hadis yang menggalakkan berpuasa Syawwal sangat banyak, sementara tiada hadis yang mngarahkan sahabat mengutamaka berpuasa qada’ pada bulan Syawwal. Ia sekurang-kurangnya menjadi nilai pemberat untuk menyatakan bahawa puasa sunat Syawwal adalah diutamakan.
  4. Nabi dan para sahabat sentiasa bermusafir. Ada kalangan mereka mengambil kelonggaran berbuka puasa seperti sabit dalam banyak hadis-hadis yang sahih. Namun, tiada riwayat bahawa mereka berpuasa qada’ terlebih dahulu berbandinh pusa sunat Syawwal. Keadaan ini bleh menjadi pemberat untuk menyatakan bahawa berpuasa Syawwal perlu diutamakan.
  5. Meskipun Aisyah menangguhkan puasa Qada’, tiada nas menunjukkan Aisyah juga menangguhkan puasa sunat Syawwal. Kebarangkalian besarnya ialah tentu para ummahat mu’minin ini tidak ketinggalan melakukan ibadah puasa sunat syawwal kerana hadis-hadis tentang kelebihannya sangat banyak.

Wallahu a`lam.

Fenomena wanita terkini..


Salam sejahtera wanita-wanita,


Kian menjadi barah di kalangan wanita, berpakaian hampir telanjang!! Mungkin itulah yang boleh dikatakan. Bukan hanya masyarakat-masyarakat biasa di luar sana, malahan mahasiswi-mahasiswi ISLAM juga. Berpakaian ketat, jarang, tidak lengkap selaku muslimat. Ada juga trend terkini dengan rekaan tudung yang beraneka, menampakkan dada, leher dsb. Begitu juga dengan sanggul-sanggul di kepala yang begitu menonjol..ya, cukup cantik..tapi itu hanyalah luaramn semata!! Fikir-fikirkanlah.






Mungkin, kata-kata Sayyidatina Aisyah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah ini dapat menjadi renungan bersama :


"Seandainya Rasulullah SAW sempat menemui apa yang diada‑adakan oleh para wanita (saat ini) nescaya beliau akan melarang mereka sebagaimana dilarangnya wanita‑wanita Bani Israil." (Hadis riwayat Bukhari hadis 869 dan dikeluarkan juga oleh Muslim 445 )


Larangan yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a. ini merujuk kepada keharusan yang diberikan baginda Rasul kepada kaum wanita untuk solat berjamaah di masjid.


Di dalam riwayat Muslim, ada menukilkan : Salah seorang rawi bertanya kepada Amrah binti Abdirrahman (murid Aisyah r.a. yang meriwayatkan hadis ini darinya) : "Apakah para wanita Bani Israil dilarang ke masjid?" Amrah menjawab : "Ya, adapun hal‑hal baru yang diperbuat para wanita Bani Israil di antaranya memakai wangi‑wangian, berhias, tabarruj, ikhtilat, dan kerosakan‑kerosakan lainnya."


Tidak salah untuk kita berhias...
Tapi, berhiaslah dengan cara ISLAM, bukan kah itu lebih sedap mata memandang? Malah pahala juga dapat..











An-Nu'man bin Basyir berkata : ‘Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, itu adalah hati.”
( Hadis riwayat Bukhari )

Tuesday, August 24, 2010

~Bila HATI Berbicara~


Setiap hari, percakapan tentang kahwin tak pernah lekang untukku. Ramai yang bertanya..bila dan dengan siapakah aku akan berkahwin. Ya, siapa tidak mahu kahwin, setiap manusia diciptakan berpasang-pasangan dan punya naluri ke arah itu. Aku pun tidak terkecuali, keinginan dan hasrat untuk berumah tangga sentiasa ada, cuma bilakah masa tersebut akan berlaku hanya Allah yang tahu.




Menjawab pada persoalan ini, ku kira diriku ini masih lagi tak mampu memikul taklifan sebagai seorang isteri apa lagi dalam keadaan memegang status sebagai seorang pelajar, pimpinan pelajar, anak sulung dan sebagainya. Pelbagai tanggungjawab yang tidak lagi selesai memungkin juga untuk aku terus bersabar.




Ramai yang beranggapan berkahwin lebih baik jika kita sudah bertemu dengan empunya hati setelah Allah dan RasulNya. Aku juga tidak mampu menyangkal kata-kata sedemikian. Benar. Ku lihat sahabat-sahabat yang telah berkahwin hidup penuh kebahagian, ceria, mudahnya ilmu mereka masuk, walaupun sudah bergelar isteri pada seorang lelaki. Allah berkati kehidupan mereka. Dan di antara kelebihan pada seorang wanita Allah berikan ialah apabila seorang wanita tersebut berkahwin awal, punya mahar yang rendah, dan juga cepat melahirkan zuriat sesuadah berkahwin. Masih terngiang-ngiang di benak fikiran pada bait kata-kata ustaz dalam kelas halaqah tempohari. Ustaz memberitahu demikian, membuatkan aku terasa apakah aku ini juga akan punya kelebihan sedemikian atau tidak memandangkan umur yang semakin bertambah. Tidak kugusar. Keyakinan ku tinggi pada Allah yang Maha Esa.




Lihatlah dengan mata hati. Aku pujuk juga hati. Bukanlah aku tidak mahu berkahwin sepertimana sahabat-sahabat lain yang ada juga di kalanganmereka sudahpun punya anak. Pendapat sahabat-sahabat juga benar, belajar bukanlah halangan untuk berkahwin, malah lebih baik sebenarnya untuk kita mengelakkan diri dari pelbagai perbuatan maksiat yang bersarang. Cinta itu lumrah. Cinta tidak pernah berkata-kata, hanya hati mengungkap bicara..amat payah jika perhubungan itu terlalu lama tanpa ikatan yang sah. Namun, buat hati..koreksilah kembali hikmah di sebaliknya, mengapa dan kenapa kita masih bersendiri tanpa teman yang begitu 'rapat' untuk bergantung. Kerana kita punya Allah untuk meluah rasa. Punya Pencipta yang maha Esa. Saat hati begitu lemah untuk berbicara, Dialah yang sentisa menemani kita. Di manakah Dia untuk kita, apakah sentisa di hati atau hanyut dibuai mimpi-mimpi indah duniawi ini. Lihatlah kembali hikmah di sebaliknya. Sahabat-sahabat yang telah melangkah ke alam perkahwinan memang selayaknya untuk mereka, mereka berkemampuan dan cukup segalanya. Allah tidak akan taklifkan sesuatu perkara jika tanpa kemampuan hambanya. Dah jelas dalam al-Quran. Dan kita lihat, mereka mampu untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Jadi, kenapa kita masih bersendirian, itulah tandanya kita masih lagi tak mampu untuk melaksanakan segala tanggungjawab sesudah akad itu.




Berat..cukup berat. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diungkapkan dengan kata-kata tatkala seorang lelaki mengucap tanda terima nikahnya kita.

  • Buat hati, bersabarlah..Innaallahamaana. bersabarlah. Andai kematian itu hadir dahulu sebelum memikul gelaran isteri, itu lebih baik.. Moga nukilan ini mampu menjawab segala persoalan.. syukran.

Monday, August 23, 2010

~RAMADHAN KAREEM~


Maksud Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda;
(Apabila tiba bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan
dibelenggu.)
-H.R Muslim
~SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA..

InsyaALLAH

Daisypath Wedding tickers