IZINKAN AKU...
MENJADI....
WANITA SOLEHAH
(إذا صلت المرأة خمسها, وصامت شهرها, وحفظت فرجها وأطاعت بعلها, دخلت الجنة)
Izinkan aku..
Izinkan aku..
Izinkan aku ya Allah,
menyingkap tirai kesolehan seorang wanita,
menghirup bauan syurga yang diidamkan,
menjadi bidadari yang didambakan..
Ku ingin segalanya,
akan tetapi aku belum tahu apakah aku mulia di sisi Mu,
Siapakah aku padaMu
tertunaikah aku tanggungjawab yang Kau pikulkan?
Sudah langsaikah aku amanah yang sering bertandang?
Oh Tuhan, bekalkanlah aku kekuatan..
Sebagai anak,
sebagai pelajar,
sebagai murid,
sebagai kakak,
sebagai isteri,
sebagai ibu,
sebagai nenek,
sebagai hambaMu..
sebagai KhalifahMu..
Segala-galanya adalah nikmat yang Kau berikan.
Terjagakah solatku Tuhan?
diterimakah ibadatku ya Allah..
digelap malam, lenaku panjang,
Sering terabai tahajjudku, berkhulwah bersamaMu
lalu bagaimanakah hati?
maka sering terjerumus lah iman ini dikotori badai dosa yang melanda.
Dan lalu puasaku, bagaimana..
apakah kau terima?
sebulan belum cukup menagih kasihmu,
sunat yang kau anjurkan ku tinggalkan..
lalu..dapatkah aku menempuh syurgaMu Tuhan?
Ya,
segala-galanya tak pernah terjaga.
hatiku tercalar, dirobek dosa semalam
Ku mengharap ehsanMu Tuhan,
kurniakan ‘dia’, andai dia terbaik untukku Tuhan..
andai dialah yang bakal membawaku menuju sinar kebahagian,
ku inginkan dia menjadi tempat untukku menempah ke syurgaMu,
Ya Rabb, betapa sukarkan ‘sebuah pencarian’, andai benar jodoh kami Tuhan,
kekalkanlah,
permudahkanlah,
satukanlah,
agarku dapat kebahagian abadi,
yang selama ini kucari..
agar syurgaMu ku jejaki,
agar di sana nanti redhaMu bersama kami..
Restuilah pilihanku ini..amin.
Monday, April 26, 2010
IZINKAN AKU MENJADI WANITA SOLEHAH
Posted by EMANIEZ-ELFARDI at 4:23 AM 0 comments
Wednesday, April 14, 2010
FENOMENA PERCERAIAN ELEKTRONIK MENERUSI SMS
Teknologi biasanya digunakan untuk membaiki kesejahteraan hidup manusia. Namun di kebanyakan Negara di dunia sudah menjadi fenomena biasa apabila kemudahan seperti telefon bimbit dan khidmat pesanan ringkas (SMS) digunakan untuk bercerai!
Seseorang suami dengan mudah menamatkan perkahwinan dengan menghantar SMS kpada telefon bimbit isterinya. Fenomena itu kini dikenali sebagai perceraian elektronik di Jordan. Amalan itu menjadi perhatian sejak beberapa minggu lalu selepas statistic rasmi mendedahkan hakim-hakim syarie meluluskan sekurang-kurangnya 450 kes cerai emnerusi SMS pada 2009.
Kecenderungan bercerai melalui SMS kini mencetuskan kejutan ke atas masyarakat konservatif di Jordan.
Kalangan sarjana Islam dan pimpinan masyarakat mengkritik fenomena itu sebagai sesuatu yang berbahaya.
“Perbuatan menamatkan perkahwinan dengan cara itu mencetuskan masalah terhadap maruah lelaki dan wanita,” kata bekas menteri agama di Jordan, Ibrahim Kilani.
“Semua perceraian perlu didokumentasikan bagi memastikan suami jelas mahu menceraikan isternya dan dia membuat keputusan itu dalam keadaan tenang,” katanya.
Beliau menganggap perceraian menerusi SMS sebagai keganasan social yang tidak disuakai Allah kerana ia menjejaskan masa depan sesebuah keluarga. Jika mengikut amalan biasa, seseorang suami perlu memberitahu isterinya secara bersemuka mengenai keputusan untuk bercerai.
Isteri biasanya tidak mempunyai kata putus dalam soal cerai. Namun beberapa Negara Arabdan islam meinda undang-undang perceraian sebagai usaha menjadikan kaum lelaki lebih rasional dalam membuat keputusan mengenai perkara itu.
Amalan percaraian elektronik juga mencetuskan kritikan daripada beberapa kumpulan masyarakat seperti Kesatuan Wanita Jordan (JWU).
“Kami menganggap semua perceraian yang dilakukan menerusi kaedah itu sebagai tidak sah dan terbatal,” kata timbalan pengerusi JWU, Nadia Shamroukh.
“Menurut undang-undang status
Menurutnya, semua tindakan yang menandakan berakhirnya sesebuah perkahwinan perlu didokumenkan dan ini bermakna semua kes perceraian elektronik perlu dianggap sebagi tidak sah.
Nadia turut terlibat dalam program nasional untuk mmbantu mereka yang mengalami masalah perkahwinan.
Beliau berkata, perceraian menerusi SMS menafikan usaha terakhir keluarga untuk mengesahkan kputusan yang dibuat dalam keadaan marah.
“Suami mungkin memutuskan untuk bercerai ketika menghadapi tekanan atau ketika berada dalam keadaan marah. Tindakan menghantar SMS untuk bercerai akan melepaskanya pluang untuk menarik balik keputusan,” katanya.
Jabatan Ketua Hakim
Posted by EMANIEZ-ELFARDI at 7:16 PM 0 comments
Monday, April 12, 2010
Belajar daripada Keterlanjuran
Itulah detik keramat dalam diri Tina, kerana dia kini bukan Tina dulu tetapi Tina yang baru.
Kalau dahulu, Tina mudah termakan pujuk rayu lelaki tidak bertanggungjawab. Sekarang sudah tidak lagi, kerana Tina sudah tahu batasan agama, mana yang baik, mana yang buruk, mana dosa dan mana pahala.
Tambahan pula, air mata keinsafan ketika berdua-dua dengan Allah SWT dalam setiap solat lima waktu dan sujud tawaduk ketika solat sunat taubat, tahajud, hajat dan istikharah, telah menjadi kekuatan buat Tina menempuh masa depan yang lebih mencabar.
"Bohonglah kalau saya katakan saya tidak gementar. Sebenarnya, bermacam-macam perasaan bermain dalam benak saya ini. Namun, wajah comel anak kecil yang perlukan kasih sayang seorang ibu serta harapan menggunung keluarga, telah mengembalikan semangat diri saya.
"Saya tidak mahu lagi kecewakan ibu. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Saya mahu menjadi anak yang bertanggungjawab dan dapat berbakti kepada orang tua yang telah banyak berkorban selama ini.
"Malah, kini saya telah bergelar ibu kepada bayi lelaki yang tidak berdosa. Saya mesti pastikan anak itu terbela dan terpelihara masa depannya. Saya tidak mahu lagi lakukan kesilapan yang bodoh itu," cerita Tina anak kelima dari tujuh adik-beradik yang berasal dari Negeri Sembilan itu.
Berkongsi kisah hitam lebih dua tahun lalu, Tina tidak menyangka teman sekerja lelaki sanggup meletakkan bahan yang telah membuatkannya tidak sedarkan diri, sebelum melakukan perbuatan terkutuk ke atas dirinya.
Selang beberapa bulan sejak insiden itu, Tina dapat merasakan yang dia sudah berbadan dua, namun merahsiakannya kerana bimbang dengan penerimaan keluarga, terutamanya ibu.
Namun, lama-kelamaan perutnya semakin membesar dan sukar disembunyikan. Lantas dia pergi ke pejabat agama dan meminta dirujuk ke mana-mana pusat penjagaan untuk wanita mengandung luar nikah.
Menjejakkan kaki di KDS dengan keazaman untuk berubah dan mendalami agama demi persediaan mengharungi masa depan, memudahkan penghijrahan diri Tina sepanjang dua tahun di KDS.
"Saya lebih kenal Allah SWT. Segala apa yang dilakukan di sini adalah perkara-perkara yang bermanfaat. Pada sebelah malam pula, diisi dengan ceramah agama, mengaji al-Quran dan solat malam.
"Kalau dahulu, saya cuma tahu pergi kerja, balik kerja tetapi di sini saya sudah tahu menjahit dan insya-Allah akan menjadikan bidang ini kerjaya tetap bila keluar kelak dan cukup modalnya," katanya.
Nasihat Tina agar gadis-gadis di luar sana lebih berhati-hati apabila berkawan dengan lelaki kerana kita tidak tahu niat sebenar mereka.
Sementara itu, Linda, 25 tahun, (bukan nama sebenar) pernah berusaha membunuh bayi yang tidak berdosa ketika usia kandungannya antara tiga hingga enam bulan.
Kata gadis kelahiran negeri di selatan tanah air itu lagi, dia sanggup minum air tapai, makan jamu dan makanan yang tajam-tajam dan berbahaya bagi wanita mengandung, dengan harapan janin tersebut akan jatuh.
"Semuanya kerana saya bertemu semula dengan bekas kekasih saya. Saya cuba larikan diri daripadanya tetapi tidak berjaya. Tambah memburukkan keadaan, bila saya disahkan mengandung anak daripada benihnya. Selama lapan bulan saya cuba sembunyikan kandungan.
"Bila emak suruh pulang ke kampung, pelbagai alasan yang saya berikan, semuanya gara-gara takut rahsia saya terbongkar. Namun, apabila ayah jatuh sakit, saya sudah tidak ada cara lain untuk mengelak. Saya pulang tetapi berusaha menyembunyikannya, waima ibu mula curiga.
"Apabila kembali semula ke rumah sewa, saya macam hendak gila memikirkan keadaan saya yang semakin genting. Saya bagai hilang arah. Saya hubungi ibu menerusi telefon dan akhirnya membuat pengakuan. Sayangnya, pengakuan itu tidak meringankan tetapi tambah membebankan," kata Linda yang mula mendaftarkan diri di KDS pada Ogos 2008.
Akui Linda, pesanan ibu sebelum pulang selepas menghantarnya ke KDS menjadi azimat dan pegangannya sampai bila-bila. Kata ibu: "Sebelum emak balik, emak tidak buang awak. Anggaplah duduk di sini sebagai belajar".
"Banyak hikmah yang saya peroleh di sini. Saya sudah boleh melakukan hafalan, tilawah dan tadarus. Sesungguhnya, banyak baik daripada buruk sepanjang berada di sini.
"Saya hendak mula hidup baru, buka buku baru. Saya ingat kata-kata emak dan ayah. Saya tidak mungkin akan kembali semula kepada teman lelaki, kerana dia sendiri pernah memberi kata dua kepada saya iaitu keluarga atau dia. Cincang air tidak akan putus, saya pilih keluarga.
"Bagaimanapun, Allah mungkin telah memberi pengajaran paling bermakna kepada saya. Ketika melahirkan, saya terpaksa bertarung sembilan hari sembilan malam kerana bersalin secara pembedahan. Saat itu, barulah saya sedar betapa besarnya pengorbanan insan bernama ibu," kata Linda yang melahirkan anak lelaki pada Oktober 2008.
Didikan agama yang diperoleh Anum (bukan nama sebenar) sehingga tahap Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tidak menjamin keselamatan diri seseorang dalam berhadapan kerakusan jenayah sosial yang tidak mengenal mangsanya.
Sekali alpa, selamanya kita terpaksa menanggung dosa yang dilakukan. Walaupun bukan atas kerelaan diri atau termakan tipu daya syaitan yang bertopengkan manusia.
"Sambutan kemerdekaan negara mencatat detik hitam kepada saya. Apa tidaknya, kerana terlalu percayakan kawan baik yang dikenali sejak di bangku sekolah, akhirnya mahkota diri saya diragut jantan durjana. Saya dikhianati teman sejenis.
"Malangnya, semua perbuatan keji itu dilakukan ke atas saya ketika saya sendiri tidak sedarkan diri. Perkara akhir yang saya ingat, saya minum air mineral yang diberikan teman itu tadi. Selepas itu, dunia saya gelap.
"Sedar pada paginya, saya di dalam bilik seorang teman perempuan yang juga turut sama meraikan detik kemerdekaan itu. Saya cuma rasa sakit di bahagian alat sulit dan ada kesan darah di seluar dalam. Tetapi tidak terlintas langsung, yang saya sebenarnya telah diperkosa," cerita Anum, anak sulung daripada empat adik-beradik.
Kata gadis kelahiran negeri Melaka ini lagi, sejak kejadian itu dia mula tidak datang haid. Pada awalnya, perubahan itu dianggap biasa kerana memang tidak mengesyaki dirinya mengandung.
"Tetapi apabila perut semakin membesar, nenek cuba merasa perut saya. Dia kata saya mengandung. Apa lagi, seluruh ahli keluarga terkejut. Saya dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan kehamilan tersebut dan usia kandungan saya sudah masuk lima bulan.
"Saya minta keluarga hantar saya ke mana-mana pusat. Pada bulan Februari 2009 saya mula mendaftar sebagai pelatih KDS dan empat bulan kemudian melahirkan bayi perempuan. Bayi itu sekarang berada dalam jagaan keluarga saya.
"Saya tidak pernah menyalahkan bayi tersebut. Sebaliknya, saya berharap pengajaran yang saya lalui ini dapat menjadi iktibar kepada gadis di luar sana agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan," kata Anum yang sentiasa mengukir senyuman sepanjang perbualan kami, lewat petang itu.
Nita (bukan nama sebenar), 20, gadis yang berasal dari Pahang ini sedang mengandung empat bulan memberitahu dia melakukan perbuatan terkutuk itu atas dasar suka sama suka dengan pasangan yang dikenali sejak di sekolah menengah lagi.
Apa yang dilakukan ini mungkin satu tanda memberontak terhadap bapanya yang tidak mahu membenarkan mereka berkahwin dengan alasan usia yang masih terlalu muda.
"Saya sebelum ini pernah dimasukkan ke sebuah rumah khas untuk gadis-gadis yang terlanjur tetapi ia tidak bertahan lama kerana pengisian agamanya amat kurang dan kebajikan gadis-gadis di situ tidak terbela langsung.
"Alhamdulillah, sungguhpun belum sebulan tinggal di KDS, jiwa saya tenang. Kawan-kawan pun ramai serta banyak bimbingan dan motivasi yang disalurkan, secara tidak langsung membuat saya rasa tidak terasing," kata Nita yang berazam mahu mendalami al-Quran di KDS.
Oleh ZUARIDA MOHYIN
http://lhakim-suarahati.blogspot.com
Kalam Fenomena2wanita: Aku sedih melihat bayi2 dibuang begitu sahaja, aku sedih melihat manusia semakin 'menderita', pautan nafsu yang semakin meraja..di mana IMAN kita. Andai pernikahan jalan sebaiknya, bernikahlah. Jangan biarkan nafsu2 kita dihambat penghasutan syaitan.
Nah, syaitan semakin bermaharaja lela.."Pelihara lah iman dan nafsu kami, kurniakanlah hamba-hambaMu ini kekuatan..amin"
Posted by EMANIEZ-ELFARDI at 6:47 AM 0 comments
Wednesday, April 7, 2010
Amir & Amirah
KELAHIRAN
“Encik Arif, tahniah..isteri encik dah selamat melahirkan sepasang bayi kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan, comel. Tahniah encik” bagitahu Dr. Noriah pada En. Arif tanggal 25 Januari 2001.
“Doktor, boleh saya masuk tengok isteri saya doktor?” Tanya En. Arif.
“Ya, silakan encik, isteri encik sedang menanti.” Balas Dr. Noriah dengan senyuman.
“Ika, terima kasih sayang kerana hadiahkan abang sepasang bayi yang cukup comel. Abang baru saja azan dan iqamatkan bayi kita. Walaupun kita dah ada anak yang lain tapi kehadiran mereka melengkapkan lagi kasih kita sayang..”
“Syukur abang, berkat doa kita juga. Abang, boleh bawakan bayi kita dekat dengan Ika, Ika nak tengok mereka abang, nak cium sepuas-puasnya anak kita” pinta Puan Atika.
“Ya sayang, abang amikkan ya.” Satu kucupan tanda kasih suami buat isteri singgah di dahi Ika dan Arif kemudian melangkah mengambil anak-anak mereka untuk dekatkan dengan isterinya.
“Sayang, bayi kita yang lelaki kita letakkan nama Amir dan yang perempuan pulak Amirah, sayang setuju tak?” Tanya Arif pada isterinya.
Dengan senyuman tanda setuju isterinya membalas, “Baik untuk abang, baiklah untuk saya abang, maksudnya pun baik, mudah-mudahan suatu hari nanti mereka dapat mengepalai perjuangan dalam menegakkan Islam sesuai dengan maksud nama mereka sebagai ketua,
“Ya sayang.” Jawab Arif.
Setelah beberapa hari Puan Ika menerima rawatan di Pusat Rawatan Islam, akhirnya mereka pulang. Anak-anak mereka menanti dengan penuh kesabaran, manakala si atuk dan nenek pula sibuk menyiapkan peralatan dan kelengkapan buat si ibu dan kedua-dua si kecil. Meriah sekali. Kini En. Arif dan Puan Ika telah memiliki
“Along, muka baby Amir macam muka umi
*******************************************************************
“Assalamualaikum umi, mirah dah balik..”
“Ee, bisingla mirah ni, balik pun nak bagitahu umi ke?’ ngomel kembarnya itu.
“Umi, tadi mirah dapat hadiah dari Cikgu Amin, sebab dia kata Mirah dapat markah tertinggi dalam ujian hari tu, ni umi..”
“Alhamdulillah sayang, nanti abi balik keje bolehlah tunjuk pada dia. Ha, anak umi yang hensem ni macam mana pulak, berapa Amir dapat? Tanya Ika pada Amir.
Amir dengan serta merta tunjuk, tak mampu memberi jawapan yang baik untuk uminya itu. “Ish, ni Amirah lah punya pasal, kalau tak pasti umi takkan Tanya berapa aku dapat dalam ujian Matematik tu! Siap kau Ika kalau kau bagitahu umi, aku curi hadiah kau.” Monolog Amir sendirian. tapi mujurlah Amirah cepat-cepat berlalu pergi tanpa ingin bercerita panjang tentang kegagalan abang kembarnya itu. Semasa di kelas cikgu ada juga memarahi Amir dengan mengatakan Amir mendapat kedudukan yang paling rendah di dalam kelas. Amirah takkan Amir berkecil hati, jesteru dia cepat-cepat melangkah masuk ke dalam kamarnya.
…Amir..Amir tak tahu mak, cikgu tak bagitahu. Dia hanya bagitahu Amirah je dapat tinggi. Tipu Amir pada uminya.
“Hmm..tak apalah kalau macam tu, tapi umi nak lepas ni Amir pun boleh dapat markah yang terbaik sepertimana Amirah dapat, boleh? Ok, pegi mandi dulu ya sayang, nanti abi balik boleh kita makan sama-sama, lepas tu mengaji awal-awal.” Lepas tu Ika terus menyiapkan kerja-kerja di dapur sementalahan menunggu suaminya pulang.
Posted by EMANIEZ-ELFARDI at 6:40 PM 0 comments