Wednesday, April 7, 2010

Amir & Amirah


KELAHIRAN

“Encik Arif, tahniah..isteri encik dah selamat melahirkan sepasang bayi kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan, comel. Tahniah encik” bagitahu Dr. Noriah pada En. Arif tanggal 25 Januari 2001.

“Doktor, boleh saya masuk tengok isteri saya doktor?” Tanya En. Arif.

“Ya, silakan encik, isteri encik sedang menanti.” Balas Dr. Noriah dengan senyuman.

“Ika, terima kasih sayang kerana hadiahkan abang sepasang bayi yang cukup comel. Abang baru saja azan dan iqamatkan bayi kita. Walaupun kita dah ada anak yang lain tapi kehadiran mereka melengkapkan lagi kasih kita sayang..”

“Syukur abang, berkat doa kita juga. Abang, boleh bawakan bayi kita dekat dengan Ika, Ika nak tengok mereka abang, nak cium sepuas-puasnya anak kita” pinta Puan Atika.

“Ya sayang, abang amikkan ya.” Satu kucupan tanda kasih suami buat isteri singgah di dahi Ika dan Arif kemudian melangkah mengambil anak-anak mereka untuk dekatkan dengan isterinya.

“Sayang, bayi kita yang lelaki kita letakkan nama Amir dan yang perempuan pulak Amirah, sayang setuju tak?” Tanya Arif pada isterinya.

Dengan senyuman tanda setuju isterinya membalas, “Baik untuk abang, baiklah untuk saya abang, maksudnya pun baik, mudah-mudahan suatu hari nanti mereka dapat mengepalai perjuangan dalam menegakkan Islam sesuai dengan maksud nama mereka sebagai ketua, kan bang.”

“Ya sayang.” Jawab Arif.

Setelah beberapa hari Puan Ika menerima rawatan di Pusat Rawatan Islam, akhirnya mereka pulang. Anak-anak mereka menanti dengan penuh kesabaran, manakala si atuk dan nenek pula sibuk menyiapkan peralatan dan kelengkapan buat si ibu dan kedua-dua si kecil. Meriah sekali. Kini En. Arif dan Puan Ika telah memiliki lima orang anak, dua perempuan dan tiga lelaki. Pejuang-pejuang dan serikandi suatu hari nanti.

“Along, muka baby Amir macam muka umi kan? Muka baby Amirah macam muka abi, betul tak along? Tanya si angah yang masih kecil, namun masih pelat berkata-kata.

*******************************************************************

“Assalamualaikum umi, mirah dah balik..”

“Ee, bisingla mirah ni, balik pun nak bagitahu umi ke?’ ngomel kembarnya itu.

“Umi, tadi mirah dapat hadiah dari Cikgu Amin, sebab dia kata Mirah dapat markah tertinggi dalam ujian hari tu, ni umi..”

“Alhamdulillah sayang, nanti abi balik keje bolehlah tunjuk pada dia. Ha, anak umi yang hensem ni macam mana pulak, berapa Amir dapat? Tanya Ika pada Amir.

Amir dengan serta merta tunjuk, tak mampu memberi jawapan yang baik untuk uminya itu. “Ish, ni Amirah lah punya pasal, kalau tak pasti umi takkan Tanya berapa aku dapat dalam ujian Matematik tu! Siap kau Ika kalau kau bagitahu umi, aku curi hadiah kau.” Monolog Amir sendirian. tapi mujurlah Amirah cepat-cepat berlalu pergi tanpa ingin bercerita panjang tentang kegagalan abang kembarnya itu. Semasa di kelas cikgu ada juga memarahi Amir dengan mengatakan Amir mendapat kedudukan yang paling rendah di dalam kelas. Amirah takkan Amir berkecil hati, jesteru dia cepat-cepat melangkah masuk ke dalam kamarnya.

…Amir..Amir tak tahu mak, cikgu tak bagitahu. Dia hanya bagitahu Amirah je dapat tinggi. Tipu Amir pada uminya.

“Hmm..tak apalah kalau macam tu, tapi umi nak lepas ni Amir pun boleh dapat markah yang terbaik sepertimana Amirah dapat, boleh? Ok, pegi mandi dulu ya sayang, nanti abi balik boleh kita makan sama-sama, lepas tu mengaji awal-awal.” Lepas tu Ika terus menyiapkan kerja-kerja di dapur sementalahan menunggu suaminya pulang.


~bersambung di episod akan datang~

0 comments:

InsyaALLAH

Daisypath Wedding tickers