Sunday, February 14, 2010

Hari bukan untuk KEKASIH..

SALAM SEKUDUS MAWAR BUAT SEMUA WANITA..

Pengalaman yang tersingkap, baru-baru ini saya diberi tamparan hebat melalui kata-kata oleh beberapa orang sahabat disebabkan terlupa hari kebanggaan warga barat yng turut diamalkan oleh muda-muda kini iaitu Valentine Day. Saya terkedu, ya..memang…memang saya jahil pada bab-bab sebegini, namun biarlah..yang penting saya dan kita semua masih lagi mengingati tarikh keramat kelahiran junjungan yang Mulia nabi Muhamammad s.a.w. Betapa ramai lagi di kalangan golongan muda-mudi kini andai ditanya tarikh-tarikh penting di dalam kalendar Islam mereka tidak mengingatinya.

Saya tahu akan kepentingannya untuk saya ketahui, lebih-lebih lagi untuk mengolah isu sebegini..tapi untuk berlebihan, InsyaAllah langsung tidak perlu. Dengan matlamat untuk mendekati golongan muda agar mengetahui kebobrokan meraikan tarikh gila ini, selaku daie ia perlu dititip beratkan.

Kebejatan gejala seks yang tak bermoral

Di sinilah terlakarnya sejarah pahit sesudah manis untuk pasangan yang tak bermoral. Membuktikan cinta di hari keparat ini bahawa ia adalah segala-galanya. Jadi, inilah penyebab utama ‘ter’lahirnya anak-anak haram yang dihukum bersalah dan tanpa rasa berdosa mereka membuangnya di mana-mana sahaja.

Baru-baru ini telah tercetus di sebuah akhbar tempatan mengenai kebimbangan warga pimpinan tentang penambahan jumlah pembuangan bayi di dalam negara. Cukup tragis dan sadis apabila melihatkan kematian seorang bayi yang ditinggalkan di tepi belukar yang padanya ada disertakan dengan ubat pembunuh serangga. Masih ada sifat belas di hati si ibu dengan meninggalkan anaknya sedemikian. Namun, kesalahan tersebut tetap berlaku yang tak mungkin dapat dimaafkan melainkan hanya taubat padaNy.

Jelaslah pada kita bahawa fenomena ini juga salah satu penyebab kepada ketelanjuran pasangan yang bercinta. Hari Valentine lah segala-galanya untuk mereka mengungkapkah madah pujangga di samping ‘hidangan’ mantap untuk di’ratah’. Bercinta bukanlah segala-galanya, bukanlah juga tiket untuk kita serahkan segala-galanya. Andai tak mampu mengawal dorongan nafsu, berkahwinlah..!

Mengapa Valentine wajib ditolak?

Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan ‘supercalis‘ bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine. Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.


Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis From your Valentine.


Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa valentine adalah sempena hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM!


Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.


Justeru, benarlah pada kita bahawa perlu adanya sekatan yang kuat dari dalam diri selaku hambaNya yang beriman untuk menolak keraian hari tersebut. Di dalam fatwa negeri Johor 2005 berhubung hari kekasih ini juga dengan jelas menyatakan bahawa amalan merayakan hari kekasih tidak pernah dianjurkan di dalam Islam. Juga turut termuat di dalam satu lagi fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang telah bersidang pada 22-24 November 2005 di Kuching Sarawak juga telah menetapkan bahawa hari kekasih tak pernah dianjurkan oleh agama Islam dan umatnya adalah dilarang untuk meraikannya. Jadi, apa lagi..sudah terang lagi bersuluh, tepuk dada Tanya IMAN..

waalahua’alam..





0 comments:

InsyaALLAH

Daisypath Wedding tickers