Tuesday, June 23, 2009

PERSEDIAAN AWAL IBU MENGANDUNG



Wednesday, December 17, 2008 Posted by Bait Muslim UnitY
artikel ihsan dari: perkahwinan.com.my

Pengalaman mengandung sulung bagi sesetengah ibu amat menyeronokkan dan bagi sesetengah ibu yang lain pula, mungkin mendatangkan masalah dan dibelenggu perasaan takut, kerana perubahan yang ketara dari segi fizikal dan mental. Ibu yang mengandung seharusnya membuat persediaan rapi dalam menghadapi saat-saat kehamilan. Ini bagi memastikan kesihatan diri dan kandungan berada dalam keadaan yang baik. Selain itu, suami juga perlulah memberikan sokongan kepada isterinya agar si isteri tidak menghadapi tekanan dalam tempoh kehamilannya.

Kesan-kesan Semasa Kehamilan.

Dalam tempoh kehamilan, si ibu memerlukan rehat yang cukup bukan sahaja dari segi fizikal malah mental. Mental yang terganggu akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada badan juga anak di dalam kandungan. Pada waktu ini anda tidak digalakkan melakukan kerja-kerja berat. Satu jam selepas makan tengah hari, anda digalakkan berbaring dan membaca bahan bacaan yang ringan. Rehatkan fikiran anda dengan melakukan kerja-kerja yang ringan seperti menjahit, menyulam dan sebagainya.



Dalam proses pembesaran bayi dalam kandungan, si ibu akan merasakan lenguh di bahagian kaki. Bahagian betis, peha dan jari-jari kaki akan terasa sakit dan adakalanya ia boleh menyebabkan kebas atau kejang. Sakit seperti ini biasa berlaku di kalangan ibu yang mengandung. Oleh itu, para ibu tidak perlu takut jika ia sekali sekala menyerang anda.

Semasa mengandung, kulit di bahagian perut dan payudara akan menjadi tegang, ini kerana anak di dalam kandungan yang semakin membesar. Ketegangan kulit di perut dan payudara akan menyebabkan ia kering dan gatal. Bagi mengelakkan kekeringan kulit, ibu-ibu digalakkan menyapu bahagian yang kering itu dengan baby oil atau minyak zaitun. Ibu-ibu juga diingatkan supaya tidak menggaru kulit yang kering itu kerana ia akan memudaratkan.

Pada 12 minggu pertama kehamilan, payudara akan mula membesar. Ini kerana proses pembentukan susu dan adakalanya payudara akan membengkak. Tetapi ia boleh diatasi dengan penjagaan yang lebih teliti. Perkara asas yang perlu dititikberatkan adalah pemakaian anak baju. Anak baju yang paling sesuai ialah daripada jenis kapas berbanding nylon, kerana ia berupaya menyerap udara.

Anda dikehendaki memakai anak baju setiap masa apabila usia kandungan menjangkau lapan bulan. Pada waktu inilah payudara memerlukan penjagaan yang paling baik. Payudara perlu ditampung setiap masa pada waktu ini. Bagi ibu yang mengandung sulung, anda akan dapati puting susu akan mengeluarkan sejenis cecair, iaitu ‘coloestrum’. Jangan risau, kerana itu adalah bahan permulaan untuk mengeluarkan susu. Jika anda berasa tidak selesa, lapikkan payudara anda dengan kain dan tukarlah ia apabila telah basah.

Menurut seorang pakar Neurosains, Prof. Dr. Haji Azizan Haji Ismail, ibu yang mengandung adalah tidak digalakkan meminum minuman yang berkafein seperti Nescafe atau kopi. Hal ini akan menyebab tumbesaran anak di dalam kandungan terganggu. Makanan yang mengandungi alkohol dan karbohidrat (roti, kentang, gula dan cokelat) juga perlu dielakkan. Makanan berkhasiat seperti telur, ikan, keju, daging dan hati perlu diambil ketika mengandung. Buah-buahan seperti limau, pisang, betik, tembikai, dan sebagainya juga baik untuk dimakan. Minumlah susu sebanyak mungkin kerana ia mempunyai kalsium yang baik untuk anda dan anak anda.

Dalam tempoh kehamilan, si ibu memerlukan rehat yang cukup bukan sahaja dari segi fizikal malah mental. Mental yang terganggu akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada badan juga anak di dalam kandungan. Pada waktu ini anda tidak digalakkan melakukan kerja-kerja berat. Satu jam selepas makan tengah hari, anda digalakkan berbaring dan membaca bahan bacaan yang ringan. Rehatkan fikiran anda dengan melakukan kerja-kerja yang ringan seperti menjahit, menyulam dan sebagainya.

Mungkin ramai ibu yang tertanya-tanya adakah boleh melakukan persetubuhan semasa mengandung? Dari segi kesihatan, hal ini tidaklah menjadi masalah pada awal kehamilan, cuma apa yang perlu difikirkan adalah caranya menyenangkan anda dan pasangan anda.

Pada empat minggu terakhir kehamilan, anda tidak digalakkan melakukan persetubuhan. Ini kerana dalam tempoh ini anda memerlukan rehat yang cukup. Tidak salah jika ia perlu dilakukan, tetapi ia akan menyebabkan anda merasa sakit. Sebaik sahaja melahirkan anak, persetubuhan haruslah dielakkan sekurang-kurangnya enam minggu. Ini membolehkan bahagian-bahagian kelahiran untuk berehat dan pulih seperti sediakala.





Rujukan:
a) Anis, “Bimbingan Keluarga”, Ciptaan Jiwaseni Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1996.
b) Ceramah yang disampaikan oleh seorang pakar Neurosains, Prof. Dr. Haji Azizan Haji Ismail, dalam seminar Ceria, Cerdik dan Cemerlang.

Monday, June 22, 2009

Bertunang janji murni ke arah penuhi Sunnah



Batas hubungan pasangan belum bernikah perlu dijaga bagi elak perbuatan zina

PERTUNANGAN bertujuan memberi kesempatan kepada lelaki dan perempuan lebih mengenali diri serta keluarga masing-masing, bukan tiket untuk bergaul mesra seumpama suami isteri yang sah kerana perhubungan lelaki dan wanita mempunyai batasan tertentu.

Oleh itu, bagi pasangan muda mudi yang masih di alam percintaan atau pertunangan perlu menjaga batas hubungan ditetapkan agama. Jika mereka melakukan hubungan seks sebelum bernikah,mereka sudah melanggar batasan agama melarang perbuatan zina.

Berdasarkan hukuman Islam, mereka yang melakukan zina boleh dihukum 100 kali sebat bagi individu yang belum bernikah, dan direjam dengan batu bagi mereka yang sudah bernikah.

Mereka yang sudah mampu dan bersedia dari segi mental, fizikal serta mempunyai keyakinan daripada aspek ekonomi perlulah menyahut seruan agama untuk bernikah atau mendirikan rumah tangga.

Amalan menangguhkan perkahwinan atau pernikahan tidak digalakkan Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiga perkara jangan dilewatkan, iaitu solat apabila sampai waktunya, jenazah apabila siap diuruskan untuk dikebumikan dan wanita yang belum bersuami, tetapi sudah ada calon sesuai." (Riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim)

Larangan menjauhi perbuatan menjurus kepada zina termasuk berdua-duaan lelaki dan perempuan banyak diingatkan dalam firman Allah sebagai dalil yang perlu diberi perhatian disebabkan kesannya yang boleh membawa kehancuran serta masalah besar.

Antaranya firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan mendatangkan keburukan." (Surah al-Israk, ayat 32)

Diriwayatkan daripada Abu Bakar, Umar, Ali Jabir bin Abdullah, Abu Sanid Al-Khudri, Abu Hurairah, Zaid bin Khalid, Buraidah al-Aslam, bahawa seorang sahabat nabi bernama Masiz dihukum rejam oleh pengawasnya sendiri bahawa ia berzina.

Begitu juga dua perempuan dari Bani Kakhim dan Bani Khamid yang dijatuhi hukuman rejam di atas pengakuan berzina.

Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah kepada orang yang beriman, hendaklah kamu menahan pandangan mereka serta memelihara kemaluan mereka." (Surah an-Nur, ayat 31)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang tidak akan berbicara dengan Allah pada hari kiamat, dan Allah juga tidak akan memandang mereka dan akan mendapat azab yang pedih iaitu, lelaki tua yang berzina, pemimpin yang berbohong dan orang miskin yang sombong." (Hadis riwayat Muslim)

Banyak lagi dalil memberi amaran serta mengingatkan umat Islam supaya menjauhi zina. Ini perlu diingatkan dan didedahkan kerana dapat dilihat budaya masyarakat hari ini, majlis tunang ibarat majlis pernikahan.

Jika dulu, majlis pertunangan hanya dihadiri ahli keluarga atau wakil pihak lelaki untuk berbincang dengan keluarga perempuan, tetapi hari ini si jejaka turut hadir sama, malah bergambar dalam suasana menimbulkan fitnah kepada orang ramai.

Majlis pertunangan kini berubah seakan majlis persandingan apabila kedua-dua lelaki dan perempuan yang hanya baru diikat dengan kata janji untuk disatukan, dibenarkan duduk bersebelahan sambil disaksikan keluarga.

Mungkin restu yang diberikan ahli keluarga menyebabkan pasangan bertunang lupa akan batasan yang perlu dijaga hingga ada yang setiap hari berjumpa malah, ada juga yang dibawa pulang untuk bermalam di rumah ibu bapa.

Sebagai pihak yang bertanggungjawab, ibu bapa sepatutnya membimbing pasangan yang bertunang supaya menjaga hubungan itu mengikut syariat agama sehingga mereka sah disatukan sebagai suami isteri kerana tempoh bertunang ialah masa untuk mereka memahami satu sama lain.

Jika dilihat, pasangan bertunang agak bebas dalam pergaulan, sebaiknya ibu bapa serta keluarga menyegerakan upacara pernikahan kerana itu lebih baik daripada membiarkan mereka terus terjebak dengan tingkah laku menyalahi ajaran agama.

Agak menyedihkan apabila tingkah laku anak muda hari ini tidak dipedulikan ibu bapa yang menganggap adalah sesuatu yang biasa untuk membenarkan mereka sering berjumpa atas alasan supaya lebih mengenali.

Sudah diberi amaran jelas akan perkara itu dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jangan kamu berseronok-seronok atau berdua-duaan dengan wanita, kerana yang ketiga itu adalah syaitan." (Hadis riwayat at-Tabrani).

Seriusnya supaya mengelakkan diri daripada terjebak dengan hubungan intim lelaki dan wanita, Rasulullah SAW bersabda bermaksud yang bermaksud: "Lebih baik seseorang lelaki berdekatan dengan binatang bernajis yang berlumuran lumpur daripada ia berdekatan bahunya kepada wanita yang tidak halal baginya." (Hadis Riwayat at-Tarbrani).


Hormati ikatan pertunangan dengan menjadikannya sebagai janji murni ke arah memenuhi Sunnah Rasulullah SAW untuk membina keluarga yang dilimpahi perasaan kasih sayang dan kesejahteraan.



Tinta penulis: Sebagai manusia yang berfikiran waras, terpulanglah kepada kedua-dua pihak samada ingin melangkah dengan ikatan pertunangan terlebih dahulu ataupun terus melangsungkan ikatan perkahwinan. Sebaik-baiknya, janganlah terlalu lama dalam mengikat janji pertunangan kerana buruk kesudahannya. Bagi yang beranggapan kahwin terus tanpa pertunangan itu lebih baik, penulis bersetuju..mudahkanlah segala urusan, dahulukanlah yang mana wajib..andai hati sudah bertaut pasti..

Wednesday, June 17, 2009

WANITA merokok????



Saban hari banyak di dada-dada akhbar melaporkan tentang peningkatan jumlah remaja wanita merokok sejak beberapa tahun kebekalangan ini. Ia amat membimbangkan dan mungkin nisbah remaja wanita yang merokok berbanding lelaki menjadi 1:1 dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, berbanding 1:4 sekarang.

Kajian pada baru-baru menunjukkan 29 peratus remaja lelaki merokok tetapi apa yang lebih menggerunkan ialah kadar perokok di kalangan remaja wanita melonjak hampir dua kali ganda iaitu daripada 4.8 peratus kepada lapan peratus dalam masa tiga tahun.

Melaka (Malaysia) – Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, bilangan wanita yang merokok di Malaysia semakin meningkat dengan kadar peningkatan agak mendadak di kalangan gadis remaja. Kadarnya melonjak hampir dua kali ganda daripada 4.8 peratus kepada 8 peratus dalam tempoh kajian selama tiga tahun.



Sekadar gambar hiasan

Kalau zaman dahulu kala, masa kita di alam kanak-kanak kita sering melihat hanyalah wanita-wanita tua yang tak pernah lekang dari puntung rokok daun mereka. Namun kini sebaliknya berlaku pada anak-anak muda perempuan. Sungguh menjelekkan apabila ada yang tak segan silu menghisap rokok di khalayak umum. Bukan itu sahaja mereka ini ada yang masih dalam berpakaian sekolah.

Wanita andai merokok, kesannya amat besar lebih-lebih lagi jika mereka itu sedang mengandung. Kerencatan pada janin akan berlaku dan ini boleh menyebabkan kematian. Banyak faktor yang membawa kepada mengapa wanita itu merokok, justeru pelbagai langkah haruslah diambil bagi mengekang permasalahan ini.


"




Tuesday, June 16, 2009

MENCARI JODOH ATAU MENUNGGU JODOH???

Oleh: Abi Muslih dan Mama Farhah

“Jodoh ditangan Tuhan, apa boleh buat”

“Bukan saya tak mahu kawin, belum jodoh lagi!”

“Apa nak susah-susah kalau dah rezeki nanti, adalah yang datang meminang”

“Takkanlah perigi nak cari timba?”

Dialog di atas tak asing bagi kita. Baru-baru ni seorang pengunjung bergelar sinar mengemukakan komen berikut kepada kami:

first time sy masuk laman ni ,…ape pun nak cari jodoh dan apakah pergertian sebenar jodoh itu…

Beliau juga memberikan komen:

akum,
selalu sangat berbicara mengenai isu calon suami dan isteri … sy minta di adakan isu kenapa jodoh masih tiada…..ini adalah untuk ramai anak -anak gadis yang masih belum bertemu jodoh walaupun telah berusaha ke arah itu……apakah maksud ketentuan atas jodoh,ajal dan maut. Moga dengan ini dapat melegakan hati gadis-gadis (ardartu) untuk terus bertawakal……..

Ya, soal jodoh adalah satu soal yang amat kritikal dalam membina rumahtangga yang bahagia. Masalah jodoh ini bukan sahaja disebut-sebut oleh orang belum berpunya, bahkan ada juga yang telah berkahwin masih keliru dan bingung dalam soal jodoh ini.

Ramai orang kita yang beranggapan soal jodoh ini adalah satu ketentuan yang tidak perlu diusahakan. Bagi mereka rezeki, jodoh dan ajal di tangan Allah, dan manusia hanya perlu pasrah. Lantas mereka terus ‘bertawakkal’ mengikut fahaman yang tidak tepat.

Sahabat besar sayyidina Umar Al-Khattab pernah menangis melihat satu kumpulan jemaah haji dari Yaman yang datang tanpa menyediakan bekalan makanan. Umar menegur dan membetulkan tindakan mereka yang silap dalam memahami konsep tawakkal.

Umar bertanya: Siapakah kamu?

Rombongan Yaman itu menjawab: Kami adalah al-mutawakkilun (orang-orang yang bertawakkal kepada Allah).

Umar menjawab: Kamu sebenarnya al-muta’akkilun (orang-orang yang mengharapkan diberi makanan). Orang yang sebenar-benar bertawakkal ialah orang yang menabur benih di bumi, kemudian bertawakkal kepada Allah.

Nah, itulah jawapannya.

Kisah diatas tentang rezeki. Sama juga dengan jodoh. Jika rezeki perlu diusahakan, maka jodoh juga perlu diusahakan. Jika Ummul Mukminin Khadijah berikhtiar dengan menghantar orang untuk menyatakan hasrat untuk mengahwini Nabi, maka takkan lah wanita hari ini yang lebih terbuka tak berani untuk menyatakan hasrat kepada pihak lelaki secara terhormat begitu.

Itu jika sudah ada pilihan. Jika belum ada, usahakan lah dengan membuat tinjauan dan membuat senarai pendek secara sendirian. Kemudian, teliti dengan penuh hemah dan jangan lupa untuk bersolat istikharah. Jika kenalan dan maklumat terhad, mintalah bantuan dari rakan dan keluarga yang diyakini, berakhlak dan boleh diharap. Jika ada banyak pilihan, pilih lah yang memenuhi sifat yang pernah saya bincangkan dulu. Jangan pula terlalu gopoh sehingga tersilap pilih.

Moga lepas ini para anak-anak dara (andartu) dan bujang (terlajak) tidak mengambil sikap ‘menunggu jodoh’, tetapi bertekad untuk ‘mencari jodoh’. Kami doakan moga permudahkan jalan.

Selamat Berusaha!

Menantu VS Mertua

Saban hari kita dengar pelbagai kes perceraian yang berlaku serta permasalahan dalam sesebuah rumah tangga. Walhal, kebanyakkan penyatuan yang terbina adalah atas rasa kasih dan cinta antara kedua-dua pasangan. Sudah menjadi lumrah dalam hidup berumahtangga, diri pasti diuji dan kan terus teruji. Ironinya suamilah yang berperanan penting dalam mengemudikan isteri dan keluarga ke arah kebahagiaan.

Dalam kisah ini, tragisnya apabila ia melibatkan anak menantu dan mertua. Justeru, baik lelaki mahupun wanita yang ingin melangkah ke alam rumahtangga ini, mereka haruslah mempunyai kemahiran dan mempelajari bagaimana untuk mengambil hati mentua dan keluarga pada pasangan masing-masing. Kerana perlulah diingat perkahwinan yang dibina bukanlah antara kita dan pasangan sahaja akan tetapi melibatkan kita dengan ibu ayah dan ahli keluarga pasangan juga.

Sebagai seorang lelaki, kepatuhan dan ketundukan mereka kepada kedua ibu bapa tidakkan terhenti setelah melangkah ke alam perkahwinan, akan tetapi bagi seseorang anak perempuan, setelah sah disunti oleh seorang lelaki yang bergelar suami maka secara automatiknya mereka wajib taat dan mengikuti segala perintah suami. Jadi, janganlah si suami melebihkan isterinya sahaja namun berlaku adillah agar tidak melukakan hati mana-mana pihak lebih-lebih lagi si anak itu bergelar 'anak emak'..

Kisah yang dititip daripada Menantumu Mertuamu, www.iluvislam.com, kelopak_mawar
Editor:afdhal87 yang telah diemelkan oleh UMMU MUKHLIS moga menjadi penghayatan buat kita semua bahawa perkahwinan bukanlah mudah seperti apa yang diperkatakan namun menjadi indah andai ikatan yang terbina itu terbit dari rasa kasih kerana ALLAH Yang Esa..Moga Redha Allah sentiasa bersama kita.






“Mama letihla uteh..”
“Semua anak-anak mama tak nak dengar isi hati mama..”
“Bila anak-anak mama balik boleh naik darah tinggi mama ni..”

Pelbagai ungkapan kata-kata daripada mulut mungil mama kudengar semenjak aku pulang daripada bercuti. Mama mama. Rindu sebenarnya mahu mendengar celoteh seorang ibu ini, sebab itulah aku mengambil keputusan tidak mahu mencari kerja sambilan pada cuti semester ini seperti cuti-cuti yang lalu, ditambah lagi dengan kesibukan pelbagai program yang aku ikuti menyukarkanku sekiranya aku bekerja sambilan. Untuk mengelakkan kebosanan, aku duduk di rumah sambil melayan karenah adik-adikku yang masih kecil juga anak saudaraku yang masih merah di buaian.

Suatu hari, ketika aku baru pulang daripada mengikuti program di luar daerah, aku lihat raut letih mamaku.Tentu sekali letih menguruskan rumah sepanjang hari ditambah karenah anak-anak yang semakin nakal. Letihnya menjadi seorang ibu. Aku yang baru sahaja menyandang gelaran tidak rasmi itu semenjak bercuti juga turut berasakan betapa penat dan lelahnya. Ya, terlalu penat sebenarnya. Sebab itulah kadang-kadang mama beremosi, mungkin mahu melampiaskan kepenatan dan tekanan yang dilalui mama hari-hari di rumah. Tetapi, aku kagum dengan ketabahan mama mendidik kami, menguruskan kebajikan ayah dan rumah tangga. Sangat teliti. Ah, mama, pengorbananmu itu sukar untukku balas.

“Mama kecil hati uteh..”
Suatu hari mama meluahkan perasaannya padaku sewaktu kami sama-sama duduk beristirahat. Waktu itu, hanya aku dan mama. Adik-adikku keluar mengikut ayah ke bandar.

“ Menantu tak sama dengan anak…”
oh, itu rupanya yang menyebabkan mama kerunsingan dan bersedih hati. Pastinya hati mama terluka. Aku sebagai anak yang rapat dengan mama cuba berkongsi masalah hati yang melanda wanita kesayanganku ini.

“Mama anggap semua anak dan menantu mama sama, tapi entahlah… Kadang abang kamu tu lebihkan isteri daripada mama..”
Ini punca mama bersedih dan berkecil hati. Mama rasa tersisih daripada kasih sayang seorang anak yang dijaga dan ditatang selama ini setelah anak mama berkeluarga. Rumit untuk aku rungkaikan masalah mama kali ini kerana aku belum pernah mengalaminya. Aku belum berkeluarga. Mungkin sekali perspektifku berbeza dengan mereka yang mengalaminya. Aku masih setia mendengar luahan hati mama. Bagiku kini, menjadi seorang pendengar yang setia kini adalah jalan yang paling terbaik bagi situasiku dengan mama. Walau tidak dapat membantu, sekurang-kurangnya aku dapat mendengar masalah mama. Jika mama memendam perasaan lagilah akan membahayakan kesihatan mama yang menghidap hypertension.

Mama menyatakan rasa kurang senangnya melihat abangku kini senantiasa melebihkan hal isteri berbanding dengan permintaan mama. Jika mama berkirim sesuatu dengan abang, abang selalu sahaja lupa atau terlewat memenuhi permintaan mama tetapi jika isterinya, sekejapan sahaja permintaan itu ditunaikan. Ah, bagaimana caranya untuk aku jernihkan hubungan mereka ini. Aku khuatir, seandainya abang secara tidak sedar mengguris hati mama dengan cara seperti ini, lama-kelamaan hati mama akan terluka teruk dan jadilah abang di antara ahli-ahli yang tidak dapat mengecap nikmat syurga lantaran melukai hati seorang ibu. Na’uzubillah!

Aku cuba membelai hati mama dengan kata-kata manis bagi meredakan kemarahan mama. Lantas diceritakan kisah sahabat Rasulullah S.A.W yang telah menerima azab sewaktu menghadapi sakaratul maut lantaran telah mengecilkan hati si ibu tua dengan melebihkan sedikit sahaja perhatian kepada isterinya daripada ibunya sedangkan beliau seorang yang sangat abid, taat dan merupakan sahabat nabi S.A.W. Mama hanya mendengar sahaja cerita, namun kutahu, mama mengerti maksud yang ingin disampaikan. Kukatakan lagi bahawa sesungguhnya darjat seorang ibu itu terlalu tinggi sehinggakan seandainya ibu dan ayah memanggil secara serentak, hendaklah dahulukan panggilan ibu dahulu barulah ayah.

Perbincanganku bersama ibu terhenti di situ setelah ayah dan adik-adikku pulang. Aku tahu hati seorang ibu ini terlalu sensitif. Aku khuatir kerana kelalaian abangku yang sedikit cuma tapi mampu menghindarkan dirinya daripada menjejakkan kaki ke taman-taman yang dijanjikan Khaliq buat yang taat menunaikan perintahnya. Laman sesawang kubuka seusai solatku di tengah malam. Waktu inilah waktu yang paling sesuai untukku mencari dan menelaah beberapa perkara yang kurang kufahami memandangkan waktu siangku agak terganggu dek kenakalan adik-adikku dan tugas sampingan lain yang kulakukan.

Aku membaca satu artikel berkenaan luahan seorang suri yang terasa hati dengan mentuanya yang dikatakan terlalu mengambil hal-hal peribadi mereka sedangkan anak lelakinya itu telah berkeluarga. Setiap hari si isteri menjeruk rasa melihat si suami sentiasa melebihkan ibunya berbanding dirinya. Ah, masalah yang sama cuma berlainan situasi. Abangku melebihkan isteri dan membuatkan mama berkecil hati, kisah ini pula si isteri menjeruk rasa memandangkan si suami sentiasa mengikut kata ibu. Kubaca pula pandangan seorang moderator tentang masalah yang dihadapi oleh si isteri ini. Aku cuba aplikasikan dengan permasalahan yang dihadapi oleh mamaku kini. Nah, nyata permasalah yang sama walaupun situasi berbeza tetapi insya-Allah boleh diselesaikan dengan cara yang sama.

Aku cuba menggunakan penyelesaian ini untuk merungkaikan masalah hati mamaku ini. Alhamdulillah, kini mama tersenyum dan semakin mesra dengan menantu-menatu mama yang merangkap kakak-kakak iparku sehingga kadang-kadang mama melebihkan mereka berbanding diriku. Mama pun tidak segan silu untuk menegur seandainya kakak iparku melakukan kesilapan serta tidak lokek berkongsi ilmu dengan menantu-menantu mama. Aku tersenyum puas dengan perubahan ini.

“Betullah Uteh… Orang kata dekat bau tahi, jauh bau bunga..”
Aku tersenyum cuma mendengar ungkapan mama. Hati seorang ibu, terlalu sensitif tetapi jika kena dengan caranya, Insya-Allah hati itu mampu kita jaga. Kini, mama tidak lagi berkecil hati dengan menantu-menantu mama, malah hampir saban minggu abang-abangku akan membawa keluarga mereka bertandang ke rumah mama dan ayah. Makan bersama-sama dan solat jemaah bersama-sama. Alangkah indahnya situasi seperti ini.

Syukur, rupa-rupanya langkah yang diambil dahulu telah membuahkan hasil yang amat manis. Untuk mengelak permasalahan hati mama dengan menantunya, aku cuba berdiplomasi dengan abangku bagaimana cara untuk membina sebuah institusi keluarga yang bahagia. Tidak lupa diselitkan kisah-kisah tauladan yang boleh menjadi pedoman buat abang. Mungkin abang juga berfikir demi masa depan sebuah kelurga yang baru sahaja dibina dan juga ukhuwah kekeluargaan kami ini, abang memohon restu mama dan ayah untuk berhijrah daripada rumah mama dan ayah dengan alasan untuk berdikari.

Pada mulanya, mama sukar untuk melepaskan abang lantaran khuatir abang semakin melupai mama namun disisipkan kata-kata perangsang buat mama agar meyakini keputusan yang abang lakukan buat keharmonian keluarga kami bersama. Tak lupa juga dimohon mama mengiringi doa penghijrahan abang agar abang menjadi seorang khalifah yang adil dan saksama bagi memimpin keluarga yang baru dibinanya berlandaskan syariat islami.

Kini, tiap kali aku pulang bercuti tiada lagi rungutan dari mama, tiada lagi rintihan hati seorang ibu yang memendam rasa. Yang kudengar hanyalah pujian dan ungkapan rindu kepada anak-anaknya. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa kami sekeluarga.

Buat pasangan yang mengalami permasalah seperti yang keluargaku alami ini, sebelum berkeluarga penuhilah diri dengan ilmu munakahat terlebih dahulu agar tidak terjadi permasalahan di antara menantu dan keluarga mentua. Jalinkan ukhuwah kekeluargaan berdasarkan syariat islami, insya-Allah ukhuwah yang terjalin pasti diredhai.


:: Seeloknya buat bakal suami ( atau yang sudah menyandang gelaran ini) , ketahuilah apa yang wajar dan tidak wajar untuk dilakukan demi kemashlahatan bersama.

:: Buat isteri juga yang bakal bergelar isteri, jagalah tingkah lakumu, jika suamimu lupa, jadikanlah dirimu sebagai pengingat yang setia, supaya kelak kau kan sama-sama mendapat manfaatnya.

SELAMAT BERBAHAGIA

Sunday, June 14, 2009

Mak Nyah O..Mak Nyah...




Telan pil perancang jadi wanita


KUALA LUMPUR 14 Jun – Obses untuk menjadi ‘wanita’, golongan lelaki lembut dan mak nyah kini cenderung makan pil pencegah hamil kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya ia boleh merealisasikan impian mereka menjadi wanita.

Mereka beranggapan, amalan pil perancang boleh merubah tubuh menjadi seperti ‘wanita’. Payu dara membesar umpama gadis. Kulit yang kasar akan menjadi halus dan gebu. Suara parau boleh bertukar merdu serta lunak. Otot-otot sasa pada badan bakal pula hilang lalu bertukar menjadi seksi.

Trend mengambil pil pencegah hamil sebagai alternatif ‘bajet murah’ untuk memiliki tubuh seperti ‘wanita’ ini dikatakan sudah menjadi amalan golongan itu sejak lima tahun lalu.

Ubat-ubat tersebut bukan sahaja diambil oleh golongan mak nyah dan lelaki lembut berusia lebih 40-an tetapi sudah menular di kalangan mak nyah yang masih menuntut..

Mereka tidak takut ‘mempertaruhkan nyawa’ serta menjadikan tubuh sendiri umpama ‘bahan uji kaji’ dengan mencuba pelbagai jenis pil pencegah hamil.

Pemantauan Utusan Malaysia mendapati terdapat lebih 50 jenis ubat pencegah kehamilan jenama popular yang dijual secara bebas di farmasi dan kedai runcit.

Antaranya ialah Nordette, Microgynon 30, Gynera, Marvelon,Nordiol, Rigevidon, Minutet, Mercilon dan Jasmine.

Harga ubat-ubatan tersebut cukup murah iaitu cuma RM9.90 untuk 30 kapsul.

Ada juga menggunakan ubat pencegah hamil yang dijual di pasar malam dan kaki lima oleh warga asing.

Walaupun belum ada perangkaan terkini jumlah mak nyah di negara ini, namun pada Julai 2005, Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chew Mei Fun ada menyatakan jumlahnya kira-kira 10,000 orang.

Bilangan tersebut diperoleh daripada kajian yang pernah dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia.

Ekoran sikap `terbuka’ masyarakat terhadap mak nyah, golongan tersebut kini dilaporkan semakin meningkat dan mereka semakin teruja untuk memiliki tubuh wanita bagi melengkapkan lagi penampilan supaya mudah mencari pasangan hidup.

Oleh NORAINI NORDIN
pengarang@utusan.com.my



Kali ini penulis rasa terpanggil untuk mengetengahkan isu ini kerana mereka yang kufur nikmat ini dah semakin melampau. insan yang tak mensyukuri nikmat kurniaan Ilahi..tempatnya adalah..nauzubillahi min zalik.

Kita kian rasa jijik apabila golongan ini tanpa segan silu melakukan yang sedmikian rupa malah sanggup berhabisan berpuluh-puluh ribu ringgit untuk menukarkan alat kelamin mereka.

Kebanyakkan mereka ini bukan sahaja tampan, hensem dan sebagainya tetapi cukup sifat semulajadi sebagai seorang lelaki. Namun atas runtunan perasaan untuk mengikuti hawa nafsu menjadi seorang wanita, apa jua mereka sanggup lakukan.

dalam keratan akhbar yang berlainan tahun lepas, seorang guru telah terlibat dalam pertandingan ratu pondan. amat menggemparkan kerana seorang guru yang banyak mendidik dan mengajar anak watan di sekolah sanggup melakukan perihal yang mereka pasti benda itu salah. bagaimanakah anak-anak didikan mereka sedangkan mereka sendiri pun menlakukan telunjuk yang salah bukan sahaja di mata masyarakat bahkan juga menyalahi hukum hakam Islam.



Di IPT_IPT juga, kini banyak dilaporkan penambahan bilangan ini. Mereka secara legalnya telah menubuhkan persatuan mereka sendiri untuk meramaikan lagi bilangan ahli yang ada. Golongan yang bakal menjadi pemimpin masyarakat satu ketika nanti begini jadinya, jadi apalah kesudahan..

Di jalanan pula, sarang mereka adalah di lorong-lorong gelap bagi mendapatkan pelanggan. ini bukan omongan biasa kerana kesahihannya berada di depan mata kita. Pihak kerajaan harus bertindak keras dalam hal ini. Apabila adalah fatwa yang mengatakan perlakuan sang mak nyah ini salah, maka mereka membidas dengan 'ini hak kami'. 'kami ingin bebas.' dan sebagainya... Namun, walau apapun yang kita katakan..semuanya bergantung pada IMAN..

Jenayah Seksual Meningkat-Contohilah Pentadbiran MB Kelantan



Kes jenayah seksual terhadap wanita dan kanak-kanak di negara ini didapati meningkat setiap tahun, kata Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Dato’Dr. Noorul Ainur Mohd Nur.
Beliau berkata, berdasarkan statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi tahun lalu, mencatatkan 10 peratus peningkatan kes rogol jika dibandingkan dengan 2007.

“Pada tahun 2005, kes rogol paling banyak diterima iaitu sebanyak 1,931, diikuti cabul 973 dan liwat sebanyak 71 kes. Manakala pada tahun 2006 pula kes rogol meningkat kepada 2,041 kes, cabul (1,066 kes) dan liwat 71 kes.




"Pada tahun 2007, sebanyak 3,098 kes rogol dilaporkan meningkat kepada 3,405 kes pada tahun lalu, cabul 2,228 kes (2007) dan 2,107 kes (2008). Manakala kes liwat sebanyak 101 kes (2007) dan 130 kes (2008),” katanya pada Se-minar Menangani Keganasan Terhadap Wanita kawasan Kota Kinabalu dan Sepanggar, di Wisma Wanita.

Dr. Noorul berkata, statistik kes jenayah memperlihatkan wujudnya kesedaran di kalangan orang ramai untuk tampil melaporkan kes rogol, sumbang mahram, cabur kehormatan oleh majikan dan kes sumbang mahram yang dilaporkan oleh ibu mangsa sendiri.

Mengenai kes keganasan rumah tangga, beliau berkata statistik PDRM menunjukkan pada tahun 2003 sebanyak 2,255 mangsa, 3,101 mangsa (2004) dan sebanyak 3,093 mangsa (2005).

“Kesedaran ini adalah fenomana baru jika dibandingkan dengan keadaan 10 atau 20 tahun dulu yang mana keluarga mungkin segan melaporkannya kerana lebih memikirkan reputasi mangsa dan keluarga.

“Malah, masa kini ada kes yang memba-bitkan kanak-kanak dan remaja mendapat kerjasama sepenuhnya daripada keluarga mangsa dan pihak berkuasa.” Katanya.

Oleh itu beliau menyeru semua masyarakat supaya bersama-sama membanteras segala bentuk keganasan terutamanya keganasan melibatkan wanita dan kanak-kanak.



“Setiap antara kita mempunyai peranan dalam menangani masalah ini terutamanya kaum lelaki. Mereka seharusnya dilibatkan sama dalam seminar-seminar seumpama ini bagi memberi kesedaran kepada mereka.

“Ibu bapa juga berperanan untuk mendidik anak-anak mereka bahawa keganasan merupakan perkara yang tidak boleh diterima dalam masyarakat dan mereka perlu didik supaya saling hormat menghormati antara lelaki dan perempuan,” katanya.

Dr. Noorul berkata, atas keprihatinan kerajaan untuk menangani jenayah seksual dan keganasan rumah tangga, JPW diberi peruntukan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua sebanyak RM2.7 juta untuk melaksanakan program-program ini di 222 kawasan Parlimen seluruh negara.




newsabahtimes

Masdarwahid: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat, seorang Ulama yang cukup disegani rakyat Malaysia melalui Majlis Perbandaran Kota Bahru (MPKB) telah mengeluarkan suatu peraturan (sila lihat gambar di sebelah kiri) berkenaan aurat wanita yang perlu dipatuhi beberapa tahun lalu. Malanganya, peraturan itu bukan sahaja tidak dipersetujui oleh bukan Islam, tetapi juga mereka yang bergelar Menteri termasuklah Shahrizat Jalil.

Jika Amy Search yang rock itu pun hormat Ulama' susah sangat ke menteri di Malaysia ni memahami dan melaksanakan peraturan dan Undang2 Islam di Malaysia?

Dipetik daripada-masdarwahid.blogspot.com

Wednesday, June 10, 2009

Manohara Perlihatkan Payudaranya Tersayat Berbentuk Zig-Zag



Tajuk diatas bukan ciptaan saya, tapi ianya diambil terus dari blogger Indonesia, M Shodiq. Mungkin isu ini dianggap remeh di Malaysia, tetapi ianya jadi bahan propaganda dikalangan Media dan blogger Indonesia bagi menunjukkan kebencian kepada Malaysia.

Kini pihak Polis Indonesia telah menerima laporan dari Manohara dan membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas beliau. Manohara juga menjelaskan bahawa beliau mempunyai bukti bergambar berhubung kesan-kesan penderaan yang dialaminya. Gambar-gambar itu disimpan dalam Blackberry beliau dan juga telah disalin dalam bentuk CD.




Ada pihak yang menganggap bahawa ini bukan kes penderaan seksual tetapi kesan dari aktiviti seks ganas yang dibuat untuk keseronokkan seks pasangan memandangkan tempat-tempat yang didakwa itu sebilangan besarnya adalah dikawasan sulit. Selain itu ada juga kesan di dahi dan tangan beliau. Sama ada benar atau tidak, keputusan pemeriksaan perubatan rasmi akan berikan jawapannya

Namun pendedahan Manohara ini dianggap melampau oleh segelintir pihak di Malaysia hingga ada mengatakan bahawa beliau sengaja mengunakan pendedahan ini untuk mendapatkan pampasan yang tinggi.

Malah perkahwinan beliau dengan Tengku Temenggung adalah satu perancangan untuk mengambil kesempatan dan apa yang dilaluinya adalah satu peluang besar untuknya mendapatkan gantirugi yang lumayan.

Namun berbaloikah dengan apa yang dilalui. Kisah ini adalah pengajaran buat semua lelaki yang mahu berkahwin. Umur beliau ketika dinikahi terlalu muda iaitu 16 tahun. Pada usia semuda itu, beliau pastinya mahukan kehidupan yang bebas bukannya terkawal seperti di Istana.

Kehidupan sosialnya di Indonesia sebelum berkahwin juga perlu diambil kira. Sebagai model muda yang terkenal pastinya beliau masih ghairah untuk berhibur. Dakwaan tekanan dan depresi yang dialami itu sebahagian besarnya berpunca dari gaya hidupnya yang berubah setelah mengahwini Tengku Temenggung.

Sejauh mana beliau didera, jawapannya ada pada beliau dan Tengku Temenggung. Tapi dakwaan beliau dan propaganda melampau media dan blogger Indonesia boleh mengugat kedamaian kedua-dua negara.

Ini ditambah lagi dengan kes deraan terbaru pembantu rumah Siti Hajar di Sungai Siput Perak. Isu deraan ini mengulangi kes Nirmala Bonat dan akan terus diingati oleh rakyat Indonesia.

Pastinya kes Nirmala, Manohara dan Siti Hajar ini akan melanjutkan dendam rakyat Indonesia kepada Malaysia.

Seperti kata Ketua Pemuda Pas, Ust Nasaruddin Tantawi, isu ini perlu segera diselesaikan agar tidak menjadi panjang seperti kes Altantuya hingga burukkan imej negara keseluruhannya.




Dipetik dari http://syukran.wordpress.com
Jun 10, 2009 by HermanSamsudeen

Monday, June 1, 2009

CINTA SEORANG PEMUDA



Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya.Cantik betul.Sungguh!Sampai saya takut nak pegang.Bukan takut jari-jemarinya patah tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling Bantu-membantu di satu hari yang amat dashyat di hadapan Yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya.cantik betul……..sungguh!Sebab itu saya belikan dia tudung.Bukan sebab cemburu orang lain tengok,bukan!Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan………itu sampai bila-bila…….takut nanti dibakar dek api neraka,disuatu hari yang amat dashyat di hadapan Yang Maha Pencipta.

Saya suka sangat tengok ‘body’ teman wanita saya…..solid betul.sungguh!sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa ‘dating’ dengan Kekasih dia Yang Utama,dia jaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya.Saya pun tumpang dapat pahala….syoknya!

Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur,tidak makan sebab rindukan saya.Saya pun macam itu juga.Si dia Tanya,”apa ubatnya,bang?”.Saya pun bagi dia Al-Quran sebagai penenang jiwa…..Semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.

Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam:”makan,minum,jaga diri,pandu kereta elok-elok……nanti awak sakit saya juga yang susah hati……bla..bla…bla…” tapi bila tengok wayang sama-sama,terlepas Asar dan Maghrib begitu saja,dia tak kata satu apa pun.Aduuuh……berdosanya saya!

Saya memang sayang sangat pada dia.saya mahu jumpa dia,bersama dia,cinta secinta-cintanya.cinta yang abadi didunia dan berkasih saying diakhira,ber’dating’ di syurga kerana disitulah tempat yang kekal selama-lamanya.

Doakan kami saling ingat-mengingati,insaf-menginsafi.Ya Allah,ampunkanlah dosa kami......semoga kami dapat kekal selama-lamanya disyurga nanti.

InsyaALLAH

Daisypath Wedding tickers