Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist.
Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Mampukah Aku Menjadi Seperti Siti Khadijah? Agung Cintanya Pada Allah Dan Rasulullah, Hartanya Diperjuangkan Ke Jalan Fisabilillah, Penawar Hati Kekasih Allah, Susah Dan Senang Rela Bersama. Dapatkah Kudidik Jiwa Seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah Yang Bijak, Pendorong Di Kala Kesusahan Dan Penderitaan, Tiada Sukar Untuk Dilaksanakan. Mengalir Air Mataku, Melihat Pengorbanan Puteri Solehah Siti Fatimah, Akur Dalam Setiap Perintah, Taat Pada Abuyanya Yang Sentiasa Berjuang, Tiada Memiliki Harta Dunia, Layaklah Ia Sebagai Wanita Penghulu Syurga. Ketika Aku Marah, Inginku Intip Serpihan Sabar, Daripada Catatan Hidup Siti Sarah. Tabahkah Jiwaku, Setabah Umi Nabi Ismail, Mengendong Bayinya Yang Masih Merah, Mencari Air Penghilang Dahaga, Di Terik Padang Pasir Merak, Ditinggalkan Suami Akur Tanpa Bantah, Pengharapannya Hanya Pada Allah, Itulah Wanita Siti Hajar. Dapatkah Aku Mengikut Jejak Siti Rahmah, Permaisuri Nabi Ayyub, Pasrah Dengan Dugaan Tuhannya, Walau Pernah Tersungkur Ke Dalam Jerat Syaitan, Namun Ia Kembali, Kerana Iman Yang Kuat, Telah Dijanjikan Syurga Adalah Balasannya, Bahagia Adalah Miliknya. Mampukah aku menjadi setaat Siti Mutiah? Menyediakan tongkat, air dan berhias diri, Demi untuk suaminya yang ditaati, menunggu suaminya pulang dari berjihad, tanpa sekelumit rasa bosan, berhaklah ia menarik tunggangan, Siti Fatimah ke dalam syurga. Mampukah Aku Menjadi Wanita Solehah? Mati Dalam Keunggulan Iman, Bersinar Indah, Harum Tersebar, Bagai Wanginya Pusara Masyitah.
Wanita solehah itu aurat di jaga
Pergaulan dipagari
Sifat malu pengikat diri
Seindah hiasan di dunia ini
Keayuan wanita solehah itu
tidak terletak pada kecantikan wajahnya
kemanisan wanita solehah
tidak terletak pada kemanjaannya
Daya penarik wanita solehah itu
bukan pada kemanisan bicaranya
yang bisa menggoncang iman para muslimin
dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah
memujuk rayu..
Bukan..dan tidak sama sekali!!
Kepetahan wanita solehah
bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalan dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek
Hati mengatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai
Wahai wanita
jangan dibangga dengan kecantikan luaran
kerana suatu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman
Tetapi peliharalah kecantikan dalaman
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi
Wahai wanita
jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai
kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu
Wahai wanita
jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu
kerana muslimin yang bijaksana itu
tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya
Bersyukurlah atas apa yang ada
dan
berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
[ Mutiara Indah dicedok dari halaqah.net ]