Friday, May 29, 2009

Apakah itu Hak Wanita?


Kenapa Hak Wanita Tidak Diakui??

Wanita hari ini semkain hebat menonjolkan diri dalam bidang yang sebelum ini dipelopori oleh kaum lelaki. Mereka membuktikan berjaya menceburkan diri bukan sahaja dalam kancah politik tetapi juga dalam pelbagai bidang. Namun, bagaimana bijak sekalipun golongan ini sukar mendapat hak-hak yang sepatutnya. Knapa fenomena seperti ini terjadi?

Jika kita lihat dari segi undang-undang pada masa ini, ia amatlah mencukupi. Tetapi masalah yang dihadapi oleh kaum wanita adalah akibat kegagalannya pelaksanaan pengatkuasaan. Justeru, isu tentang hak wanita tetap tidak akan berubah smpai bila-bila.

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan mengambil berta perihal anak-anak dalam membentuk generasi akan dating yang berwibawa. Sekurang-kurangnya ia dapat membendung budaya haruan makan anak ataupun yang dinamakan sumbang mahram yang kini semakin berleluasa.

Di mana keimanan dan pegangan agama?

Sebagai contoh rekod kes yang pernah terjadi, tindakan seorang ayah yang menodai anak sendiri lalu dengan beraninya dia memberi kenyataan bahawa; “Lebih baik saya menodai darah daging sendiri dan bertanggungjawab ke atasnya daripada orang lain yang melakukannya tetapi tidak bertanggungjawab terhadap apa yang telah dibuat.” Kenyataan ini dianggap menghina agama Islam kerana ia seolah-olah membenarkan perbuatan menodai anak sendiri. Andainya hukuman ini dijatuhkan, berapa tahun si ayah dipenjarakan? Manakala anak yang malang ini pula terpaksa menanggung derita sepanjang hayat. Justeru, setimpalkah hukuman itu buat si anak dengan dosa yang dilakukan oleh ayahnya sendiri?

Kes-kes yang berkaitan dengan sumbang mahram banyak berlaku di kalangan keluarga Melayu yang beragama Islam. Persoalan di mana keimanan dan pegangan agama sekiranya anak sendiri menjadi mangsa kebuasan nafsu lelaki bergelar ayah. Tergamak mereka menodai anak sendiri yang diamanahkan oleh Tuhan agar sejahtera di bawah pemeliharaan orang tua. Pendedahan yang kurang terhadap masyarakat tidak mengetahui masalah ini dengan jelas.


Untuk mengatasi masalah ini sikap wanita perlu diubah. Kaum wanita harus sama-sama berganding bahu menuntut haknya. Jika sikap wanita di takuk lama bagaimana untuk mengubah pemikiran orang lain. Isu kaum wanita hanya boleh diubah oleh kaum wanita itu sendiri, bukan melalui parti politik ataupun badan-badan wanita yang sedia ada.

Tinta penulis: Teringat masa zaman ‘muda-muda’ dulu, praktikal di salah sebuah Jabatan Agama-Bahagian penguatkuasaan. Pengalaman yang sama sekali tidak dapat penulis lupakan saat menemu ramah seorang mangsa sumbang mahram. Sungguh menyedihkan bila memandang wajah si kecil yang baru dilahirkan. Menangis tanpa henti dalam merenung masa depan penuh duri. Siapakah yang akan menjaganya?

0 comments:

InsyaALLAH

Daisypath Wedding tickers